Social Icons

Pages

Showing posts with label Aidil Fitri. Show all posts
Showing posts with label Aidil Fitri. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Last Raya With Nenek..


Semalam genap sebulan my late boss pergi mengadap Ilahi.. tetiba I teringat arwah nenek I, the mother of my mum.. Umur dia memang panjang.. dekat seratus tahun.. But memang generation sebelah my mum ni umur panjang-panjang.. In fact arwah Nyang I hidup sampai seratus tahun lebih..

She was very fair kan? Her skin showed her fairness and prettiness during her young days.. I bukan nak puji lelebih tapi she has sharp nose and nice skin.. tepek bedak sejuk jer.. yang dibuat sendiri.. Then, I remember dia buat scrub using kulit rambai. Pokok rambai tu still stand infront of her house kat kampung yang hampir roboh.. I think usia pokok tu pun dah dekat seratus tahun? Possible kan?

Atas katil kat rumah my uncle yang took care of her.. Time ni Dik Man pun baru 2 tahun lebih.. But Abang remembers this moment. maybe because dia dah besar sikit to understand.... My late grandmum still at that time can hear perfectly, tak rabun (tu pun rabun dekat) and can manage herself cuma nak ke bilik air je kena mengengsot.. That independency made her slippped kat bilik air yang membawa kepada saatnya mengadap Ilahi..

See Abang's hand? In fact, from baby till now, he is a very loving, caring, responsible Abang to others.. tak tahu apa yang diboraknya sebab my grandma cakap noghoghi, definitely Abang wouldn't understand..he.h.e.. but he got the charm to layan his Nyang with so many questions.. I bet mesti my Nenek tanya, "Kau ni anak sapo?", which was thrown out several times, repeatedly when she saw her great grandchildren..

She was left by her husband, who was also my late Datuk for few years. But something to share, my Atuk was 10 years younger than my Nenek.. and during old days, Atuk even called my Nenek "Kak Mah" when he used to singgah her gerai to beli kuih.. Actually both of them were married after their first marriage failed. My Atuk has a daughter with his previous marriage, whom I called Mak Ngah.. And my Nenek was married to a Malay film star, Hj Mahadi with no children.. Kalau tak kenal sapa Hj Mahadi tu, tu yang jadi Abdul Wahab, dalam filem 3 Abdul (filem P. Ramlee).. Hah! Dah kenal?

This photo was our last photo with her during Hari Raya Aidil Fitri.. After her demis, we have no grandparents left.. I miss the moments and I really treasure all the moment spent with her.. Thank you Nenek for taking a good care of me when I was small. Love you so much....


Friday, August 24, 2012

Red & Purple Are Our Raya Theme Colors

Salam Hari Raya daripada kami sekeluarga...



Nampak sama je kan gambar kat atas ni? Perhati betul-betul.. ada beza tu... tengahari rembang ni, lakiku suruh berjemur for this photo shoot. tengoklah muka memasing tu... memang tak dapat nak buka mata! I control ayu tu.. Boys pakai baju merah follow the mother and si anak dara pakai baju purple, ikut the father.. Sehati sejiwa, kami sekeluarga. Dila tengok gambar ni, alahai.. dah makin membesar anak-anak akak. Apakah maksudnya itew? I dah makin tua!!! Wahahhah..

Anak dara dah moody. Kerimasan and kepanasan kot

Monday, September 5, 2011

Raya di Rumah My Parents Pulak

 
Ha..ha.. If u all nak tau, rumah parents I dgn in laws hanya sepelaung je. Dekat kan? Sebelah taman yo so takyah sesusah or poning palo gaduh nak balik mano time ghayo (maaf yek I cakap noghoghi plak). Tapi I jumpa my hubby kat KL ye. We all satu tempat kerja. Eh! Ni dah bukak cerita cinta pulak ni.. ok, cut it off, cut it off. Berbalik kita cerita raya.

Ni another gambar my family and as usual lah kan, ni lah hasil gambar sefamily akak...
Abang yang manja, Dik Man yang kelakau, Aliaa yang moody, siap segala bagai... Mama dah nun tercorok tak nampak. Sikit hari lagi, mau Mama tak kelihatan terselindung oleh mereka yang besar.. ha..ha..


Ni my brother. Bawah I and he's the only son among the 4 of us. Baru ada anak sorang tapi manja ya amat dengan Abi nya (means ayah in Arabic). Melekap je..

Ei Dik Man! Dia ni ada je enterprem kat mana-mana.. Layan je lah..



Hah! Tu dia.. All boys in both families (family akak and hubby). Time ni depa datang bertandang kat rumah my parents so ape lagi.. bergegar satu rumah. Aliaa kat tepi tu tengah makan. Tergeliat-geliat gaklah dia nak join abang-abangnya. Sungguh lasak bestul anak dara Mama yang sorang ni. Sungguh! Tak tipu punya..


Tu dia, tah apa yang bebudak ni mainkan.. Ghasak me ler weih! Jangan ada yang patah riuk, tergolek-gelentang or tercedera, udah... Commander Abang tengah bagi arahan kat soldadu-soldadu yang lain..



Wah! Besan bila dah bertemu besan, ada je lah citernya. Tu sibuk my youngest sister ambik gambar. Ni je la yang tak kahwin lagi. Mungkin raya kali ni adalah raya terakhir sebagai anak dara. Next year dah jadi mak dara plak ye..ha..ha. Ambik, jangan tak ambik dik. Buat kenangan nih!

Wui.. itu soto, my mother buat. Memang ngam seih! My sister in law ni memang mengidam nak makan soto kat rumah my mother so apa lagi. Depan2 tu terhidang... Sonyum manjang...

My sister sorang lagi tak ada dalam gambau. Tengah siapkan baby keciknya yang baru 3 bulan. So, itulah al-kisahnya keluarga akak di pagi raya...

Sunday, September 4, 2011

Corat-coret Di Aidil Fitri.. di Rumah Mertua

Tu dia.. di pagi raya selepas solat Aidil Fitri... My in laws bergambar bersama cucu-cucunya yang bermacam-macam gaya.


Buat pengetahuan semua ye, hanya seorang puteri among all boys. Memang haru dibuatnya.. Yang pakai baju pink tu, my boys (Abang and Dik Man). Yang pakai baju gray tu, anak my sister in law. Ya Allah Bang oooiii.. awat lah senteng sebelah seluar mu itu? Baru Mama sedar bila tengok gambar ni.


Ni dia my only princess Aliaa with Nenek. Cantik tak baju kurung ni? Tak kisahlah Aliaa, besar pun besarlah, janji kita vogue de vast time raya. Itu lengan baju pun tak sempat alter, tu yang kena lipat 3 tu!


Ni my youngest brother in law. The wife tengah sarat tu, tengah tunggu hari je. Expected baby girl so Aliaa ada geng ler tahun depan..


Ni my sister in law, cikgu Ummi. Pun sarat gak but expected baby boy. So senua hero lah nampaknya, ye Mak Ngah. Tak pe, cuba lagi..


Ni gambar family my hubby. Meriah sungguh di hari raya... Berwarna-warni...Huiii kerongsang Mama, 3 tingkat tu.. Eh! Tak nampak pulak. Ha, tengok gambar kat bawah je lah yek. Nak beli kerongsang ni sangat, akak sampai kena tipu dik non ooiiii!!!! Geram betul akak! Dengan bangsa sendiri pulak tu! Jalan sedepa, kat kedai Cina tu, the tokey boleh bagi I setengah harga lagi. Tak pe, tak pe.. Bulan Ramadhan kau menipu, tahulah balasan nya nanti. Akak tak nak cakap banyak. Awak tu berniaga dik.. Ambik lah contoh Rasulullah ketika berniaga, senang citer...


Laaa... ni Dik Man ke mana pulok ni? Hok alah hai.. memang bertuah tul anak Mama ni. Dik Man ni memang camtu.. Ada je gelagat dia time nak bergambar. Dia ni pak lawak sikit tapi manja ke main. Kalah adiknya. Yelah, 4 tahun gap, memang manje lah gamaknye... tu yang nama panggilan pun Dik Man. Tapi ada cousin dia yang panggil "Pik Man". Nasib baik tak "Pac Man"... alah game yang biasa kita main time kecik2 dulu.. I tak tahu lah if present generation ada game name tu lagi..

Saturday, September 3, 2011

Rumah Terbuka Pak Lang Chef Ismail


Chef Ismail ni cousin my mother in law. I just call him Pak Lang. Hari Raya Aidil Fitri ni, Pak Lang buat rumah terbuka di Kampung Chengkau Ulu Rembau. Ikutilah pengembaraan I untuk sampai ke sana (kampung my hubby) and the rest of the story....


Ha.. tu dia.. punya lah thrill nak sampai ke kampung hubby ku.. Terpaksa lintas jalan keretapi you... Actually ada jalan dalam tapi takut tak ada parking ler, jalan sempit la, jalan becak la, and macam-macam lagilah alasan. Actually, for me, the reason tak lalu jalan dalam is memasing bawak  kereta besau, mana nak lalu jalan yang boleh "mencederakan" or "mencomotkan" kereta..ngeh..ngeh...

My cousins sibuk mengambil gambau suasana kampung yang dah lama ditinggalkan.. Maklumlah, nenek dah lama kembali ke Rahmatullah..


Sempat posing anak-beranak. Tu dia my in laws. Dah lah akak pakai kasut tinggi.. Tu dia.. tetap maintain...


Puyoh! Ramainya sedara yang datang. Orang kampung pun sama meramaikan... That is my aunty, Datin Maznah, the wife of Dato' Mohd Haniff Othman (Mejar Jeneral ATM Malaysia).


Guess what?! I jumpa Aunty Florence.. Alah.. sesapa yang tak kenal Aunty, tu yang selalu keluar TV masakan bersama Chef Mail. She is Baba and Nyonya and very friendly. And she speaks fluent Malay. I bangga you...


Yawn! Aliaa dah kepentan dan mengantuk.. Nak tunggu bergambar dgn Tok Lang Chef Ismail ni, punya lah kena Q.. Celebrity lah katakan...
 

Akhirnya, dapat jugak akak bergambar satu family dgn Chef Ismail...


Penutup cerita rumah terbuka Chef Ismail, my boys bergambar berlatar belakangkan rumah Nek Yang depa yang dah terlindung disebalik semak. Cuma nampak bumbung je..

Friday, September 2, 2011

Salam Aidil Fitri Drpd Kami...


Ni lah gambar raya yang terbaik boleh disajikan buat sanak saudara, rakan taulan dan pembaca sekelian. Almaklum ajelah kan, bebudak kecik, ada je lah gaya memasing. 

Pape pun, Salam Aidil Fitri daripada kami sekeluarga: Kak Ya & Hubby, Abang, Dik Man & Aliaa
 
 
Blogger Templates