Social Icons

Pages

Showing posts with label I Love Shopping. Show all posts
Showing posts with label I Love Shopping. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

New Shoes.. Tinggi Tuh!


Dah selamat pun kita mengundi kan? dah tunai kewajipan sebagai rakyat Malaysia.. Akak ngundi dekat je.. bak orang Noghoghi kata, "Sepelaung yo daghi ghumah mak den..". Jari pun dah bercalit dakwat biru tapi tak kekal pun.. cuma ada sikit-sikit kat tepi jari till today...

Eh! I bukan nak cerita pasal mengundi ni! Dah bosan giler kan asyik dok pakai flat shoes je ke sana ke mari since I pregnant Aliaa dulu... sampai sekarang I macam dah comfy dengan flats. Teringin gak vogue de vast macam dulu-dulu so moh kita! Ke mana lagi lah kalau tak ke Pavilion KL, juga sepelaung from my office..

And the result..

Lip lap lip lap akak.. hari ni leh pakai ni sebab sesuai dengan baju..

Not so high.. dalam 3 inci jer..

Blue, blue, blue.. I tak pernah ada pun kasut biru.. macam tak suai jer.. lagipun tak dak banyak baju biru so lupakan jerlah tapi this one.. OH!!! jatuh cinta pulak akak.. so rembat jerlah..

Tu mak datuk kau! 4 inci tu! Tapi I don't mind.. dah biasa pakai.. so far, tak de lah terpeletok kaki akak..! huhuhu..

Memang selesa sangat pakai.. All from Eclipse.. I memang suka kasut Eclipse ni.. sangat selesa. Time I beli ni ada 50% discount. Maybe nak clear stock and some more, kaki I size kecik molek jer.. size 4 so adalah stock.. kalau size 5, dah lama habis kena sapu! Kan, kan, kan? he.heh.


Friday, April 12, 2013

Cute Coffee Mugs & Botol Air


Kan I dah kata, I memang suka shopping and my favourite place is Pavilion.. Bukan sebab high class tapi dah dekat dengan office kan? Menapak je ke sana.. and most of the reasons I suka the place is the people yang tak berapa ramai and barang-barang dia memang murah as compared to other big shopping complexes. Tak caya cakap akak? Hah! Kok korang dah menebeng situ almost everyday window shop, then bila gi tempat lain, of course I compare price dik oooiiiii.. memang jauh beza.. I tak berapa suka KLCC sebab crowded and mahal! Kim salam je lah ye kalau nak ke sana...

Dok mencari botol air untuk anak, I pun menelek lah benda-benda lain sama..and.... ter, ter, ter.. ops! terbeli lah ni pulok..

Cantik kan? kan? kan? kan? he.he.. macam nak tambah 2 lagi.. i suka the red one.. I memang suka merah.. mak garang youuuu... my hubby kata dia suka this mug.. rasa mcm nak minum air je.. Papelah Yang.. bukan duit you beli kan? Memang lah cantik je di mata.. RM 5.90 satu..

One new bottle for Aliaa and one for Dik Man.. pastikan yang BPA free kay? Hopefully kali ni dia tak buang botol air dia dalam tong sampah lagi! This son of mine ada peel dia sikit! Kalau marah or merajuk, mesti buang or campak benda! That bekas makanan 2 for RM 14 je.. buat bekas bekal ke sekolah... And dalam bungkusan tu, the above mugs yang I beli.. belum keluar lagi dalam bungkusan kertas..


Wednesday, April 3, 2013

It's Mad About Kids' Apparel!!!


Yeah! It's mad about kids and mad about their mum too to shop!!! hahahhahahahhh (gelak besar).. It's time to shop babeh.. make way please, here Mama Aliaa is coming... to Pavilion we go!

Terus I menyerbu masuk Parkson and tengok the harga.. mak memang runtuh nak!!! Murah gila.. tapi tu lah kan.. dah nak menyopping dan me"mopping" for 3 kids, memang sapu habis duit I.. tapi tak kira.. dah lama I tak dapat peluang sebegini.. I memang gila shopping tapi berpatutan tau!

Tu dia. hasil yang ku bawa balik... menghengkeh gak lah I bawak berjalan cross the road to back to my office.. meh kita tinjau isi kat dalam nya pulok...

Ah chak! Emmmm.. nampak sikit je kan? he.he..he... tungguuuuu.... until I show the real picture.. ngeh..ngeh...

For my lovely daughter.. I love MIKI kids because of the cutting yang fitting..  My anak dara tinggi and kurus..

For Abang.. All the Marvel heroes.. baju yang dulu I nengok-nengok je because of the price yang mencecah ratus kini mampu ku miliki.. alangkah gumbiranya hati saya... ada gak seluar kontong for daily use.. Abang dah kena beli yang besar-besar dah.. emmm dah bujang anak ku...

This is for Dik Man.. sama gak macam Abang.. nanti gaduh! Dari dulu lagi memang I belikan yang sama.. design mesti sama tapi warna je lain.. tapi kali ni biarlah sama.... depa pun beza umur setahun je..hiks!

Thursday, August 16, 2012

Kids Apparel - I Memang Suka..


He.he.. dah lama I tak update kat blog ni. Almaklumlah sibuk.. nak pulak raya is coming. kat rumah toksah cerita lah.. Mana lah cukup tangan I nak menggapai itu ini, buat itu ini. Even though I ada Bibik tapi banyak benda I kena buat tau!

Ok. Lets move on to cerita shopping raya.. Gaji sudah masuk, cuma vitamin je tak masuk lagi. Apa pun, jadilah... Dapat gak mak beli anak-anak nya baju sambut raya..

POLO and Disney Pricess...

More Disney Princess collection. Good offer. Nampak itu harga. Sudah slashed giler-giler. Hampir-hampir I sapu semua.. hiks!

I like this color. Kalau jalan malam, tak sejuk lah lengan anak mak, kan, kan, kan. Ni semua baju asyik bebet (tak berlengan) je.. Mak I cukup pantang anak dara baju tak berlengan ni.. Tak pe lah nenek ooiii.. zaman dah berubah. baik kekecik ni pakai tak berlengan. Kok dah besar buat perangai pakai camtu, tak ke haru dibuatnya...

From F.O.S. Not bad gak kat sana.. I cari legging, memang comfy for my little girl..

Punya lah banyak baju for my gegirl.. Tu belum kasut and sandals dia lagi.. Wuii.. shopping sakan omak eh... tapi tak pa lah yang ooiiii.. I tak kacau duit pak nya.. Sesem pun I tak mintak or "tekeh"..he..he.. Ini semua hasil titik peluh maknya meredah sana sini..

Lagipun baju Aliaa banyak dah tak muat. Anak dara mak dah besar dah! Tapi kelakuannya.. ya ampun!!!

For my boys, all in RED! I like red!


Wednesday, May 16, 2012

Sepit Rambut for Girls

Walaupun rambut anak dara I, alahai.. manyak sikit tapi I tetap nak laramkan dia with those cute hair clips. Maklumlah anak dara sorang kan, so bila masuk kedai jual accessories tu, mata mellilau je cari dia punya sampai lupa sat apa yg nak dibeli utk Mamanya... biasalah kan..

Pilih punya pilih, ni yang I beli...

 Yang 3  tu, I yang punya. Tak tau lah berapa lama boleh bertahan. Sokmo kena baling and main dek anak-anak je. Jadi getah lastik la, jadi mainan la. My boys memang suka men"sabotaj" my hair accessories.

This is for my girl. Tak mahai pong, just biasa-biasa saja..


Tuesday, April 17, 2012

Batik Clothes for Girls Only Ya!

You all ingat tak I pernah cerita pasal Hari Kraf kebangsaan yang berlangsung di Pusat Kraf Jln Conlay KL hari tu.



Ha, ni I nak tunjuk plak baju-baju yang I beli kat sana for me and anak dara I.. he..he.. sangat berpatutan harganya and selesa dipakai..


Baju for anak dara.. I bought it for RM 35

Ni baju untuk I. I suka the colar macam cheongsam.. and the lengan ada cekak getah tu.. Vary the comfy. Tawar punya tawar, akak dapat RM 35. Bagus tak I bargain?

Friday, April 13, 2012

Glass from SSF

Cantik kan glass ni from SSF? I bought it, ingat nak letak candle for my sister's wedding hari tu tapi apakan daya, terpatah plak the kaki. Too fragile but you can get it for yourself, sementara stok masih ada...

So classic before it was broken..

Friday, March 30, 2012

Shopping di Pusat Kraf

Since office akak ni sobolah yo dengan Pusat Kraftangan Malaysia,so sempena Hari Kraf Malaysia ni memang ke situ la we all almost everyday. Wuiii... macam2 ada... sediakan ongkosnya saja. Sempatlah akak snap gambau sedikit tapi baru separuh jalan, bateri kamera dah kong plak! Ish, ish!

Rasa ralat gak sebab tak sempat ambik gambau khemah yg jual kain2 sutera and batik ni. Kakak-kakak, makcik-makcik, mak-mak mesti suka. I tell you, kalau you dah ada experienced gi sini tiap tahun, mesti kata, "AHHHH!!! MAHAL LAH!" Ye, menang betul tapi tahun ni, mungkin depa dah sedar diri kot, I mean the peniaga, harga kali ni for all things memang mark down gegiler beb! Rugi kalau tak pergi...

Like sutera ke, kalau you all biasa pergi butik Innai ke, hape, you all boleh dapat murah kat sini almost half price. Lagi cecantik. Geram aka tengok. So apa lagi... moh kite!!!!


 The entrance dah nampak khemah besar-besar.. Don't worry, aircond...

Ada performance show. Tenang kepala I dengar adunan muzik yang sungguh merdu. Hari tu Isma (kakak Tomok) nyanyi lagu tradisional. Sungguh sedap suaranya..

Ni kat booth capal. I bought 2 pairs for my kids. Sedap sangat bila pakai. Murah tu.. RM 38 for 2 pairs. Murah kan? Ada byk booths lagi, pilih je mana berkenan..

 Anyaman pun ada. If nak beli rotan, bakul, tudung saji and seangkatan dengan nya, meh berkunjung ke sini.

Ada byk booths jual accessories. Dari yang tradisional sampai ke mutiara, I rambang mata you.. So.. many...

 Ni hanya tak sampai suku booths jual accessories.. Tak muat dalam camera..ha.ha..

Gerai jual barang-barang from clay or tanah liat, memang banyak. Saaaanngaaat murah! I ulang, sangat murah, sangat sesuai kalau nak cari door gifts for guests. You won't believe the price..

 Ni landscape kat KRAF. I wish I ada satu taman camni kat rumah..he.he...

 Ni gerai anyaman. I terpana sat!

All the kayuu products. Korang nak apa?!! Hah! Cakap je. Dari pergola, buai, pagar, ukiran, lukisan, khat, nak sampan pun boleh dibuatnya... Harga, reasonable. Aiming for one (bukan sampan) tapi tunggu budget..

 Tu dia haih!

EVENT : 21 MARCH 2012 - 2 APRIL 2012
TIME: 10.00 AM - 10.00 PM

Jom Shopping!!!!


Tuesday, February 21, 2012

Brooch Baru, Korea Mali..

Ni menggatal tangan ni nak kuar duit.. Wui.. rambnng mata akak bila tgk brooch yg lawo-lawo ni. Tapi tak kan nak borong semua, ye idak. Kang terbeliak mata cik abg kang nengok bini eh memborong. Tapis punya tapis, ni dia pilihanku.. Dapek duo yo. Ok lah tu since adik I pun nak kahwin kan. So cik kak pun nak gak vogue de vast!



I sukeeee...... as compared to those brooches yg di juai di pasar malam, the Korean brooch ni lebih shining batunya and the pearls are real. Herge, biasa-biasa je ah!
 
 
Blogger Templates