Social Icons

Pages

Friday, March 7, 2014

Hanez Suraya - Apa pula Kata Kawan Lawyer Akak..


I tak ada lah suka sangat nak bercerita pasal retis (artis) tapi gossip terpanas masa kini buat I terpanggil untuk membentangkan hujah-hujah yang patut untuk mereka di luar sana...especially to those women out there.. jangan jadi bodoh piaq! Buat malu kaum jer.. buat gelak seantero umat!!! Please yek..

And I tau lah.. orang banyak duit, boleh hire lawyer yang macam kena cucuk hidung membela sebab dah gelap mata dek duit kan.. tapi tolong lah jangan memalukan kaum lawyer and orang educated sekelian alam dengan tunjuk muka kat PC macam membangangkan diri sendiri..

Sori I guna bahasa kasar tapi like all people out there, I'm so sad, disappointed and frustrated dengan kejadiah-kejadian yang amat bodoh and memalukan ini.. And my friend, seorang lawyer telah memberikan hujah-hujahnya.. You can find her point of view kat her blog:-

http://adibahashak.blogspot.com

Quote:

  • HS merupakan wanita pertama yang keluarkan statement dia bercinta dengan Mr R, seorang duda.
  • HS merupakan wanita pertama yang keluarkan gambar berpeluk sakan dengan anak anak Mr R dekat instagram
  • Dalam Melodi dulu kata dah kenal selama 6 bulan....tapi dalam press conference kata kenal bulan December
  • Dalam instagram HS gambar gambar bercuti tu dah keluar sebelum December lagi....
  • Disebabkan asakan asakan HS, LM tarak boleh tahan lagik.......so bidas kenyataan pelesu HS dalam media
  • The fact is Mr R masih asben sah LM....(hello HS!! Mr R and LM kalau berbaik pagi malam dah boleh tidur sekatil okey!!!sorrylah akak emoooooo)
  • Betapa hibanya hati LM bila HS dengan riang rianya upload gambar anak anak LM dalam instagram and show off kepada satu dunia that Mr R is mine......and also his kids...
OMG! OMG!.....Akak rasa sungguh emo bila mengenangkan nasib yang menimpa LM....dalam kes ni, akak rasa bangla security guard kat umah akak pun boleh fikiaq sapa yang start api dulu.....Mr R??? akak tak dapat bayangkan betapa sedihnya hati seorang isteri apabila sang suami  bersekongkol dengan gepren mengutuk isterinya sendiri, seorang ibu yang telah bertarung nyawa melahirkan anak anak si suami itu...
Doesnt matterlah they already divorced ke tak. The fact is they are still husband and wife!!!

Jom kita kaji pulak samada si Hanez Suraya (HS) ni berpeluang ke tidak sekiranya beliau bercadang nak menyaman Liyana Manan (LM) atas tuduhan fitnah?
Allright.....moh kita fahamkan apa maksud fitnah ataupun defamation berdasarkan istilah undang undang;
Encik Google kata:

Defamation:
"the action of damaging the good reputation of someone"  
"perbuatan yang merosakkan reputasi baik seseorang"
Sebagai contoh bila orang duk sibuk kata akak ni janda sebelum nikah dengan abang, walhal akak merupakan anak dara tak pernah bersuami dan beranak pun ...so status akak dah jadi tak betul......reputasi akak terjejas.......ada faham adik manis???
Fitnah boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
a) Libel
Libel bermaksud segala fitnah yang dibuat secara bertulis. Contohnya dalam kes HS ni satu Malaysia dah baca surat khabar, dan internet berkenaan kenyataan LM terhadap HS. Dalam erti kata lain HS merasakan yang berkemungkinan besar LM telah membuat satu fitnah terhadap HS secara bertulis.
b) Slander
Contoh untuk slander pulak, LM tak keluar kenyataan secara bertulis, tapi duk sok sek sok sek dengan jiran sebelah rumah dia pasai HS, pas tu jiran cerita kat orang lain pulak, orang tu cerita kat A pulak....last last sampai ke USA cerita pasai HS orang duk bercakap. contoh perangai mak jemah gitew....
Oh ya, kenyataan kenyataan yang disisarkan di radio juga merupakan salah satu contoh slander...
Libel@fitnah bertulis lebih di anggap bahaya kerana ianya memberi kesan yang lebih lama kepada si penerima maybe disebabkan ianya di telah published/printed a.k.a dicetak di atas kertas/komputer......berbeza dengan kenyataan dibuat secara lisan @slander kerana manusia kan mudah lupa....
Kenyataannya: 
Jangan ingat senang senang kita nak saman orang ye.....sikit sikit nak saman, sikit sikit nak saman.....untuk memenangi kes di mahkamah banyak kita kena buktikan antaranya:
i) kenyataan yang dikeluarkan memang benar benar palsu@sumpah i tak pernah buat benda ni!!
Dalam kes HS ni uolls pun tahu kan, fakta fakta yang dikeluarkan oleh pihak HS memang agak meragukan, sekejap kenal bulan 10, kejap kenal bulan 12.....Uolss mesti make sure ye, bahawa fitnah yang ditakburkan sememangnya tipu.....kalaupun ianya menjejaskan reputasi uolls tapi sekiranya faktanya benar....sorry ye, sayonara....byebye...court tak layan
""A defamatory statement must actually be a false one. If the statement is true, you don't have ground to sue, even if it damaged your reputation"
Tapi kalaulah hanya sekadar berkongsi pandangan, contoh macam blog akak ni....saman fitnah tak boleh difailkan ye.....
ii) kenyataan yang dikeluarkan memang betul betul merosakkan kehidupan uolls...
Berbalik kepada kes HS tadi, disebabkan kes ini, periuk nasik HS terjejas, kalau jumpa makcik makcik kat market asik nak kena lempang je, so HS boleh try failkan saman fitnah....TETAPI kenalah buktikan yang no i diatas dahulu.....
Kalau memang betul apa yang LM kata pasal hubungan HS dgn asben LM tu, bagaimanakah HS nak buktikan reputasinya terjejas akibat fitnah LM sedangkan secara terang terangan HS yang memulakan provocation dan drama ini...
Berdasarkan pandangan akak.....agak susah HS nak menang kes ni....kita kena tahu, Mahkamah membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti...Tapi manalah tahukan HS boleh membuktikan disebaliknya......
Wallahualam.....
Unquote
Sekian saja.. korang nilai sendiri lah ya..

No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates