Social Icons

Pages

Tuesday, April 30, 2013

Anak Pa..


"Aya ikut muka sapa?"
"Papa.."
"Aya anak sapa?"
"Anak Pa..."
"Aya sayang sapa?"
"Aya ayang Pa.."

Tu lah dia anak dara kami, Aliaa Maisarah yang keletah, yang comel, yang macam muka Pa.. ha.h.a.h.a..
Kebetulan, she is the only one yang ikut blood type Papa, and she was born at the same time with Papa (miracle kan)? Muka pun sama, warna kulit sama, hidung sama, mata sama.. boleh dikatakan hampir semualah! Tak caya? Look here...


Pa and lovely daughter..


Tauhu With Crab Meat and Sotong Tumis Petai


Ummm yum yumm.. marvelous, delicious, sehinnga habis sepinggan.. licin kao! Tak caya? Tengok kat bawah ni..

 
As usual lah kan.. terpaksalah I ambik gambar ni.. I nak glamer pun tak pek sebab partner tak mau bekerjasama macam citer Wonderpet tu.. hok bab ngambik gambau ni, kim salam jer la.. Berbuih mulut ni suruh pun, buat deeeekkkkk jerrr.. gggrrrr geram tul!

Hah! Actually that sotong was for my hubby.. Dia yang order.. penyudah nya dia tak berapa nak lalu nak ngabiskan sebab tak tekak dia memang kureng kalau masakan manis-manis ni.. Last-last, I punya lauk gak yang disapu habis.. bo liau! Sodap.. memang sodap.. Ni we all menyinggah kat Chinese Restaurant dekat rumah we all, again...


Monday, April 29, 2013

Konsert Rockestra Wings...


My hubby got free tickets to watch the concert at Istana Budaya.. so apa lagi.. moh kite ke Istana Budaya!

The tickets.. I tak tahu lah kat mana we nakk duduk.. tak kisahlah beb! Dah ticket free kan, masuk je ler.. Ops! Rupa-rupanya di puncak la.. No harm babeh! We wanna feel the music, not the person.. Kang kalau dekat dengan pentas, boleh buat pekak telinga akak ni pulak!

Before entering.. Posing, posing, jangan tak posing.. La.. my attire tak berapa cantik.. santai semacam jer.. On the day, I tak dak mood la.. Muka pun semewek jer.. Seluar baggy, tak menarik langsung! Fuh! Ramainya umat.. macam ulat taik (bak kata my dad).. Ni sure ramai dapat ticket free ni.. Maklumlah preview, ramailah orang seni, media, rakan artis yang gi.. Lepas show ada media conference pulak. Mesti nak kasi feedback pasal performance depa..

All those big bikes dipamerkan kat situ...

Tak tau sapa punya.. buat hiasan jer..

Tak leh naik pun!

Muka dalam Istana Budaya before the concert..

My comments:
  1. Tak berapa best sangat. Mungkin pemilihan lagu yang tak berapa mengancam. Bukan lagu hardcore Wings. Mungkin ambik iktibar dengan their previous experience (also performed at Istana Budaya) few years back, Wings nyanyi lagu2 hardcore sammpai orang dah out of control! Dah melanggar etika Istana Budaya lah weih!
  2. Lambat start. Janji 8.45.. Dah 9 lebih baru start..
  3. Concert prolonged till midnight. I dah tertidur sbb ngantuk! maybe I tak minat Wings and I tak tau their lagu..
  4. Those guys yang datang... please lah.. kalau sapa2 yang ada bodu odour tu.. semburlah perfume banyak-banyak! Poning palo akak dok sobolah!
  5. Music orkestra dia macam sama jer..
  6. Lagu Sejati, main last sekali tu pun atas permintaan tapi dah ubah music, jadi macam tak upmh!
  7. Yang I suka cuma the orkestra memang class depa punya performance! Al-maklumlah, orkestra kebangsaan..
  8. I suka Joe Wings yang memang so into his guitar.. His rambut, his figure, macam tak makan usia..


Tonton Iron Man 3


I dah siap-siap booked the tickets thru online last week lagi semata-mata Iron Man 3 ni. My kids dah bising bila Iron Man 3 nak kuar.. camana I nak explain yang Iron Man 3 belum keluar wayang lagi kat Malaysia since depa kata kat iPad dah ada.. hai.. susah, susah.. Penyudahnya the 2 boys ponteng sekolah on Saturday (sekolah ganti sempena CNY hari tu) sebab I terlupa that date ada sekolah ganti..


Aliaa as usual, memang kalau ambik gambar je, mesti nak terkangkang! Tah apa-apa tah! Then tak duduk diam.. Dia dgn Bang Man dia ada jer benda nak buat, usik, colek, sakat! La weih! Apasal la pulak si budah yang selalu meseti handsome tu berselipar plak tu.. Selalunya, dialah yang berkasut sana-sini.. Dah buruk ghoman eh.. Abang, contol handsome..

Posing before entering the cinema.. Lepas ni the boys dah siap-siap cakap kat I dah, suruh book for Superman.. Siap-siapkan lah duitnya ya...

Friday, April 26, 2013

Anak-Beranak Santai Malam...


Ke"busy"an ya ammmmaattt I sampai dah seminggu tak update blog.. Ada banyak nak cerita tapi I tak dak masa you.. Sampai rumah je, ettle itu ini, I dah collapsed.. zzzz..... tapi ni ceita hujung minggu la, apa lagi! Time ni lah dapat menghirup udara segar luar rumah.. provided kalau tak hujan.. tak pun memeruk lah dalam rumah!

Bebudak ni, pantang bukak gate je, nak keluar.. tapi I yang keluar, saja jalan-jalan ambik angin. Terperap kat dalam rumah je, rimas lah pulak! Hah! Nak tahu sapa kah gerangan bebudak yang pakai sweater tu, that were my 2 boys yang perasan kononnya depa ni ialah...

Ops! Dah lari pulak the IRON MAN..

Guess who?

Here comes Dik Man, the Iron Man!

Here is the another superhero, featuring Abang as Captain America


Friday, April 19, 2013

Last Raya With Nenek..


Semalam genap sebulan my late boss pergi mengadap Ilahi.. tetiba I teringat arwah nenek I, the mother of my mum.. Umur dia memang panjang.. dekat seratus tahun.. But memang generation sebelah my mum ni umur panjang-panjang.. In fact arwah Nyang I hidup sampai seratus tahun lebih..

She was very fair kan? Her skin showed her fairness and prettiness during her young days.. I bukan nak puji lelebih tapi she has sharp nose and nice skin.. tepek bedak sejuk jer.. yang dibuat sendiri.. Then, I remember dia buat scrub using kulit rambai. Pokok rambai tu still stand infront of her house kat kampung yang hampir roboh.. I think usia pokok tu pun dah dekat seratus tahun? Possible kan?

Atas katil kat rumah my uncle yang took care of her.. Time ni Dik Man pun baru 2 tahun lebih.. But Abang remembers this moment. maybe because dia dah besar sikit to understand.... My late grandmum still at that time can hear perfectly, tak rabun (tu pun rabun dekat) and can manage herself cuma nak ke bilik air je kena mengengsot.. That independency made her slippped kat bilik air yang membawa kepada saatnya mengadap Ilahi..

See Abang's hand? In fact, from baby till now, he is a very loving, caring, responsible Abang to others.. tak tahu apa yang diboraknya sebab my grandma cakap noghoghi, definitely Abang wouldn't understand..he.h.e.. but he got the charm to layan his Nyang with so many questions.. I bet mesti my Nenek tanya, "Kau ni anak sapo?", which was thrown out several times, repeatedly when she saw her great grandchildren..

She was left by her husband, who was also my late Datuk for few years. But something to share, my Atuk was 10 years younger than my Nenek.. and during old days, Atuk even called my Nenek "Kak Mah" when he used to singgah her gerai to beli kuih.. Actually both of them were married after their first marriage failed. My Atuk has a daughter with his previous marriage, whom I called Mak Ngah.. And my Nenek was married to a Malay film star, Hj Mahadi with no children.. Kalau tak kenal sapa Hj Mahadi tu, tu yang jadi Abdul Wahab, dalam filem 3 Abdul (filem P. Ramlee).. Hah! Dah kenal?

This photo was our last photo with her during Hari Raya Aidil Fitri.. After her demis, we have no grandparents left.. I miss the moments and I really treasure all the moment spent with her.. Thank you Nenek for taking a good care of me when I was small. Love you so much....


Thursday, April 18, 2013

Having A Santai Time Sefamily..


Gambor tak berapa nak cantik sebab guna iPad.. sigh.. Apple.. that's what I don't like about Apple.. the quality of photo taken.. tak macam the competitor.. tapi yang lain I suke.. the application, memang class..

Oh ya nak cerita pun, I macam malas.. semalas mood I hari ni sebab banyak kerja office.. Last week jer I termisssed bape hari tak update blog.. Busy sokmo.. Ni pun boleh katakan time bermalas-malasan kami anak beranak.. Semua dah dok bersantai depan TV dengan aktivity memasing..

Aliaa with my lipstick (dah habis dikerjakan make up I), the boys were looking at another gadget, and the Papa was watching tv.. wah! Sonang-lenang nampak!

Tu dia kerusi baru rumah I yang diperbuat daripada polistrine (betul entah aku eja ni).. ha.ha.. nak dibuang tak dibaginya.. Ni lah cover beli tv kat ruang tamu nih! dah Pa nya letak situ, malas nak buang, bebudak ni buat main la.. Penyudahnya, Aliaa ada baru.. Boleh tumpang duduk sekali?.. emmm kim salam lah.. tak kan dibaginya! That's my anak dara!

Hatred, Jealousy.. Do I Care?


This was taken from Mrs Fashion Valet, who owns the famous fashion outlet in town..

The reason I want to share with readers is the smart answer from a smart lady out there.. Not to attack the hater(s) but instead, she gave a punch back but in a very soft manner, which can make us think the true meaning of life but never to forget the most important persons who stood behind and beside you whenever you fall or down or facing life challenges, the meaning of true friends (even you don't have many, it doesn't matter..) and the concept of rezeki from the Almighty through hard work and not by just sitting there doing nothing like pungguk tunggu bulan..

Something to share, when I first stated blogging, and started promoting my blog among friends, I received so many cakap-cakap belakang from some friends.. (Itu pun, I got to know the cakap-cakap from my true friends who really care about me and don't want me to get hurt).. But yeah.. being a human I can't help by being angry, menyampah, rasa macam nak tutup blog, nak private kan my blog, just because I do bother about the cakap-cakap.. Am afraid that I will loose my friends just by being me as whom you can see in my blog. But thinking back, why do I care what people say? Why I have to bother whether they like me or not? I have never being riak, never make enemy, never not to be friends with people, and yet people still can perceive me as so called a "show off" person and started to keep distance... Do I be like one? You judge yourself lah!

First of all, to all of you out there, just bear in mind, just don't look at the surface of what people have but instead, take a good lesson there. Why people can have it but I can't? For example, there are people who are born rich but it doesn't mean that they can be successful in building up their own fortune without hardwork, facing challenges and what not!? Kalau harta mak pak selonggok, tapi kau salah manage, tak dak brain, tak tau nak buat pa, dok saja.. kau akan jadi kaya selamanya ke? Usah mimpi!

But those who are not in that category, just save and save and save your money for the benefits... Itu saja! This is when you learn how to manage your finance situation. If our grandparents can do so (I think they were great examples that I can think of), why can't we? Even I am not the person who is good in this but my hubby really taught me well. Cerita-cerita sebaliknya, I can't tell but it's a long way to teach and train me (in a hard way lah).. And I should be thankful for that.

This blog, as I mentioned, is about my life, preference and interest, At the same time, I want to share with people, how I managed to get good things with good bargain and good price and where to get them. I and hubby really value every single cent of of our money spent. In all aspects I should say.. From buying things up to vacation and so on.. We plan, we seek for better rates and the best offer.. And at the same time, this is the life of my happy family with the bless from Allah and doa' from our parents, Alhamdulillah..

Well, I dah bebel panjang berjela.. I hope this can remind myself too.. Only Allah knows each of his mankind..

Wednesday, April 17, 2013

Gulai Ikan Keli & Ayam Goreng


Masak lomak cili api.. gulai ikan keli sebelanga.. buat family ku di hujung minggu..

I bakar sendiri the ikan keli.. bukan susah pun.. atas stove ni je.. I suka masak gulai dalam belanga ni sebab minyak tak mercik then masakan tak basi dok dalam ni kalau simpan semalaman. Cuma malam tu kena hangatkan, then biar atas stove.. tak yah simpan dalam peti ais.. No wonder org dedulu guna ni.. time tu manalah ada peti ais kan?

Gulai ikan keli bakar, campur belimbing.. pergh! Terangkat beb! Mau pekana 3 pinggan ni..

For my kids.. ayam goreng.. kalau korang nak tau.. ayam ni I dah perap dulu dgn rencah-rencah yang sepatutnya.. kalau nak goreng kentucky, kena celup telur, then baru guna the tepung kentucky tu.. baru sedap.. ramai sudah bertanya.. kenapa ayam gorengku tak sama macam orang lain buat.. kalau budak datang.. goreng pepanas.. mesti 3 ketul habis!


Marvel's Superhero...


Dah nama pun boys.. mesti hero-hero ni lah pujaan depa.. Spiderman, Captain America, Iron Man, Batman.. semua yang man-man lah tapi yang being left out, Kluang Man.. kwang, kwang, kwang.. Sibuk je memana pergi nak itu ini.. macam mak pak ni cop duit.. tapi yang selalu ikutkan ragam depa ni, mak depa lah kan.. al-maklumlah nama pun mak.. mesti kesian je dah minta itu ini.. tapi tak delah 100% I ikutkan kehendak depa tuh! Kang terduduk akak membayor..

Back to the story, korang tengeklah betapa taksubnya (chewah! guna perkataan ni pulok..) depa kat super heros n..

From the cadar to all the toys.. itu suku je tu.. takut nak letak bebanyak.. kang jatuh hempap pala bebudak tu kang.. siah palih! Oh ya.. to exclude Abang nyer Mr Bee tu ye.. itulah kesayangan dia since baby lagi.. tanpa Mr Bee tu, tak leh tidur..

Atas cermin tu pun ada small toys.. with the topeng Spiderman!

Beg sekolah pun sama.. the Avengers team..

Ni lepas ni, anak dara I apa pulak?

Friday, April 12, 2013

Birthday for the 3


Happy birthday to my ayah, mak and my sister, who are celebrating their birthday on the 13th and 14th together.. My sister and my ayah are celebrating their birthdays on the same date and my mak on the 14th.. 

The 3 of them standing at the back row.. 

HAPPY BIRTHDAY...

Merendek Tengah Malam..


Hanya kita berdua.. memadu asmara.. ke KL kita.. tu dia weih! I dah start nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu tapi versi lain.. ni cerita last week, cerrrrr.. I laki bini keluar malam sampai ke KL..

Stucked in the jam kat Bukit Bintang.. dah lah hujan lebat, construction MRT lagi.. memang big mistake lah.. dah tersekat dalam 1 hour.. hajat di hati nak ke Low Yat.. tah apa my hubby nak cari kat sana..

At last, sampai gak.. dah dekat pukul 10 malam tapi orang still ramai lagi.. macam tak mau tidur pun ye gak orang KL ni.. ke memang tak tidur! Ye la kot.. tapi I memang blurrrrr kat sini.. tak tau hala tuju.. macam-macam offer.. macam-macam gelagat orang.. macam-macam kedai.. tak tau mana satu give better offer and bargain.. moral of the story, kepada kakak-kakak, memakcik or dik dara yang nak ke si ni, better bawak body guerd.. if not, kena chong lah korang..

Dah letih menapak, turun from one level to another.. end up tak beli satu apa pun (apa daaa...), we all singgah kat Coffee Bean.. my favourite place... Order ice blended (sosojuk pun my hubby nak gak yang chill ni).. which we all kongsi berdua and home made chicken pie.. which I like.. dah habis liaw dah time ni..

Gambar I tapi korang perasan tak my lips yang bengkak sebelah..ha.h.a.ha... tak tau kenapa.. tah apa binatang gigit tah.. jadi bengkak and itch semacam.. nasib baik sehari dah elok.. la.. baru akak perasan, suka betul akak pakai tudung ni kan?

Tu di my hubby yang terbongkok-bongkok tengok coffee maker, I mean coffee blender for our house.. anad again.. tak beli pun.. tengok je lebih.. challow babeh...


Cute Coffee Mugs & Botol Air


Kan I dah kata, I memang suka shopping and my favourite place is Pavilion.. Bukan sebab high class tapi dah dekat dengan office kan? Menapak je ke sana.. and most of the reasons I suka the place is the people yang tak berapa ramai and barang-barang dia memang murah as compared to other big shopping complexes. Tak caya cakap akak? Hah! Kok korang dah menebeng situ almost everyday window shop, then bila gi tempat lain, of course I compare price dik oooiiiii.. memang jauh beza.. I tak berapa suka KLCC sebab crowded and mahal! Kim salam je lah ye kalau nak ke sana...

Dok mencari botol air untuk anak, I pun menelek lah benda-benda lain sama..and.... ter, ter, ter.. ops! terbeli lah ni pulok..

Cantik kan? kan? kan? kan? he.he.. macam nak tambah 2 lagi.. i suka the red one.. I memang suka merah.. mak garang youuuu... my hubby kata dia suka this mug.. rasa mcm nak minum air je.. Papelah Yang.. bukan duit you beli kan? Memang lah cantik je di mata.. RM 5.90 satu..

One new bottle for Aliaa and one for Dik Man.. pastikan yang BPA free kay? Hopefully kali ni dia tak buang botol air dia dalam tong sampah lagi! This son of mine ada peel dia sikit! Kalau marah or merajuk, mesti buang or campak benda! That bekas makanan 2 for RM 14 je.. buat bekas bekal ke sekolah... And dalam bungkusan tu, the above mugs yang I beli.. belum keluar lagi dalam bungkusan kertas..


Thursday, April 11, 2013

Berangan Bawak Kereta..


Pantang Papanya keluar kereta, mesti dia melompat tempat duduk driver.. berangan nak bawak kereta.. siap pusing-pusing stering lagi.. Yolah tu.. angan anak dara nak bawak kereta...

Satu lagi kisahnya.. ambik duit syiling Papanya.. habis berterabur sana-sini.. kalau hantar cuci kereta, kena pastikan we all dah kutip duit syiling tu semua.. kalau tidak, kayalah orang cuci kereta tu...

Tengok muka selamba tu...

Wednesday, April 10, 2013

Kurrrsiiiiiiii, Kurrrrrrsiiiiii...!


Hahahahahahah korang perah tengok cerita "Setinggan" tak? I cukup suka lakonan Sudin, Yusni Jaafar and Aziz M. Osman and Ibrahim Pendek time tu.. berpuluh-puluh kali ulang pun tak ksiah asalkan I enjoy. Ada satu babak tu, Sudin jerit kat wife dia, "Ton.. Kurrrssiiiii... Kurrrrssiiii".. ha kau! Satu kampung keluar tengok and menghangkut. Kira macam ada temasya lah time tu. Punya lah excite dapat kerusi baru walaupun angkut dulu bayar kemudian...

Yang I nak cerita kat sini bukanlah sofa baru tapi the new study chairs for the new study table.. ha..ha.. sebelum ni dok menghangkut kerusi makan kat dapur tu... rasa macam kesian pun ada... especially Dik Man yang belum tinggi sepenuhnya.. I pun excited macam Sudin and the gang!

Ni lah dia kedai yang hanya menjual office equipments. Dah banyak kedai we all pergi, this is the kedai yang banyak choice, cantik, and harganya murah compared to others. Biasa lah I ngan hubby kan.. especially my hubby yang very the cerewet pasal membeli barang ni. 

Tu dia... 2 kerusi for my 2 boys! Putih, just nice and match the meja study... harga for the 2, RM 550... murah kan?


Cash and carry.. boleh muat kereta you!


Apa tu?


Norman punya creativity.. ada je benda yang dibuatnya.. pas tu soh ambik gambar.. mula-mula tak kuasa nak layan tapi kang kok tangis eh.. nyaring sampai ke telinga ni ha.. sakit dibuek eh! So snap je lah kan? Asalkan kau sonyap!


Tak tau tema apa and pa ka benda ni.. jangan le sesapa usik! mau dihambat nya!

Tuesday, April 9, 2013

Omel tak Yaya?


Omel tak? Omel tak? Omel tak?

Dah nama anak dara kan? Mesti nak cantik.. tak banyak pun, sikit..

Tapi sungguh la.. comel gak anak dara sorang ni.. with the topi.. muka pun bam-bam dah.. sebiji Papa..

Tu dia kao.. tapi cam menarikssss je topi ni.. kena dgn baju Yaya warna hijau tu


8 Steps to Catch the Culprits


Baru-baru ni ada lah sorang artis perempuan ni yang hampir-hampir menjadi mangsa ragur handbag yang letak kat seat sebelah pemandu... I pun heran lah depa ni especially kaum I ni kan.. dah banyak kejadian dah tapi masih degil and tak reti-reti lagi nak sorok handbag tu kat bawah seat ke... pastu mula lah salahkan orang.. diri sendiri tak mau pandang..

ha.. kat sini, ada lah steps yang mungkin boleh diguna pakai.. ok gak kan?




Monday, April 8, 2013

Bekam? Wa Seram...


Idak le I nak mencuba berbekam-bekam ni weih! Seram I.. walaupun I pernah 2 kali ceaserean tapi I tatak berani wooo... I rasa macam nak pitam pun ada.. eeeiiii... sungguh I tak berani..

Perkhidmatan ni ada kat tempat I (I mean buat di surau kat rumah I) pada sekian-sekian hari..

Kalau you all ada terbaca or ada yang recommend yang berbekam ni elok, dipersilakan lah tapi I memang sampai ke sudah tak akan berani buat you...

Tidak Tercapai Hajat ke Legoland


I dah lama simpan ticket discount ni.. From last year lagi.. ingatkan dah bawak bebudak ni gi Legoland time cuti sekolah yang lepas tapi melepas opportunity sebab keadaan Papanya yang busy sokmo.. tapi tak apalah kan? Next time lah.. (nak pujukkan hati ni...)..

Only valid till 31 March 2013.. sedih.. burnt ticket cam tu je..

Tapi I tak regret sangat lah sebab I hantar that 2 boys balik kg.. Well,, heeeellllloooooo.. I tak export sebab nak cuci tangan bagai ye.. bukan nak rehat tapi I hantar sebab biar bebudak tu ngaji kat kg, ketat kan sikit solat depa tu and tuition dengan my mum ye.. Al-maklumlah.. cikgu ni ada teknik mengajar yang tak terdapat kat kita ni ye.. I memang serious tak pandai mengajar ni.. I mean the teknik la..

One more thing.. ngaji kat kg, satu session sampai 2 jam and bayar pun reasonable. Tak mahal macam kat KL yang ngaji 5 minit tapi kena bayar RM 50 kao! Kata ikhlas tapi bila bayar kurang (yelah.. dah seminggu bebudak kat kg kan.. ) ada ka kata "tak cukup!!!!" Ni yang wa berhangin satu badan beb! Tak kisahlah beb.. Aku halal kan saja walaupun hati tak berapa nak ikhlas memberi.. Sok kau jawab lah...

Thursday, April 4, 2013

Tempat Letak Air Kosong


Emmm.. dah tak tahu nak letak tajuk apa tapi boleh lah... eh nak tanya, you all letak air kosong kat dalam bekas yang camna? I bet mesti ramai guna bekas plastic kan? Well.. I letak kat dalam ni...

Bekas ni we all beli kat Sarawak.. siap bungkus-bungkus sekali untuk bawak masuk dalam flight.. tapi orang kat sana dah pro dah.. depa dah tau, kalau orang Semenanjung mai, mesti beli itu ini so depa dah ada teknology wrapping and packaging yang baik punya kat kilang. Kita just main tunjuk and bayar je.. The rest let them settle.. ha..ha..

I suka this tembikar or should I called it clay but not claypot ya sebab air panas pun boleh terus tuang kat dalam.. kalau plastik, kena tunggu air sejuk dulu, baru boleh masuk dalam bekas kan? Tapi jangan lah you all tuang sepanas-panas air plak sebab takut the kepala pipe bocor.. kan the attached yang warna putih tu plastik.. so kena be careful sikit. Tapi ni dah banyak kali we all tukar. The original dulu memang tahan! Dah bertahun we all pakai.. mahu dekat 5 tahun dah ni..

Ha ni ha I letak kat dapur I.. together with all mugs beside.. senang sesapa nak capai..
 
 
Blogger Templates