Social Icons

Pages

Showing posts with label Bebelan Kak Ya. Show all posts
Showing posts with label Bebelan Kak Ya. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Sibuk Sgt ke Nak Reply E-mail?


Being a blogger bukan senang kan? Especially kalau ada entries yang buat kita (as readers) nak bertanyakan soalan to that blogger. As you all know, initially my entries byk berkisar pasal rumah and segala tok nek yang berkenaan dan berkaitan.. so that's why ramai gak yang bertanya tentang contact people and I wouldn't mind to share because I don't want people to go thru all the hassle and paling penting, tak mau ada melaun-melaun penipu yang ambik duit orang tapi kerja cam hampeh! If you read my earlier entry, I adalah dok membebel pasal readers yang bertanyakan contacts kat I, pas tu tak ucap thanks pun. I woudnt't mind kalau say it in advance tapi kok tak cakap tu.. sorilah I nak layan. Korang ingat ni free service ke?

Oh ya.. I dah melalut dah ni.. Like you all, I pun menjenguk-jenguk gak kat blogs lain tapi I paling BENCI bila dok tulis kat blog dia, "I CAN BE CONTACTED THRU FB lah, TWITTER lah.. E-MAIL lah.." and macam-macam lagilah! Well HELLLLLOOOO!!! I nak announce kat sini kuat-kuat.. HARAM KE JADAH KORANG BUAT CAMTU sbb segala channels untuk I contact you all untuk bertanyakan soalan, HAMPEH satu pun tak berjawab! I shout it loud! BAIK TAK PAYAH ADA SEGALA MACAM CHANNELS TU KALAU SATU PUN KORANG TAK JAWAB! Meluat betul orang yang cakap tak serupa bikin ni..! Kalau tak dak readers ni, korang tak ke mana tau!

I have come across those famous bloggers yang masih sempat menjawab segala pertanyaan coming from readers.. Like me, mungkin I balas lambat tapi still balas lah.. kesian readers yang excited baca entries kita, tapi bila tanya, soalan tu tak berjawab. Pada I, tu kira kurang ajar namanya tu!

Oklah, dah stop bebel dah ni.. Again, to those yang dah tau peel I yang kalau naik angin ni, mesti keluar segala macam harsh words tapi sincerely, betul tak apa I kata ni?

Friday, March 8, 2013

Susah Sangat Ke Nak Say "Thank You"?


Biorlah lepas ni readers nak kata I ni cepat sentap ke, orang tua cepat terasa hati ke, kedekut ke, I tak kisah. Memang patut pun I buat camtu. Nak tau apa puncanya? Hah ni meh aku nak habaq maghi kat korang..

Yelah kan, ramai lah yang dok bertanya aku contact no aku punya contractor lah, mana nak buat laminated flooring la, alarm people lah tapi bila aku kasi no, hampeh sorang pun tak tak reply my mail saying thanks!!!! Susah sangat ke korang nak tulis benda alah tu? Kok dah berjela tulis dalam email, then boleh baca blog bagai, takkan nak reply satu perkataan tu pun payah!! - To exclude those yang dah ucap thanks in advance, then understood...

Tu lah dia orang kita.. Bukan I nak cakap apa lah kan.. Orang kita!!! You know lah to whom I'm referring to... So, lu pikir-pikir lah sendiri! If ada yang tak suka kata-kata pedas akak ni, I just want to give advice, jadilah orang yang berbudi bahasa!

Thursday, November 22, 2012

Org Yg Tak Reti Bahasa Bila Guna Lif!


Pepagi lagi I dah nak membebel kat sini. Geram punya pasal, I kena lah sound sikit. Mana tak sakit hati! I dah lama observe this tapi tunggu bomb meletup je.. tapi today I tak leh tahan bila tgk sorang minah ni, from gornd floor nak ke Level 1.. Tau lah kan, time2 pagi ni, of course ramai org rushing nak get into the office tapi kalau kau tu dah tau nak turun Level 1, kasi lah org yang dok kat pent house (macam I ni) masuk dulu! Ni tak, dia henyak nya masuk dulu and dok belakang! Dah tu, sampai Level 1, tak ada "excuse me' nya, redah org, keluar! Org bangsa I plak tu! Sungguh tak beradap langsung!

Tu satu hal, ada yang bile lift buka je, terus serbu masuk, orang nank keluar pun jadi tersekat.. apa da.. nak kata tak ada otak, agaknya letak kat lutut kot!

And another thing yg I tak berkenan, if ada org lah yg kiri kanan tangannya penuh barang, bukan ada orang pun nak bertanya and mengoffer utk tekan button on behalf.. rugi ke kalau nak tolong orang? Kot ada berlian agaknya dalam mulut tu. Or tangan nya memang berat or memang dah dasar buta tak manpak?!

I memang guna bahasa yang agak kasar sikit. Sakit hati mandang tu belum kira menyampah, meluat aku lagi tu!

Moral of the story, buanglah tabiat yang tak elok tu... I tak pernah jumpa orang putih yang rude macam orang kita..

Friday, October 5, 2012

Pencuri kat Surau


Aku memang tersangat-sangat geram betul hari ni! Memang dah dasar pencuri tu, pencuri lah jugak! Habis bag make up I di sapunya. Yang aku geram ni, kat surau tu aku letak, boleh dia sapu. Yang paling best, buat kerja terkutuk tu hari Jumaat plak tu!

Ni saja aku tepek gambar ni kat sini. Dah nama pun pencuri kat surau perempuan kan? Ha, molek sangatlah gambar ni menggambarkan kau PENCURIKKKKKKK!!!!!

Make up I tu pun, dah lama dah diguna pakai... Dah naik beruban pun dah.. If I lah.. tak kuasa I nak tepek bekas sisa org kat muka I ni tapi tu lah kan? Ada gak hantu yang memang nak muka bopeng, sanggup pakai bekas orang tu! Bedak pun dah tinggal kerak-keraknya saja. My make up tu, ada lah yang mahal, and and ada yang biasa-biasa ajer.. Tapi tengok-tengok lah sikit menda kat dalam tu wahai sang pencuri. Kao ni tak ada selera ke?

Geram betul aku lah! But moral of the story, jgn tinggal bag make up kat surau. Kalau telekung pun depa leh kebas, ni kan pulak bag make up. Now, terpaksalah I beli semula..huhu..


Thursday, September 20, 2012

Sakit Telinga I Dengar Berita Radio Ni..


I bukan nak cakap apa tapi this morning, when I was stucked in a jam, I pun dengar lah this Malay radio station. As usual, berita at 7, daripada aku ralit nak dengar jadi menyampah pulak! Mau taknya.. ada macam-macam kesalahan bahasa yang aku rasa memang tak patut. Reason being, that radio station, ada siri "Tatabahasa". Entahlah.. I ni bukan pakar bahasa sangat tapi I rasa sebelum script tu keluar, baik lah korang suruh Profesor yang tu tengok-tengokkan dulu skrip berita korang tu.. Memalukan sungguh!

Ni ada lah 3 kerat kesalahan yang I dapat tangkap. 3 kerat tu kira byk lah kalau nak dikira dengan berita kat radio tu...

1) "Pemain badminton XXX menang dengan 8-21, 21-9, 21-8".
I rasa baik disebut,  Pemain badminton XXX berjaya menumpaskan si polan dengan mata 8-21, 21-9, 21-8. Sebabnya, the first set dia kalah, dia menang set seterusnya. What say you?

2) "Jogjakarta" sepatutnya disebut "Yogyakarta". Silence the "J". Ni lah pemberita Melayu, tak macam pembaca berita Inggeris, depa buat study dulu sebelum sebut sesuatu perkataan asing. Sedap je telinga mendengar and tak lah memalukan diri sendiri!

3) "Terengganu menajadi venue terakhir perlumbaan Le Tour de Langkawi.."
Mak aiii! Ni memang akak nak pengsan! Well hello??!!! Am I listening to an English radio station or National radio station??? Apa lah salahnya kalau disebut, "... menajadi destinasi terakhir..." Ingat bahasa kita ni kurang vocab ke?

Sori lah I dok membebel kat sini. Tapi janganlah pulak korang komen I plak kat sini.. Bahasa I memang rojak kat sini, memang tak mengikut tatabahasa pun. And I bukan nak membangga diri ye, my SRP and SPM, BM dapat A1 tu! Korang ingat senang nak dapat A1 time akak dulu? Kena berguru dgn bapak wa sampai kena campak buku la for reasons.. he..he... tapi aku tak marah, I tau that's for my own benefit..

OKlah. I got to go. Dah lama tak update the blog. Got no time ma... ada maid pun, serupa tak ada...

Thursday, August 9, 2012

Spiderman oh Spiderman, Where are You? I'm here, thank you..

Boys would always be boys, no doubt about it. All the heroic characters, from Ultraman, which they can name it by character, Spiderman, Superman, Batman, and all the "man-man" lah! Sekarang ni kan tengah show Spiderman movie, kan, kan? Sibuk betul depa soh I membeli ticket.

Anakku sayang ooiii.. time bulan posa ni, malam nak gi Terawih, mana nak pi nengok wayang plak.. Kang siang hari, terkeliur plak mak pak ni dengan soft drink and pop corn depa tu! Itu memang dah goodies wajib bawak masuk panggung.. Alahai.. kang dalam gelap tu, mak terbuka puasa nanti nak ooooiiii...

Nantilah Mama belikan ticket wayang ye.. Ni penangan Siperman. Beg sekolah pun nak Spiderman!



Tuesday, April 17, 2012

Sticker Kat Lift

Time sesibuk pagi nak naik lift ke office yang memang tingkat pent house tu, ada la I jumpa this sticker tertampal kat lift. Bukan proper sticker pun. Just a scrabble on a piece of sticker paper. Tak tau apa motifnya. Dunno whether this sticker ada tertampal kat the lift yang lain. Buat pengetahuan, lift kat opis I ni ada 6 ye tapi kalau di tekan, satu je yang muncul. Tu pun jenuh nunggu. Tapi the worst lift I have ever found out is in Pavi. Can you believe it? Mesti korang tak caya, kan, kan, kan? Kalau nak merasa azabnya, dijemput, sila, welcome lah to Pavilion KL ni..he.he..


Nyemak je mata memandang. Sungguh tak ada manner punya orang. Dah ku ramas-ramas masuk tong sampah!

 
 
Blogger Templates