Social Icons

Pages

Thursday, June 5, 2014

Arrival Jogjakarta - Day 1


This vacation dah lama dah, back in November 2013. We all ke Jogjakarta, Indonesia, bringing my in laws sekali. Mula-mula plan nak ke Bandung tapi tu lah kan.. Nama pun Bandung, takkan dapat ticket murah nya.. Kalau nak murah, memang kena booking setahun, itu pun jenuh. So having searching for the last minute plan punya destination and walla! Jogjakarta, here we come..

 
Upon arrival di Adisujipto Airport selepas 2 jam flight from Kuala Lumpur. Macam airport Bandung jer.. Si anak dara steady jer dalam flight. I booked the tickets ni 2 bulan sebelum fly, so the 7 of us, tambang pergi balik dalam RM 1700. Tak termasuk makan or flight seat ya. Cuma luggage je, masuk under my hubby's name.

Dah kacau nya lah adiknya.. Memang 2 orang ni suka berbalah tapi dalam "berperang" tu, depa ni la kawan kamcing.. Yang paling kelakar, dalam flight, tengah syok makan, gigi Norman leh tercabut! Hahahahh.. being him yang selalu melalak no matter what, dah "waaaaa.." dalam flight. Kenalah marah dengan omak eh!

 
Sampai airport sudah ada supir yg nunggu ya. I dah siap-siap booked Jogjarentcar. I ambik Isuzu ELF. Besar sikit and sonang. Pilih aje apa jenis kenderaan korang nak pakai. Semua dalam web... Terus dihantar sampai hotel.. We all checked in dulu, solat, then keluar balik..
 
Our 1st destination is depan pintu masuk Prambanan temple, the greatest Hindu temple in 9th century. For your info, this temple is dedicated to Shiva (one of Hindu's deity). Time ni dah agak gelap. Actually during weekend ada nite show kat sini tapi dah semua orang tak mboh nak tengok kan, so tak do lah I masuk walaupun hati frust gila! Bukan kita nak agungkan agama Hindu tu, tapi it's just a cultural show!!! What a waste! So, kita ke destinasi seterusnya, Taman Sari Water Castle.

Ni nak masuk la. Kena turun tangga.. Macam penjara pun ada.. Ada tourist guide kat sana. Local people jer pun tapi depa can explain the history.. Dengar je la.. But, aku sorang jer macam interested nak dengar.. Mungkin aku minat sejarah.. Dah bapak cikgu sejarah kan? Bayaran nya tak mahal, just IDR 15,000 tapi we all kasi jer IDR 30,000. Senyum jer mamat tu..

That's the tour guide la.. Actually dulu kawasan ni adalah kawasan istana and la ni dah jadi perkampungan those yang pernah bekerja di istana.. rapat-rapat rumahnya kao!

 Ni sebelum sampai destinasi.. ni lah tempat mana guard berada semasa berkawal.. ala.. macam guard kat Istana tu la..

Ni masjidnya.. uniknya, this masjid ada lorong yang berpusing satu bulatan, so kalau you all azan/ bang, dia bergema kembali dan memenuhi ruang..

 Nak merasa gak panjat..

Huh! Kalau gayat, jangan dipanjat ya.. tinggi tembok tu.. Dah nak buek camno, memang tak ada rezeki masuk dalam Taman Air tu sebab dia tutup pukul 3 petang.. Time ni dah pukul 4 petang so kat tembok je la.. Ni la tempat bersiram Sultan dulu.. Actually ada 2 pools, satu untuk Sultan, satu untuk puteri-puterinya bermandi-manda.. Acheh.. bahasa..
 
Ha! Kan ada 2 kolam tu..

Tak adolah orang nak bersihkan kolam tu.. I pun terbayang-bayang, kalau I jadi tuan puteri, tengah mandi-manda, bergurau senda kat kolam tu.. Perasan!

Ada lorong untuk panjat tembok ni. Kena hati-hati..
 
Ha.. dah nak keluar dah from this place..

Ni tempat tidur Sultan. Kat sini semua buat daripada batu.. sejuk jer.. tapi tak gelap plak.. Terrer la architect zaman tu, buat bilik tapi cukup sistem pengudaraan and cahaya.. Nampak tak ada lubang-lubang kat bawah katil tu? Kat situ lah diletak aromaterapi supaya lena beradunya.. Waduh!

Ada tempat Sultan bertapa.. tapi tak ada gambarla kat sini.. Semua daripada batu kao!

 
 Yeah! Semangat, semangat! But you don't have to worry kalau melawat sini.. Tak ada rasa bulu roma meremang bagai.. Mungkin tourist attraction so pelawat keluar masuk je.. so kalau bawak anak kecik, Insya Allah tak ada apa-apa..
 
 "Abang beca, abang beca di tengah jalan..." Ngee....

Gambar sefamily kat pintu keluar.. Tapi sebelum keluar ada la menyinggah tempat jual lukisan bagai.. tapi macam kena paksa je beli.. tak apalah.. dia kata hasil jualan ni la buat maintenance tempat ni..

No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates