Social Icons

Pages

Tuesday, October 2, 2012

Mama Punya Corelle Sudah Mari..


Lama I dok tunggu set Corelle ni, baru ni lah mendapatnya. Suke, suke, suke... Harga pun murah from pasaran tempatan. Murah jugaklah from Langkawi.. sebabnya ini didatangkan khas frok US ye tu yang lama menuggu tuh. Shipping punya pasal, merentas Lautan Pacific ke Malaysia tu..

Gambarnya pun agak kelam-kelam gak. Dah kau tu pun warna taik cicak so snapped gambar ni pun time dah kemalaman bila baru sampai rumah from office, so ala-ala shy shy cat lah pulak set I ni..

Tapi I very the puas hati lah dapat guna pakai set baru I ni. Tapi my hubby leh kata, "Dah tau harga nya harga discount, naper tak beli 2 set?" Ewah, ewah, ewah... sedapnya meng'order'! Yang keluar duitnya aku ni ha.. kok lah nak menghulur..

Lepas ni ada expedisi next collection plak utk meja makanku yang baru!! :)

Thursday, September 20, 2012

Sakit Telinga I Dengar Berita Radio Ni..


I bukan nak cakap apa tapi this morning, when I was stucked in a jam, I pun dengar lah this Malay radio station. As usual, berita at 7, daripada aku ralit nak dengar jadi menyampah pulak! Mau taknya.. ada macam-macam kesalahan bahasa yang aku rasa memang tak patut. Reason being, that radio station, ada siri "Tatabahasa". Entahlah.. I ni bukan pakar bahasa sangat tapi I rasa sebelum script tu keluar, baik lah korang suruh Profesor yang tu tengok-tengokkan dulu skrip berita korang tu.. Memalukan sungguh!

Ni ada lah 3 kerat kesalahan yang I dapat tangkap. 3 kerat tu kira byk lah kalau nak dikira dengan berita kat radio tu...

1) "Pemain badminton XXX menang dengan 8-21, 21-9, 21-8".
I rasa baik disebut,  Pemain badminton XXX berjaya menumpaskan si polan dengan mata 8-21, 21-9, 21-8. Sebabnya, the first set dia kalah, dia menang set seterusnya. What say you?

2) "Jogjakarta" sepatutnya disebut "Yogyakarta". Silence the "J". Ni lah pemberita Melayu, tak macam pembaca berita Inggeris, depa buat study dulu sebelum sebut sesuatu perkataan asing. Sedap je telinga mendengar and tak lah memalukan diri sendiri!

3) "Terengganu menajadi venue terakhir perlumbaan Le Tour de Langkawi.."
Mak aiii! Ni memang akak nak pengsan! Well hello??!!! Am I listening to an English radio station or National radio station??? Apa lah salahnya kalau disebut, "... menajadi destinasi terakhir..." Ingat bahasa kita ni kurang vocab ke?

Sori lah I dok membebel kat sini. Tapi janganlah pulak korang komen I plak kat sini.. Bahasa I memang rojak kat sini, memang tak mengikut tatabahasa pun. And I bukan nak membangga diri ye, my SRP and SPM, BM dapat A1 tu! Korang ingat senang nak dapat A1 time akak dulu? Kena berguru dgn bapak wa sampai kena campak buku la for reasons.. he..he... tapi aku tak marah, I tau that's for my own benefit..

OKlah. I got to go. Dah lama tak update the blog. Got no time ma... ada maid pun, serupa tak ada...

Friday, August 24, 2012

Red & Purple Are Our Raya Theme Colors

Salam Hari Raya daripada kami sekeluarga...



Nampak sama je kan gambar kat atas ni? Perhati betul-betul.. ada beza tu... tengahari rembang ni, lakiku suruh berjemur for this photo shoot. tengoklah muka memasing tu... memang tak dapat nak buka mata! I control ayu tu.. Boys pakai baju merah follow the mother and si anak dara pakai baju purple, ikut the father.. Sehati sejiwa, kami sekeluarga. Dila tengok gambar ni, alahai.. dah makin membesar anak-anak akak. Apakah maksudnya itew? I dah makin tua!!! Wahahhah..

Anak dara dah moody. Kerimasan and kepanasan kot

Thursday, August 16, 2012

Layan Jela Gelagat My Boys..


Dah puas aku tegur, dah puas aku jerit, dah puas aku larang.. Cuma tak rotan je. Jangan naik lompat-lompat atas sofa tu.. Alahai.... rosak le harta aku.. tapi boys would always be boys kan? Camana korang larang pun, dengar je kejap je, pas tu, buat balik.. Especially Dik man yang memang tak makan saman punya budak.

Tengok tu! Selamba je kan?

Abang lak dok asyik menyakat dia je...

Tu mula nak mencampak kan bola ke muka I ni pulak.. Lepas  ni sure kena kejar dengan I..


Kids Apparel - I Memang Suka..


He.he.. dah lama I tak update kat blog ni. Almaklumlah sibuk.. nak pulak raya is coming. kat rumah toksah cerita lah.. Mana lah cukup tangan I nak menggapai itu ini, buat itu ini. Even though I ada Bibik tapi banyak benda I kena buat tau!

Ok. Lets move on to cerita shopping raya.. Gaji sudah masuk, cuma vitamin je tak masuk lagi. Apa pun, jadilah... Dapat gak mak beli anak-anak nya baju sambut raya..

POLO and Disney Pricess...

More Disney Princess collection. Good offer. Nampak itu harga. Sudah slashed giler-giler. Hampir-hampir I sapu semua.. hiks!

I like this color. Kalau jalan malam, tak sejuk lah lengan anak mak, kan, kan, kan. Ni semua baju asyik bebet (tak berlengan) je.. Mak I cukup pantang anak dara baju tak berlengan ni.. Tak pe lah nenek ooiii.. zaman dah berubah. baik kekecik ni pakai tak berlengan. Kok dah besar buat perangai pakai camtu, tak ke haru dibuatnya...

From F.O.S. Not bad gak kat sana.. I cari legging, memang comfy for my little girl..

Punya lah banyak baju for my gegirl.. Tu belum kasut and sandals dia lagi.. Wuii.. shopping sakan omak eh... tapi tak pa lah yang ooiiii.. I tak kacau duit pak nya.. Sesem pun I tak mintak or "tekeh"..he..he.. Ini semua hasil titik peluh maknya meredah sana sini..

Lagipun baju Aliaa banyak dah tak muat. Anak dara mak dah besar dah! Tapi kelakuannya.. ya ampun!!!

For my boys, all in RED! I like red!


Friday, August 10, 2012

Amalan Bersahur


Ramai orang yang memang malas bersahur, nak pulak bila dak akhir Ramadhan. Untuk peringatan bersama, renung-renungkanlah...
"Bersahur membezakan puasa kita dan mereka. Didiklah anak-anak bangun bersahur supaya mereka dapat mendidik cucu-cucu kita pula nanti. Bukankah kita mahu keturunan kita menjadi keturunan yang mengikut sunnah Rasullullah SAW?"

Thursday, August 9, 2012

Kuku Panjang Cantik Tapi...


I memang tak pernah berkuku panjang. yelah, I ni omak yang masak tiap hari. Lagipun I tak selesa lah berkuku panjang ni. My hubby pun tak suka. Since sebelum kahwin lagi dia dah cakap siang-siang jangan bela kuku panjang. Ghotik (ni bahasa negeri ni..) dio aih!

I really wanna share this info especially yang sedang memiliki atau inginkan kuku panjang. Untuk berkuku panjang anda perlu sentiasa menjaganya supaya sentiasa kemas dan bersih. Tapi those yang ada anak-anak kecik ni, ada masa ke nak menelek semua tu? Ke you all lambak kan semua kerja rumah kat maid. Sorry ye. Bab ni I memang melaser sikit sebab for me, tak payahlah..

Memanglah berkuku panjang bukan sahaja cantik dan nampak seksi tapi anda juga dah kaya dengan memiliki sekandang babi! oleh itu, tahniah! Anda merupakan tauke babi yang berjaya! Takkan tak tau bahawa dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! .So, kalau kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang….  bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut…..

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuaiberkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Kalau pandai pun, mesti degil tak mendengar kata atau pun character depa yang susah dibentuk. Kesian kan? Anak tak berdosa jadi mangsa. Nak merasa masakan mak, tapi mak plak bagi tahi.. Sorry, I'm a bit laser bila sampai bab-bab cenggini. Tak kesian ke kat anak-anak tu? Eeeii.. kalau I, memang geli bebenau lah!

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Info tambahan:
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
 
 
Blogger Templates