Social Icons

Pages

Showing posts with label Aliaa. Show all posts
Showing posts with label Aliaa. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Hiak! Hiak! Hish! Fuh! Fuh!


Ni gelagat anak dara aku yang memang macam boy.. Sungguh macam boy kao! Tak caya, korang tengok lah gelagat Yaya ni.. tak padan dengan kudrat, nak gak join sekaki..

Apa ker nama barangnya ni.. tengok the video clip, memang teruja gak nak beli satu tapi nanti dulu lah yek.. I memang dalam process nak menurunkan berat badan ni.. Oooiii Ya.. terdaya ke tarik tu naaaakkkk?

Tengok muka geramnya tu.. seboleh-bolehnya nak tarik sampai habis!

Kalau sekali pandang, memang cam amoi.. Ye lah.. ikut muka Pa nya.. cuma kulit tatak putih cam Bang Mannya yang memang putih melepak!

Tu dia.. ada jer nak enterprem.. Teman gaduh, teman sepermainan.. ni lah dia..

Tuesday, June 24, 2014

Captain America: Winter Soldier (Edisi Berangan)


Bebudak ni dah terbiasa kalau tengok cinema movie, mesti pakai sweater yang ada hoodie ni. I memang selalu bawak bebudak ni tengok movie time malam. Selalunya Jumaat malam Sabtu. Senang.. dah tengok movie terus balik tidur. Tak adalah nak merayap kat mall tu.. Nanti depa ni nak makan segala..

Ni time tengok Captain America: The Winter Soldier. Cerita dah lemau tapi ngenangkan bila tengok gambar depa  ni dalam tepon, kelakar pun ada..

Ya macam kesejukan lah sangat kan? Macam lah turun salji.. Yang dua lagi tu, posing gaya ala memasing.. kihkihkih.. Sweater Aliaa tu dah lama dah.. Inherit from Abang.. tak kuasa akak nak membeli sebab budak ni cepat besar. Kang berabih membeli kang, pakainya 2, 3 kali jer..

The 3 of them.. Ayuh! Chalooo.. kita masuk panggung!!

Monday, June 23, 2014

Gelagat Abang and Yaya


Ni memang entry malas I but just to put these photos.. gelagat 2 beradik..

 Eh Bang! Kau ni tak do kojo lain ko ajar Ya ni main tumbuk-tumbuk plak!
 
Tengok tu.. alahai anak omak!

Monday, June 9, 2014

Princess Aliaa In Action


Serious beb, I nak cerita pasal Jpgja tapi kepala I berdenyut hari ni..dah macam malas nak nak menaip.. Esok esok la ya? Akak tak terdaya dik.. 

Tapi untuk santapan mata semua, I letak lah gambar anak dara I ni.. pakai pyjamas Sofea The First. Alah.. korang jangan la tanya kat mana I beli.. Berlambak je kat pasar malam, pasar tani, pasar pagi.. whatever you want to call the pasar..

Kat tangga pun leh posing.
 
 Close up... Ah cheh!

Peace yo!

Thursday, February 27, 2014

Gaya Anak Dara Sebelum Gi Kenduri Kahwin...

Just love to see these photos.. Maklumlah.. I ada sorang je anak dara.. yang dipanggil "Darling Papa" oleh Papanya..

I just bought this dress kat Lovely Lace.. Beli 2 sekali kau.. Ingatkan nak simpan Raya, alih-alih Papanya dah pakaikan si anak dara ni dengan baju baru.. hai.. kena beli lagi lah baju raya.. I like baju Lovely Lace ni... cantik and terletak tapi harga pun boleh tahan cantiknya..


Pasal bab bergaya ni.. memang no.1! Belum siap make up lagi.. tapi tak mau sikat rambut or sikat rambut.. Mengerbang manjang.. Ha! Kan cantik camni..

Jom, jom.. amboi hai.. sampai ke sudah tak habis kang..

Friday, October 4, 2013

Sepetang di Muzium Tentera PD (Part 2)


Ok, continue cerita kat Muzium Tentera ni.. As I told you before, tak ada bayaran, tak ada larangan, tak ada yang tahan, tak ada guard pun, and korang boleh snap seberapa banyak gambar yang korang nak, main puas-puas, berangan sampai tak sudah.. tak kisah.. The best place for the kids to explore new things especially with regards to military..

Dah main nyelit-nyelit pulak dah.. I wonder how that my lil girl can stand stepping on the steel without having her shoes? Errmmmm memang tough girl la dia ni...

Ni gerabak keretapi mana sesat plak ni.. Ni dolu-dolu kok bawak sojar ko?

Happy nye budak 2 orang tu!

They have never experiencing travelling by train. I pun tak pernah naik..hehehehe... budak zaman sekarang kan? Yang depa tau, naik flight jer.. Nak gi Singapore pun dah tak leh naik train dah kan? Sedih..

Ya! Nanti Bang Man nak bawak jet ni tau!

Thursday, October 3, 2013

Sepetang di Muzium Tentera PD (Part 1)


Habaq mai kat cek, sapa kata PD tak ada tempat menarik? Habaq mai sini..! Ah cheh! Terkeluar loghat utara plak.. Ops! Salah negeri la.. Noghoghi maghi! Ha.. ni jalan-jalan petang kat PD.. santai jer time balik kampung hari tu.. Tak tau nak buat apa jalan-jalan kita... Tup, tup sampai PD..

Tak ramai orang. Lagipun dah petang.. air pasang so dah sampai tebing.. Wuih! Dah lama I tak datang sini.. Rupa-rupanya dah pagar sekeliling tebing pantai tu! Tapi sedih la.. tempat istirehat dia, macam hidup segan mati tak mau.. tak berapa nak bersih..

Only the 2 of them. Abang tak mau ikut sebab sibuk main game kat rumah tok dia.. Yelah.. dah ada kawan, lupa dunia!

Singgah sebentar kat Muzium Tentera.. masuk je.. percuma.. tak kena bayar sesen pun.. tak kena tahan kat pondok guard pun.. in fact, tak ada pun!

Yeahoo! Tempat ini, kita yang punya! Sibuk si Norman tu main meriam.. konon nak tembak lah tu.. Cis! Berangan tak sudah...

Tengok tu! Si anak dara berkaki ayam jer.. Boleh dia tahan pijak batu panas tu! Handal..! Ni Pa dia lah! Malas pakaikan selipar.. I plak tunggu kat dalam keta jer, malas nak kuar.. Pa nya kata sekejap jer.. Punyalah lama I dok tunggu dalam keta, tak gak muncul-muncul.. Rupa-rupanya.. ni kerja depa..


Say peace.. keamanan milik kita.. Chewah!

Again..

Monday, September 23, 2013

The Lovely 3 @ McD


Just have our family's nite out kat McD. baru habis jemput the boys mengaji and ok, "Lets us have our ice cream then.."  Hurray! Apa lagi. I sukakat McD ni.. Walaupun jauh from our house but the place is very peaceful.. Like Aliaa's peace hand below.. hahahaha

Peace yeah!

"Ni Yaya punya!! Jangan ambik tau!"

Abang buat muka.. Ni memang anak I sebijik! Muka Mamanya.. kulit, Papanya..

The most manja boy.. Norman aka Dik Man..

Tuesday, July 2, 2013

Aliaa @ IKEA


I memang culas nak update blog lately. Banyak kerja kat office and angin I pun tatak betul.. ada macam-macam hal lah berlaku and I rasa macam nak jerit and maki semua orang.. tapi tak leh lah buat gitu kan..? tak baik itu macam.. Nak cer, malas.. just update kami bertiga punya outing ke IKEA..

Macam-macam nak angkut.. mak nya  terkejar sana-sini.. Sib baik itu 2 boys tak ikut..! kalau tak, memang I jadi mak kat rumah lah! Terjerit sana-sini.. I memang garang and memang suka terjerit-jerit.. Macam mak tiri pun ada! hahahahah..

Bag besar badan kecik!

Memang dia tak kasi punya kalau kita nak tolong.. Kim saalaaammm...

Wednesday, June 26, 2013

Uuuiii.. Pedasnya Tapi Sodapppp...


Jangan disangaka kecil-kecil tapi ini kecil tapi berapi.. hahahahha.. memang kuat pedas betul lahh! Memang gen Noghoghi tapi tak leh cakap anak Noghoghi sobab dia lahir kat KL.. hahahhahhah.. tapi anak dara ni memang suka pedas and tahan pedas.. Kalau jalan mana-mana, "Ma, nak nacik emak.." And dia memang suka gulai pedas!

Hah! Ambik kau! Kita nak ketepikan the sambal, memang dia tak bagi punya! "Aya nak edash!" Habis tu! Jangan sangka tak habis! Dia lagi banyak makan daripada Abg Man nya... Bang Man kalau jumpa ayam goreng.. yang lain tak mboh!

Tu dah habis makan.. Surprisingly, she can recite doa before makan even she is just 2 year and 5 months.. Maybe selalu dengar abang-abang baca..

The tocang 2, her clips, her hairband, semua I beli kat Party Princess.. tak ada nya mahal.. gi lah survey.. cecantik tu.. geram I.. I tak berapa suka beli kat other accessories shops sebab macam tak sesuai for kids and does not last long.. kat PP ni cam sweet jerrr...


Thursday, June 20, 2013

Pizza Hut for the Younger 2


Time cuti sekolah, Abang will not be with us sebab dah diexport ke kampung. Dia mengaji intensif kat kampung and tuition dengan my parents.. Maklum lah tok nek cikgu tapi dah pencen dah.. so tinggallah mereka berdua ini.. Tau je lah kan.. si berdua ni memang teman gaduh punya and banyak demand and songeh! Tapi layan jer la.. dah tengah malam pun nak Pizza Hut!

Menyeringai sokmo.. dah habis sudu garpu and segala macam bagai atas meja tu dimain si budah berdua ni..

Peace from Aliaa and tu Dik Man.. hai..

Sorang rambut lurus, sorang curly.. rasa-rasanya yang si kanan tu lagi putih kan? hahahaha..

Ni berdua ni I should call them.. SI GEMUKS!!!

Monday, June 3, 2013

Serunuknya Main Masak-masak!


Sepetang time Pa tak da... nak lekakan semua bebudak ni.. hah! Tu dia, ambik.. Dengan airnya yang dicurah atas play doh, belum kat lantai lagi.. kat baju lagi.. lantak lah nak buat apa pun.. This is your time.. Mama dulu pun camni gak main masak-masak. Cuma time dulu, main kat luar guna segala macam yang ada.. Daun, bunga, pasir.. habis kena cabut buat sayur.. ha.ha..ha  what a memory..
Punya lah kusyuk tu.. and pring and segala macam bagai didatangkan khas from IKEA tu! Tak pernah dibuat orang kan? But I buat.. Kok tau dek laki ku, mesti geleng kepala..

Tu dia haih! Habis baju!!!!! Ni I tak leh marah sebab I yang kasi that air.. ha.h.ah.a.h.a..h.a.. Syok nya kan.. kira heaven lah tu dapat main camni.. Time I dulu, tanah kat luar tu we all kerjakan.. La ni tak dapek lah.. sian kan bebudak zaman sekarang.. Keliling rumah I pun bukan ada pokok sangat pun.. Yang ado pun, hidup segan, mati tak mau.. And we all ni pun kira ala-ala kurang rajin berkebun, so tak payahlah mengharapkan pokok-pokok keliling rumah..

Bang Man interprem.. Ada jer dia nak mengacau Yaya..

Hish budak ni! Pi skeeeetttt.. Nak ambik gambar anak bujang sorang tu pun tak dapat hah!

Ni dia the Abang.. Emmm.. nampak so matured and so besar kan si Abang ni.. Actually he is not even 8 years old yet since he was born in October.. Ni baka Pa ni.. tapi muka Mama..

Wednesday, May 22, 2013

Yaya Demam Ma..


Camana nak cuti-cuti Malaysia nih? Dah domam plak anak-anak I ni.. Memula Dik Man, then Abang, pastu Aliaa.. berjangkit-jangkit plak.. Tapi standard lah tu.. Kalau sorang dalam family tu demam, yang lain mesti mengikut.. tapi tu lah kan.. sian Yaya.. panas tul badan dia.. meragam jer... Muntah segala bagai.. Alahai.. hotel dah bayor plak tu.. Hopefully ok lah hendaknya..

Semalam dok nangis jer.. panas sampai kena tuam.. Dah lah tu, si Papanya sibuk lak menyakat! Memang berangin lah dia.. Yang Mama eh plak pun sama berangin marahkan Pa nya.. Yelah.. I balik kerja penat, serabut otak dengar terjerit-jerit ni! I nak mandi pun tak senang!

Ni malam sebelum demam, kat kedai mamak, teman I minum teh tarik..

Heppi jer kan?

Eh! Camana plak pandai kenyit mata ni?

Ghogham den..

 
 
Blogger Templates