Social Icons

Pages

Showing posts with label House: Bedrooms. Show all posts
Showing posts with label House: Bedrooms. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

Oh Cantiknya Rumah Ini..


Cerita pasal site visit (ah cheh! macam engineer plak) ni, memang syok la.. jamu-jamu mata, kasi sakit hati (tengok interior design cantik tapi kita tak dapat buat camtu) and curi-curi idea..

Macam resort pun ada.. fuiyoh! kalau rumah I cenggini, memang sun bathing je la kerja ahkak kannnnnn..? Poyo dengau ye tak?

Cak! Kita jejengok wardrobe ni.. cantik, menarik, hitam itu menawan you! Emmm.. see thru.. I can imagine kalau tak rajin kemas lemari ni, haru pemandangan kan? Oh! Adakah untuk anak bujangku nanti ku buatkan begini? Well, we will see..

Yang ni dah lama akak berkenan.. the side table and the mirror.. Elegance.. bila lah akan mendapat? huhu.. ada sesapa tau kat mana jual cermin seperti di atas tapi murah? PM me kay? tapi jangan nak kelentong harga ye.. I dengan hubby memang kaki survey so we all tau harga yang orang-orang di luar sana letak...So, sapa-sapa ada tau mana I leh dapat discount price tak?

Ni pun cantik. I ingat katil orang dedulu, time zaman (eh! bukan sama ke maknanya?) mak I kahwin dulu, lebih kurang camni la rupa bentuk kepala katilnya. Now back to oldies.. hahahahhaa.. 

"Mak, ooo mak.. kalau tak buang katil mak dulu, sure leh jual at higher price as antique.. Lo hai.. naper la buang kepala katil tu dulu kan?"

Just using sheer and laminated flooring dah nampak kemas and terang.. tak de lah kelam semacam... Btw, dah lama tak dengar cerita rumah akak kan? Ada update tapi tunggu lah ya.. macam-macam plan and macam-macam dah buat.. tapi nan ado yo lah yo.. belum major renovation lagi (buat kali ke 2).. tunggu ongkosnya dulu!!!

Tuesday, July 1, 2014

Tengok Show House Lagi..


Ni kesinambungan cerita tengok renovation in one bungalow kat our house area.. Memang tak puas tengok.. macam-macam idea dapat. Cuma duit je yang tak mendapat.. huhuhu..

Ni from the Master bedroom. And yes, this is the place and if you know or boleh agak-agak kat mana, so be it. RM 2 million kao! Memang kelazzzzz...

Alamak! Kelam pulak gambar ni. But faham-faham jer lah ye, ni dah tentu shower kat bathroom.. tak siap lagi so tak ada apa nak show..

Tu dia.. nampak plak I tengah ambik gambar.. Aisey..

 
Well, mula-mula I suka sangat this wardrobe tapi bila telek punya telek, timbangkati, terus I tak suka the design. Nampak cam semak, oh sesemak otak ku (sekarang ni la).. Definitely no, no, no fr any of my wardrobes.. macam banyak wardrobe aku nak buat..

But I like the glass staircase handles.. Memang cantik, menawan, kau memang debom!

Monday, June 23, 2014

Kita Cuci Mata Dulu (Tengok Show House)


Dari dulu, memang we all laki bini suka buat site visit kat show house unit. Bukannya apa.. ambik idea jer cemana nak decorate rumah.. tak yah hire interior design. Ni interior design sdn bhd saja for my house.. ngeh, ngeh, ngeh.. nak jimat belanjo..

Cantiknya.. ada pool lagi kawasan ni.. Sungguh exclusive! I like!
 Ni kalau buat bilik untuk anak dara I pun ok kan? Nampak macam English style sikit tapi exclusive..

OMG! I love this.. Sudut membaca and santai minda.. awesome!
I love the decoration.. Serious.. memang cool.. sejuk mata mandang.. tak semak pun ya.. sesuai to those yang ada anak kecik.. I suka tengok the "mirror, mirror on the wall.." Oh ya.. am going to get those 2 for my house. Kat mana ye nak cari? 

Oh! I have that arm chair.. Macam tetau je I pun suka cenggini..

Simple jer kan? Tak yah serabut mata mandang..

Tuesday, March 11, 2014

Bedrooms: Cosy & Simple


Memang lama, lama betul rasanya I tak update pasal rumah kan? Ada banyak actually nak update pasal rumah tapi masa tak mengizinkan, kan, kan, kan.. so projek tertangguh la sat.. belum projek travel lagi... umang aii.. dah macam caca merba lak blog I ni.. semua kasi hentak satu blog.. dah aternya senang nak maintain.. daripada ada bersepah-sepah blog, kan poning palo acik ni nak maintain..

Bilik my boys memang dah ada.. dah ada katil pong.. terjelepuk gitu tapi macam tak well decorated lagi.. mata ni mula lah tak sedap tapi apakan daya kan.. memang ongkos harus difikirkan.. and as usual, kalau ada masa, mulalah kita orang ni merayap kat mana-mana house show unit, kononnya nak ambik idea lah kan..

Wah! Cantik betul kan? Sebetui-betuinya.. I tak ada lah suka the colors.. nampak macam dull jer.. that sheer pun macam tak kena sebab dah walls pun color cenggitu gak, rasa macam tak ada seri bilik ni.. tapi I like the racks kat tepi dinding tu.. cantik and elegant.. Hok atas siling ni, well.. I might be an old school of thought but seriously I dont like the idea of having your lights up there.. macam seriau jer.. takut jatuh terhentak kepala, naya kau! Tak yah le cecanggih sangat.. Pada I, cukup setakat ada lampu kat atas siling tu pun dah kira bagus..

Taken from a different anngle.. oooo.. cenggini rupanya.. bukan katil kau tapi dia letak itu pelantar board then letak tilam atasnya.. From my point of view, memang tak sesuai sangat la sebab itu tilam mesti "lari-lari" punya lah atas itu board.. dah licin kau! For sure la..
 
Awatlah semua bilik ni nampak malap jer kan? huhu but ok la.. nan adao.. ni bukan bilik I ye.. ni kat show house unit tapi tak mau lah beritahu kat mana.. cukup setakat santapan mata.. Oh! Macam ada orang landed atas itu katil jer.. Kok ya pun, mana petugas kat sini? Kasi kemas la sikit.. Hodoh bebenau nampaknya..

Ha! Yang ni terang, simple and cosy.. ok lah if it is meant for anak bujang.. senang nak maintain, tak banyak barang.. I like the idea.. so, which one to choose.. maybe none kot! wakahkah!

Friday, August 30, 2013

Renovation for Drawer?


Bunyi cam pelik jer tapi tu lah hakikat nya.. I need renovation for my drawerrrrrr!!!! La.. kenapa lah tak terfikir masa nak buat wardrobe hari tu kan? Tu lah dia.. kok namanya dah kena design sendiri, fikir sendiri, monitor sendiri.. mana ada budget nak hire interior designer... 

La ni la baru terfikir pasal neck tie nak letak mana, belt, brroches, watches, jewelry and segala tok nek.. dah bersepah-sepah barang merata sana-sini, bekas sana, bekas sini.. pening nak mencari pun satu hal! Ada yang menanya, "Hah? Bekas yang mana satu you letak?"

So, bila jenjalan ternampaklah this so we our next project, kena buat minor renovation kat wardrobe, for drawers only.. heheheheehe.. of course, tempat yang dituju adalah... tak lain dan tak bukan.. UNITY KITCHEN.. (dah macam ada saham pulak kat company ni..)

Cantikkan? Banyak compartments so memudahkan kerja and solve my pening kepala.. kasi lambak je kat situ.. tak lah zaman tua-tua nanti terkial-kial pusing satu rumah cari brooches or seangkatan umat dengannya!

Wednesday, July 24, 2013

Project Terbaru with Unity Kitchen


Well, well, well, dah namanya loal customer kan, so I tak lari ke mana lah.. still stick to Unity Kitchen.. so sempena raya ni, I dah siap bagi depa satu business deal lagi.. Walaupun kecil-kecilan punya business, tapi still income to them kan?

Hah.. excite ya nak tau apa ke benda nya ye.. hah tengok je lah kat bawah.. cakap lelebih, tak mau.. gambar lelebih pun belum lagi tapi ni je I boleh kasi tengok..

Ngeh... ngeh.. ngeh..



Wednesday, April 17, 2013

Marvel's Superhero...


Dah nama pun boys.. mesti hero-hero ni lah pujaan depa.. Spiderman, Captain America, Iron Man, Batman.. semua yang man-man lah tapi yang being left out, Kluang Man.. kwang, kwang, kwang.. Sibuk je memana pergi nak itu ini.. macam mak pak ni cop duit.. tapi yang selalu ikutkan ragam depa ni, mak depa lah kan.. al-maklumlah nama pun mak.. mesti kesian je dah minta itu ini.. tapi tak delah 100% I ikutkan kehendak depa tuh! Kang terduduk akak membayor..

Back to the story, korang tengeklah betapa taksubnya (chewah! guna perkataan ni pulok..) depa kat super heros n..

From the cadar to all the toys.. itu suku je tu.. takut nak letak bebanyak.. kang jatuh hempap pala bebudak tu kang.. siah palih! Oh ya.. to exclude Abang nyer Mr Bee tu ye.. itulah kesayangan dia since baby lagi.. tanpa Mr Bee tu, tak leh tidur..

Atas cermin tu pun ada small toys.. with the topeng Spiderman!

Beg sekolah pun sama.. the Avengers team..

Ni lepas ni, anak dara I apa pulak?

Wednesday, March 13, 2013

Console Table - Marble? Teak? Glass? Pilih-pilih!


Tajuk pun dah gempak kan? Nasib baik tak gegak gempita... wah! Dah lama tak guna perkataan itew! Anyway, back to our story, for the past few months, we had a market survey on this console table. Nak tahu, rumah I tak ada sebijik pun console table.. We all jeling-jeling, pandang-pandang je kat kedai-kedai.. Dah namanya pun market survey kan, so survey je lah selagi buleh! (ops! jangan tiru spelling akak ni ye)..

Ni adalah contoh for glass console table tapi I tak minatlah kaca-kaca ni. Satu, habuk nampak, pastu susah nak lap.. then the bucu.. wah! manyak tajam woo.. tak sesuai bagi I yang ada anak kecik ni.. Biasalah kan.. Depa ni bab menyelinap masuk bawah meja tu ambik barang or dok main-main, memang macam training askar! Tak meja tu kang tumbang, kepala depa terantuk! Tu je.. antara 2 pilihan so baik tak payah.. So, NEXT..!

Ni half moon orang panggil tapi emmm.. ok gak.. I ada tapi nanti I tunjuk maghi ye..

Ha! Marble, trend terkini.. Ada macam-macam jenis marble and harganya pun bermacam-macam jenis. Pun, coraknya ada bermacam-macam jenis.. ha.. pilih-pilih!

Well end up beli teak punya console table to be put in our Master Bedroom.. bolehlah.. with 3 drawers, a good price from my friend yang ada kedai jual teak ni.. teak charm lah katakan... so sesapa yang suka barang-barang teak ni, tak kira apa pun, leh lah ke kedainya.. refer nama I..he.he..

Dah... lakiku letak belly pouch plak kat atas tu! Nyemak je weih!

The alas we all beli kat Bangkok time my hubby kerja kat sana dulu.. Dah lama I peram dah.. dulu macam tak sesuai pakai tapi la ni boleh lah dikeluarkan "pekasam" ni.. hihihiii...



Tuesday, July 31, 2012

Wardrobe for Kids' Room

Dah lama tak cerita pasal rumah kan? Sekarang ni, I tengah plan nak buat wardrobe for my kids plak. The 2 boys, of course. I have got the quotation from Unity Kitchen for my kids' wardrobe tapi tgh "fening" nak pilih design. Ada la few options tapi still surveying..

NI pun macam cantik jer I nengok...

And too simple...

Ni macam ngalahkan bilik I la pulak!

This is one of the kind of modern design wardrobes

Ni lah yg I rasa macam sesuai sangat dengan bebudak ni.. Simple and nice.. My hubby kata, semunya tak menarik perhatian dia. What say you?

Monday, October 24, 2011

It's Walnut & Black!!!

Ha.. ni baru cantik... My hubby nak warna walnut for for the wardrobe and black for the dry kitchen. Baru lah nampak elegent, katanya.. ok gak le sbb almaklumlah I ada ramai anak kecik. Kang ada cop mohor tangan kalau white ni, satu kerja lak nak membersih kannya. Tak gitew?




 
 
Blogger Templates