Social Icons

Pages

Showing posts with label All About Me. Show all posts
Showing posts with label All About Me. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Dek Kerana Fire Alarm, Lututku Menggeletar


That was last Friday, macam biasa lah kan, bila ada fire alarm testing kat office, we all yang menghuni tingkat atas bangunan la yang memang terbaik jadi mangsa kena turun staircase from Level 14 to ground floor! Sib baik tak tingkat 32 ke hapa. Mau pengsan akak dikkkk..

Kita selfie dulu yek..

Ni latempat berkumpul, di depan hotel... Kelas you.. dulu tempat berkumpul bukan kat sini tapi kat sebelah lain tapi tempat tu dah tutup sebab nak buat residency mewah kan, so kena lah squeezed depan hotel ni. Terhimpit, tersepit, teriknya, kau memang debom!

Tu dia hai.. the fire marshals siap sedia ambik nama.. so kira berapa orang rentung da..

Selfie dengan adik-adik junior sementara nak tunggu lift clear untuk naik semula ke tingkat 14!

Friday, June 6, 2014

To Humble Chef Kita


I ni dah macam orang mengandung la pulak.. badan membuak-buak kilo naiknya, still ada hati nak makan macam-macam.. Kerja kat KL tapi lunch kat Bandar Sri Damansara.. huhu..

Thanks ya Ayu sebab tumpangkan kereta.. Dapat naik keta baru.. yeay! Masih berbau kedai.. Sonok, sonok! Pergi berempat with 1 guy tapi tak mau bergambar.. biasalah. guy memang tak suka glamer publicity ni.. Pompuan2 jer..

Ni muka lapar.. dari tadi dok tak sabar nak makan.. emmm.. selera boleh tahan adik akak ni..

Say cheese..  tu dia.. dengan lamb pesto, beef pitta, creme brulee, ice cream with brownies, laksa goreng.. uuiii.. umang kao! Sodap.. gi la try rasa.. murah jer.. RM 5 kat Damansara.. mana nak dapat yang oooiii..
Ni actually tengah tunggu makanan yang belum kunjung tiba.. Don't worry, service cepat cuma kena sabar for few minutes sebab orang beratur macam ular kena palu! Habis makan, kita kembali ke office ya.. sib baik boss besar sumua cuti.. maklumlah cuti sekolah so kita berjimba sat.. bukan selalu pung.. We all ni kan dedicated and hardworking employees.. ngeeee..

Wednesday, October 2, 2013

Ngidam Sashimi


No, no, no.. I bukan pregnant ya.. I dah tutup kedai pun.. ni kisah kemaruk nak makan sashimi ni... Dulu I pun tak suka Japanese food ni tapi sejak kahwin dengan lakiku, jadi macam reti pulak makan Japanese food ni. Dulu time I pregnant, tengok dia makan Japanese food pun I dah terjeluek, ni kan pula nak menjamah. tapi tu lah kan.. Sedangkan kasih boleh berubah, ini kan pula selera akak.. hak, hak, hak.. 

Alkisahnya kunun nak celebrate our 10th Wedding Anniversary by having our dinner kat Japanese Restaurant. Waktu yang available pun Friday jer lah.. Hari lain, dah berkejar balik rumah. Nak hantar bebudak ngaji lah, nak tengok homework depa la, kasi latihan la.. Dah habis I suggested kat hubby all those famous Japanese restaurants kat town (I mean KL lah) tapi buleh dia kata, "Are you saying kita nak meredah jam heading to KLCC area?" So, bila boss dah kata gitu, kita ke selatan lah nampaknya. Don't want to spoil the day but my mood dah swing already!

Ni buka bengkek semacam bila dah sampai ke Sushi King.. la.. sini jer?! Boleh lah daripada tak ada.. Tu lah bila dah change plan kan? Ni kat Mines. Mula-mula we all sampai pun dah kira lambat dah. Dah kul 8 lebih pun! We jsut went straight to Sakae Sushi but the pelayan kata it's non halal. I didn't know what she meant by non-halal but maybe they served "Sakae" kot.. tapi to be safe, we all merayau lagi and terjumpa la Sushi King. Masuk jer la.. Nak ke Hotel Equatorial Bangi, jauh la pulah and tak mau lah buang masa tak tentu pasal so kat si ni jer la we all makan..

Tu kau! Ambik! I ordered punya lah banyak. Terbeliak mata my hubby.. Rasakan.. geram punya pasal, apa yang di plan tak jadi.. Kiciwa hati ku.. sob, sob, sob..

Kasi ambik gambar sebelum melantak.. penuh meja padahal makan for 2 jer.. Tu belum lagi dikira I ambik makanan yang pusing-pusing tu.. Dah 3 bekas aku tangkap! Lapar you..! 

Bismillah..

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..! Suka hati mak lah Labu...

Tuesday, September 24, 2013

Pengantin Lama ke Pengantin Baru


Pak, pak, pak kelepung, kelepung, kelepung.. Acheh.. terasa macam pengantin semula weih! Tapi la kan, kalau dengar paluan kompang ni, I rasa macam meremeng semacam la.. Dia macam ada semangat meresap dalam badan ni.. I tak tau lah korang tapi for me, it feels like that.. Tak tipu! Sungguh! Ni betul-betul punya..

Oh ok, ok.. back to my story, this is our nite together (dating la kiranya) by attending my hubby's wedding reception kat Saloma Bistro. Ni first time gak lah I menjejakkan kaki kat sana.. Emm.. not bad is the place. Makanan, ok lah.. kalau masakan kampung, lagi I suka! Dah namanya Saloma Bistro kan, pandangan I mesti lah klasik is the food..

Ah.. memandai jer I ni.. macam wedding planner plak.. Suka hati depa lah nak hidang apa kan.. Dah itu choice pengantin.. Anyway, sebab keboringan, I dok kemaruk snapped gambau sana-sini.. Sementara tunggu pengantin tibe..

Say cheese.. Wah! Nampak macam hebat kami berdua! Ops! Janganlah kome tertipu dengan segala camera trick ni.. Dah jadi macam orang baru kahwin plak rupenya.. But.. I love this photo..hehhehee..

Hah!! Itu ada nampak? Muka, perut and badan yang bulat?

Ni ok lah.. No comment.. You judge yourself lah..

Wuih! Ada sapa nak ambik akak jadi model??? Hiks! Perasan habis! Tak make up ni tau.. just bedak and lipstick, and sedikit mascara.. That's all.. natural beauty I dik oooiii..

Wednesday, July 3, 2013

Salam Ramadhan from Warga Office


Mentang-mentang boss besar tak ada, memang time ni la bebudak ni ada macam-macam event nak buat.. Every year memang tak miss lah makan besar ni! Weih, korang ingat, Chines je ke ada makan besar? Kita kaum muslimin and muslimat pun ada tau.. sempena sambutan Ramadhan ni, elok lah kita mengenyangkan perut sampai buncit dulu.. Pas tu kita kempiskan perut memasing wokeh!

Antara lauk-pauk yang dimasak or dibeli oleh bebudak ni.. kalau rajin, masak ler.. kalau jenis yang maleeezzz tu, silakan lah membeli ye..

Eeeemmmm nyam, nyam...

Wah! Lagi buntang mata I ni.. Ya Allah.. betapa mewahnya rezeki bumi Malaysia ni.. Aaa.. I bawak yang mana? Tak payah lah korang tau! I janji nak buat sambal udang petai tapi end up bawak air root beer je. beli banyak-banyak kat TESCO. Dah tak ada mood I nak masak udang sebab 2 hari I cari petai tapi tak jumpa. Selalunya pasar pagi tu, ada jer orang jual.. time aku nak masak ni plak semua hilang!

Pergi lak TESCO cari udang, pun tak ada! Last-last I hangin plus tak ada mood sebab benda tak ado, den pun maleh nak masak!

The doa' was recited by Adam.. tangkap leleh air mata I bila mentioned pasal arwah y boss yang passed away 3 bulan lepas.. Terkenang arwah... Such a nice boss..

Tu dia I yang masam mencuka.. Kerja banyak you! Mood makan pun tak ada..

 Tu dia ramai betul, macam kenduri plak! Ni baru sebahagian! Tapi depa ni tapau makanan cepat sangat.. Nak kemas cepat sebab takut tak ada sapa nak tolong basuh bekas segala bagai.. Pukul 2 dah bo liaw.. La.. kasi ler orang puas makan.. Ni nak makan for 2nd and 3rd round, tak ado apa yang tinggal lagi.. I geleng jer.. tak masuk campur bab-bab ni. I bukan makan banyak pun..


Monday, June 10, 2013

At Starbucks


Late at night.. during weekend.. dah boring kat rumah.. so bile bebudak ni dah zzz.. I pun merayap dengan my boyfriends I gi lepak-lepak pekena coffee kat Starbucks.. Well... I'm not the Starbucks' fan tapi dah ni yang dekat rumah, so boleh ler..

Handsome tak boyfriend I?

First time pekena ice blended coffee.. Hah! Tu yang I berapa gemar tu.. buat kembang hidung!

Enjoy betul dia.. mentang-mentang dua lagi sudah tidur.. so all the privilege memang dia yang punya la.. Sorry.. boyfriend I yang sorang lelagi tu pemalu orangnya.. tak suka bergambar.. Dia kata muka dia terlalu handsome untuk jadi tatapan.. Cis! Pegi dah!!!

With Kevin Zahri.. OMG!!!


OMG! OMG! It's Kevin Zahri! Jumpa dia kat Pavilion. Mula-mula tak sangka that person was him.. He seems so "small" in real.. ha.ha..ha.. But his physical body memang padanlah dengan status nya sebagai personal trainer kan... I knew his name pun sebab dulu dia pernah bercinta dengan Intan Ladyana.. la ni memasing dah bawa haluan sendiri..

He is so cool and so sporting! I like to read his blog especially when he commented about dieting and all those products kurus yang berlambak kat pasaran sekarang! Bacalah.. mesti you all teruja macam muka I yang teruja kat bawah nih! heheheheheheh..

Thursday, May 9, 2013

Marilah Mari Kita Mengundi..


"Marilah mari, kita mengundi, jalankan kewajipan pada negara.. jeng,jeng, jeng, jeng,, jeng, jeng.."

Well, antara banyak banyak lagu mengundi, lagu ni gak yang still di hati.. Ada gak radio station yang nyanyi lagu ni versi baru tapi I still prefer the old one.. Sangat terkesan di hati walaupun lagu tu dah berpuluh-puluh tahun usianya. Seingat I time I kecik lagi.. Macam lagu raya gak.. yang lama gak jadi pilihan. Lirik mudah, melodi indah, senang nak ingat.. Chewah! Bermadah berbunga bagai akak hari ni..

Well, hari mengundi pun dah habis.. I pun dah jalankan kewajipan pada negara pada 5 May 2013.. 5 tahun sekali you.. so rasa lah feeeeeeellll mengundi tu.. Bukannya susah pun.. I balik kampung sebab mendaftar guna alamat kampung..

Ni on the way nak gi ngundi ye. I memang excited sesangat sebab the last round, I missed mengundi.. My IC tinggal kat rumah you! Dah sampai tempat ngundi, cecari dalam handbag, IC takdo.. Ayoyo! Camano leh lupo plak nih! La.. I keluarkan IC sebab ada benda hari kelmarinnya.. Haiyoh! Missed 1 vote. Sorry ye.. Frust memang frust.. Nasib baik tak beratur panjang sebab gi dah petang. Kok tak mau I maki diri sendiri! Careless!!

Tempat mengundi tu tak de lah jauh from my parents' house.. tapi dah namo eh pun malezzz kan... naik kereta gak. So, together-gether dengan adik bongsu, park keta kat lorong berdekatan and jalan kaki. Ni ira senyuman sebelum mengudi lah ni..

La.. mamat ni enterprem plak! huhu.. but he is my bother in law, married to my younger sister.. Tak sangka plak satu lane... Ni kira lane ni orang yang lebih kurang seusia lah gamaknya.. Yang dah nak masuk kategori tua.. Oh! Dah tua ke I ni?! Ni dalam pukul 11 pagi.. Tak de lah beratur panjang.. 10 minutes je, then kawtim!

And this is my younger sister yang laki eh kat atas nun.. Dia category lane lain sebab tak sama umur.. ha.ha..ha.h.a.. My younger sister pun lane lain..

Dah habis mengundi.. tu siap tunjuk jari yang kena ink biru tu.. Bangga weih! Pesanan I kat sesapa yang tak berdaftar lagi tu, gi lah daftar ngundi. Jalankanlah kewajipan pada negara.. I really hate those people yang tak gi vote tapi dok pung pang citer pasal mengundi and calon. Lagi meluat tengok depa bagi comments and statements bagai nak rak dunia! Then boleh stay up lagi tu nak tengok keputusan PRU 13 ni! Yang paling worst, ada kata depa ni bukan orang Malaysia.. well hello! Kalau camtu, apahal muka kau masih kat Malaysia ni lagi. kerja kat sini lagi, ada rumah kat sini lagi! Elok campak kan ajer dalam laut tu! Tapi pastikan bukan laut negara kita yea..


Thursday, April 18, 2013

Hatred, Jealousy.. Do I Care?


This was taken from Mrs Fashion Valet, who owns the famous fashion outlet in town..

The reason I want to share with readers is the smart answer from a smart lady out there.. Not to attack the hater(s) but instead, she gave a punch back but in a very soft manner, which can make us think the true meaning of life but never to forget the most important persons who stood behind and beside you whenever you fall or down or facing life challenges, the meaning of true friends (even you don't have many, it doesn't matter..) and the concept of rezeki from the Almighty through hard work and not by just sitting there doing nothing like pungguk tunggu bulan..

Something to share, when I first stated blogging, and started promoting my blog among friends, I received so many cakap-cakap belakang from some friends.. (Itu pun, I got to know the cakap-cakap from my true friends who really care about me and don't want me to get hurt).. But yeah.. being a human I can't help by being angry, menyampah, rasa macam nak tutup blog, nak private kan my blog, just because I do bother about the cakap-cakap.. Am afraid that I will loose my friends just by being me as whom you can see in my blog. But thinking back, why do I care what people say? Why I have to bother whether they like me or not? I have never being riak, never make enemy, never not to be friends with people, and yet people still can perceive me as so called a "show off" person and started to keep distance... Do I be like one? You judge yourself lah!

First of all, to all of you out there, just bear in mind, just don't look at the surface of what people have but instead, take a good lesson there. Why people can have it but I can't? For example, there are people who are born rich but it doesn't mean that they can be successful in building up their own fortune without hardwork, facing challenges and what not!? Kalau harta mak pak selonggok, tapi kau salah manage, tak dak brain, tak tau nak buat pa, dok saja.. kau akan jadi kaya selamanya ke? Usah mimpi!

But those who are not in that category, just save and save and save your money for the benefits... Itu saja! This is when you learn how to manage your finance situation. If our grandparents can do so (I think they were great examples that I can think of), why can't we? Even I am not the person who is good in this but my hubby really taught me well. Cerita-cerita sebaliknya, I can't tell but it's a long way to teach and train me (in a hard way lah).. And I should be thankful for that.

This blog, as I mentioned, is about my life, preference and interest, At the same time, I want to share with people, how I managed to get good things with good bargain and good price and where to get them. I and hubby really value every single cent of of our money spent. In all aspects I should say.. From buying things up to vacation and so on.. We plan, we seek for better rates and the best offer.. And at the same time, this is the life of my happy family with the bless from Allah and doa' from our parents, Alhamdulillah..

Well, I dah bebel panjang berjela.. I hope this can remind myself too.. Only Allah knows each of his mankind..

Friday, April 12, 2013

Merendek Tengah Malam..


Hanya kita berdua.. memadu asmara.. ke KL kita.. tu dia weih! I dah start nyanyi lagu Fantasia Bulan Madu tapi versi lain.. ni cerita last week, cerrrrr.. I laki bini keluar malam sampai ke KL..

Stucked in the jam kat Bukit Bintang.. dah lah hujan lebat, construction MRT lagi.. memang big mistake lah.. dah tersekat dalam 1 hour.. hajat di hati nak ke Low Yat.. tah apa my hubby nak cari kat sana..

At last, sampai gak.. dah dekat pukul 10 malam tapi orang still ramai lagi.. macam tak mau tidur pun ye gak orang KL ni.. ke memang tak tidur! Ye la kot.. tapi I memang blurrrrr kat sini.. tak tau hala tuju.. macam-macam offer.. macam-macam gelagat orang.. macam-macam kedai.. tak tau mana satu give better offer and bargain.. moral of the story, kepada kakak-kakak, memakcik or dik dara yang nak ke si ni, better bawak body guerd.. if not, kena chong lah korang..

Dah letih menapak, turun from one level to another.. end up tak beli satu apa pun (apa daaa...), we all singgah kat Coffee Bean.. my favourite place... Order ice blended (sosojuk pun my hubby nak gak yang chill ni).. which we all kongsi berdua and home made chicken pie.. which I like.. dah habis liaw dah time ni..

Gambar I tapi korang perasan tak my lips yang bengkak sebelah..ha.h.a.ha... tak tau kenapa.. tah apa binatang gigit tah.. jadi bengkak and itch semacam.. nasib baik sehari dah elok.. la.. baru akak perasan, suka betul akak pakai tudung ni kan?

Tu di my hubby yang terbongkok-bongkok tengok coffee maker, I mean coffee blender for our house.. anad again.. tak beli pun.. tengok je lebih.. challow babeh...


Sunday, March 10, 2013

Mama & Aliaa..


Stop jap cerita pasal rumah.. This lovely photos were taken few months back time cousin I kahwin tapi dah dek anak dara nan sorang tu pantang nampak pelamin and pengantin, mesti mau posing..

Ni bukan pengantin dan bukan juga pengapit cuma posing sebentar, mengimbau kenangan lama...

I love this pic...

Aliaa dok mengipas-mengipas, dah tak mau turun pelamin and she got her pengantin baru song also, especially created by Mama!!! Muahhahahhhahhahhh...

With Papa.. Initially this is the dress that she was wearing tapi kena tukar sebab sudah kena muntah! Almaklumlah kampung I ni, nak sampainya kena tempuh jalan berliku liku macam ular kena palu! I pun dari kecik sampai ke tua ni pun ala fening-fening lalat bila kena balik kg. I mean kg tempat arwah nenek I tinggal. Kg yang sebenar-benar kg..! Oh! Desaku yang permai..

Tuesday, November 20, 2012

Kepenatan Nak Update Blog


Lama tak mengupdate blog. Reason being, I pergi bercuti!!! Yeahoo.. Ke mana? Nanti lah I update. Malam tadi baru sampai, hari ni kerja.. Mata pun ala-ala stim gitew and my otak memang tak leh fikir langsung nih! I rasa balik ni memang I terus zzzzzzz...

Tuesday, July 24, 2012

My Old Handphone


I'm not a gadget person. Like others who follow the nowadays trend, aku masih setia dengan handphone lama. Asal boleh ambik gambar, make call and SMS, it's enough for me. And this handphone has been serving me for nearly 7 years and still setia bersamaku! Tak mahai pong time beli dulu.. RM 500 je. Tu pun time beli dulu dok berkira-kira... Al-maklumlah gaji kecik time tu...

So comel, sebesar setengah tapak tangan je. Ada orang ingat lighter..
** Itu gambar my gegirl time baru lahir. I put as screen saver

Jenama Samsung. I pernah ada Nokia, zaman dulu-dulu lah. Yelah, time brand tu masih famous di pasaran. Tak ada jenama boleh beat. Time tu sapa pakai Nokia, wuuuiiiii.. gempak tu. Mula-mula keluar handphone kat pasaran ni, akulah antara orang pertama yg membeli. Duit scholar I belasah tu! Line Maxis, memang gempak kan? Student dah leh pakai handphone.

Tapi handphone tu besar lah. Kalau baling anjing, mesti meraung. Remember those days handphone yg ada antena tu or seangkatan dengannya, handphone kereta kebal jenis Motorola...he...he.. Time tu ada byk service provider tapi la ni tinggal 3 je yg famous. Yang lain semua mati (merged with gigantic rivals).

Well tu cerita dolu-dolu. Aku masih tak mampu beli handphone baru. My target, semestinya SAMSUNG Galaxy 3 (wuuuiii.. hajat besar tu!) Yang, boleh hadiahkan I?


Sunday, July 15, 2012

New Look of My Blog


Emm... Do you prefer the new look of my blog? It's a natural green theme. I have been searching around, hoping from one website to another, just want to satisfy myself to have a dedicated, and yet beautiful template for my blog. Actually I have several options and I have 1 that I like most but considering that I'm not that expert in the HTML code, I have to leave the template abandoned... (sad to say). I am also in the process to have my own domain instead of blogspot. This is due to storage limit and capacity of postings to my blog. 

And another big project is coming. I have to get a better gadget to replace my old one. Not to mention but it has been with me for 7 years and dah lama berkhidmat untuk I.. So guys, will let you know kay?

Tuesday, May 15, 2012

Reunion Budak SMAP Labu

Last Saturday memang I tunggu-tunggu for reunion member-member sekolah dulu. I dulu sekolah kat SMAP Labu (nama glamer), panjangnya, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. Kat mana Labu tu, korang mandailah google ye. Labu sayung ke, pumpkin ke diamnya, but the school menyimpan banyak kenangan pahit dan manis kami di sana. Bak kata orang, kami menghabiskan zaman remaja lah kat situ.

For your information, the school is among  the top boarding schools kat Malaysia ni ye. Still in the list lagi walaupun banyak boarding schools bercambah untuk menampung pelajar yang kian meningkat. Tapi awat SBP aliran agama masih dok 3 je. KIK aka Kolej Islam Klang (nama dulu) sebelum ditukar ke KISAS (Kolej Sultan Sultan Abdul Aziz Shah) utk Form 4 ke atas je. So tinggallah SMAP Labu and SMAP Kajang je dari dulu sampai sekarang.

Kalau korang nak tau senarai SBP, gi website ni ye http://bpsbpsk.webs.com/senaraisbp.htm. I saja nak promote my school sebab I rasa memang terbaik tapi yang tak bestnya the peraturan yg kengkadang tu tak masuk akal.

Ah! Malas nak cer lelebih but reunion yang bertempat di Wong Solo Bangi memang jadi hiruk pikuk we all. After 20 years, we came to gather and perangai memasing, masih like 20 years back. Mungkin cerita dodulu keluar, so memasing tak ingat diri! Ha. ha..

Tu dia hai.. Meja panjang for us! Happy to say old friends...

Dah lama tak jumpa, tah apa yang digossipkan tu sampai terbeliak biji mata!

Ada yang jadi orang besar, ada yang bakal YB, ada yang datang dari Terengganu gitew!

At the center is the organizer and selaku org kuat for the arrangement. Walaupun datang lambat but I salute your effort

The 3 stooges

Ada yang bawak anak, ada yang bawak laki, ada yang bawak bini...

Cikgu pun ada...

Lama tak jumpa..

Bergambar sebelum pulang.. Ada yang tak masuk dalam gambar nih! I and Dik Man kat seselah tu. Cari, jangan tak cari I yang genit ni...

 
 
Blogger Templates