Social Icons

Pages

Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

Emak Marah Anak? Sendu Jap..

 
Bila I baca this article, I jadi sendu sekejap.. Bukan sekejap actually tapi lama gak lah.. Teringau-ingau kat 3 permata hati kat rumah tu.. Hampir satu hari spend dgn Bibik.. Then bila I balik, baru je depa nak mendepang, dah kena marah. Tapi bukan I sesaja nak marah tapi kekadang tu, tak tahan beb dgn kerenah depa.. tapi tu lah budak kan? That's the way they want to get our attention kan..
 
I rasa ramai yang mengalami situasi yang sama dgn I. So here are some tips to share, semoga kita boleh practickan bersama...
 
‎[ TIPS ] - MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering... dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Thursday, August 9, 2012

Spiderman oh Spiderman, Where are You? I'm here, thank you..

Boys would always be boys, no doubt about it. All the heroic characters, from Ultraman, which they can name it by character, Spiderman, Superman, Batman, and all the "man-man" lah! Sekarang ni kan tengah show Spiderman movie, kan, kan? Sibuk betul depa soh I membeli ticket.

Anakku sayang ooiii.. time bulan posa ni, malam nak gi Terawih, mana nak pi nengok wayang plak.. Kang siang hari, terkeliur plak mak pak ni dengan soft drink and pop corn depa tu! Itu memang dah goodies wajib bawak masuk panggung.. Alahai.. kang dalam gelap tu, mak terbuka puasa nanti nak ooooiiii...

Nantilah Mama belikan ticket wayang ye.. Ni penangan Siperman. Beg sekolah pun nak Spiderman!



Remedy to Boost Milk Supply


I thought I would get this earlier. I dah made payment on the spot last week tapi sampainya baru semalam.. What a business macam ni. Bengang gak I tapi takpe lah kan? Janji sampai ke tangan I.

Have you heard about Lilith's Milk Tea? This remedy is to increase our breast milk supply. I used to take Milkmaid Tea time breastfeed Dik Man dulu. Tapi kali ni I nak cuba yang ni pulak. Baru minum semalam, tak taulah resultnya macamana hari ni. Yelah.. Aliaa pun dah dekat 2 tahun, so my milk dah start kurang tapi she is still bf. Susu ibu kan yang terbaik!!!

But my advise to those ibu-ibu yang nak ambik this remedy, better take it after your baby aged 6 month old. Takut nanti ada effect kat dia like panas badan ke, kembung perut ke. I ambik pun bila anak I dah umur cenggini.. Dah besar pun...

This is the thing.. I like to drink it hot but you can make it chill too. I add up 1 teaspoon of sugar. Macam kita buat teh o. Dulu, I tried to drink without sugar. Tak boleh pergi oooo... So, I add sugar and there.. I can drink dah.. thee..he..he..

This is the description of the tea ok... Enjoy breastfeed!!!

100% Certified Organic Made In USA

Lilith's Milk Tea is an effective blend of carefully selected organic herbs to increase and sustain milk production, helping the uterus to return to its former shape and strength, soothing baby's tummy, balancing hormones, and lending superior green nutritional support for both mommy and baby. Active ingredients include Organic Raspberry Leaves, Organic Oatstraw, Organic Red Clover Leaves and Flowers, Organic Dill Leaves and Seeds, Organic Anise Seeds, Organic Lemon Balm Leaves and Organic Spearmint Leaves. .


Monday, May 14, 2012

Cerita Pasal EBM

Lip lap lip lap, dah hampir setahun setengah aku dok bertapa kat corner ni for the process of expressing my breast milk for my daughter. Alhamdulillah, I am able to give her full breast milk till she was 1 year and 2 months. Now dah campur sebab stock dah kurang. Apa yang ada, tu lah yang dibagi...



Actually I tak perlukan that plug because I use hand pnly. Mesti you all kagum kan, how you do it? Hah! Itu kena belajar lah yo. Tak pek akak tunjukkan kat sini doh. In fact, ramai gak I ajarkan how to do it. Eh! Boleh dapat byk ke? That question, I ada beratus bottles dulu ye. In fact, guna tangan lagi senang. Tak payah bawak benda sebagai. Kang pump nak kena basuh, sterilized, service.. Hish! Leceh. I dah beranak empat ni, tak pernah I guna pump. Guna tangan je, 5 minit dah penuh satu botol. Kagum tak dekat I?


Ni sebahagian bottles yg pernah I guna to store EBM. Plastic bag pun ada tapi dah tak ada dah. These bottles are from Bumble Bee, Autumz and Jingle Jungle but I like the 1st 2 very much. La ni stock dah kurang, so these bottles are waiting to be thrown. Adik-adik, kakak-kakak, botol ni tak boleh disedekahkan kat orang ye. Maknanya tak leh diperturunkan ke next pregnancy or even ke adik-beradik. Hanya untuk kita je for hygienic purpose. Once used, disposed!

Thursday, April 12, 2012

Botol Susu My Kids

For the 2 boys, memang dari kecik guna botol biasa-biasa je. yang jual sekali bebanyak tu la, like 4 or 3 botol sepeket, tak kiral lah jenama Anakku ke, Baby Kiko ke or yang seangkatan dengannya. Abang, since the 1st day belajar minum botol sampailah usia 6 tahun, memang tak ada masalah dengan botol susu or puting. Tak pernah menolak. He is really a good boy and memang tak banyak cerita or songeh since baby lagi. I memang tak pening kepala handle him and truly, he's kinda a good boy.

Ni adalah botol yang last Abang gunakan sebelum beralih menggunakan cawan. Like I mentioned before, memang tak ada masalah pun nak suruh dia stop botol. OK je dia. Dalam umur 5 tahun lebih sikit, dah tak hisap botol lagi. Congratulations Bang. Dah uzur sgt botol ni kan. Semalam I baru buang. Mula-mula tu takut gak nak buang dulu takut dia tak mau cawan tapi since Abang pun dah masuk Year 1, I lupa this botol masih tersimpan lagi..

Ni al-kisah Dik Man plak. Dia ni memang ketegak sikit. Since baby dulu, berpuluh-puluh puting and botol susu I cuba, dari semurah-murah harga sampai yang ke kemain harga, semua tak mau. Yang OK sikit pun jenis Avent, tu pun dalam 2 bulan je, pas tu mula buat perangai balik. Sampai mak aku yang jaga dia surrender la dibuatnya. Aku laki bini pun terpaksalah menagih simpati my aunty utk jaga my kids kan oleh sebab banyak sangat permasalahan penjagaan bebudak ni. Mula-mula tu my aunty pening gak la. Disudukan lah budak tu sikit-sikit sampai kenyang. Alhamdulillah, ok je. Infact, Dik Man badan memang montok and semangat di bawah jagaan Nek Tehnya..

Pas tu, I beli try balik botol and puting yang sama macam Abang and Alhamdulillah, semuanya OK. I boleh tersenyum riang... My kids guna orthodontic teats from Anakku yang macam dalam gambar atas. Pernah sekali tu Anakku tukar bentuk pting tu yang mana kat bawah tu ada ring, ada banyak complains from parents mentioning that their kids tak mau puting tu. Depa kata nak cater pasaran international, sebab tu ada pengubahsuaian teats.. Chait! Kalau baby dalam negara pun ramai yang reject, usahkan international, domestic market pun kau boleh tutup kedai tau! Pas tu, baru Anakku tukar balik ke reka bentuk asal. Ha.. tau pun kuasa babies!!!

Dik Man masih lagi bersusu botol. Mula-mula I stop kan dia from drinking milk thru bottle tapi memandangkan badannya makin lama makin keding je I nengok, ish! tak leh jadi ni. So nak tak nak, kena lah bagi susu dalam botol semula so at least banyak gak minumnya. Dah lah makan kurang..

Ni botol anak dara I, from MAM. Menang mehal sikit harganya but so far, she is ok with it since the very beginning. Tapi sebelum I nak choose which brand to buy, punya lah membaca di internet about all kinds of bottles available and good for babies. Tak kisahlah beb I spent more for little gegirl. Anak perempuan sorang kan, yang bongsu plak tu.. Apa??? Sori lah dik non oooiii.. tak do lah akak ni nak beranak laie.. Cecukup lah tu, kasi laluan kepada mereka yang lebih junior plak...hu..hu...

Friday, March 16, 2012

Tooth Brush for Aliaa


Jenama PIGEON, harga RM 10 kat Parkson Pavilion. Ada discount lagi. The first toothbrush for Aliaa for her only tooth yang nampak. Yang lain tu, masih belum kuar sepenuhnya..

Thursday, March 15, 2012

From ANMUM to SUSTAGEN

Selama-lama ni, my 2 boys memang guna susu ANMUM Essential for kids. From kecik till la ni. Abang pun dah masuk Year 1 and Dik Man is a year younger but so far, alhamdulillah, they still dring milk tanpa paksaan. 3 or 2 servings per day, memang dah wajib.

But lately, my hubby suggested to me that we should change their milk which gives body nutritients for growing children like them. So bila sampai kat Giant tu, telek punya telek, pegang punya pegang, baca punya baca, we chose Sustagen. Terpengaruh dgn iklan TV pun ye ga...ha..ha.. Harga, kurang sikit dari ANMUM tapi memang mahal compared to Dugro, Fernleaf, Nespray and so on. Tapi tak pe lah kan. Kita try aje. And I ambik the chocolate flavor, kononnya nak kasi depa ni sedap leer..

Tapi cerita nak beli susu ni pun boleh argue dgn hubby ga. Hai.. tu baru benda "ketemeneh" ni, belum bab-bab yang besar tu lagi... Whatever...

Ni lah susu for the boys except Aliaa yg masih guna my EBM sampai la ni. Camana we all pengguna setia brand ni, sebab time bersalin kat PMC Bangsar dulu, depa bagi sample tin kecik samapai 2. So, time Abang dulu hanya sempat menyusu badan sampai 5 bulan je (I dah pregnant balik-so productive.he..he.), I bagi je lah susu sample tu. Bila tak ada alahan, I just continue...

Ni la susu Sustagen yg I mentioned tu.. Dik Man suka la tapi Abang dok complaint manjang, susu tak sedap. Dia nak ANMUM gak.. Hai Abang, Abang..

Tips berguna untuk you all kat luar sana, kalau nak beli susu ke, diapers ke, or benda-benda kering dapur la, gi je singgah kedai sen se (kedai ubat Cina tu la) sebab harganya murah compared to other hypermarkets ni. I dulu pun tak tahu tapi ramai my friends yang cakap. Kalau diapers murah RM5, susu budak murah RM RM10, yang lain-lain lagi. So economical especially to those yang anak rapat-rapat macam I ni. Dulu we all beli 6 tin susu and 6 packs diapers jenama Huggies, korang kira berapa sudah jimat kat situ?

Belum masuk barang lain like chilli sauce, kicap, terlur, biskut, memang murah. I dulu dok kat Cheras, memang beli kat situ je la.. Kat Kajang, I tak jumpa lagi tapi selalunya kalau we all on the way balik, singgah je kat Cheras tu.. Ramai orang kita berhimpit-himpit membeli. Kedai ubat tu pun bukan jenis cikai-cikai or sempit ye. Memang besau.. Barang laju je stock in stock out. I remember time ANMUM tukar label 2 tahun lepas, kedai sen se dah penuh stock baru tapi gi Giant and TESCO, masih stock lama.. apa da...

Iqra' or Muqaddam?

I did take the responsibility to teach my eldest son mengaji. Such tanggungjawab besar tu. Even though I am busy at work, sampai rumah pun time Maghrib, dengan letihnya Ya Rabbi tapi I'm happy occupying my time yg ada just to teach my son mengaji. Aternya, memang susah nak cari tempat mengaji kat rumah baru since we all baru je pindah kan? Surau depan rumah baru la ni siap nya. Belum pun ada initiative to have a mengaji class for kids. AJK surau, please take note ye...

Then I ada lah tanya kawasan sekitar-sekitar ni, jenguk-jenguk, I macam tak confident je. I pergi kat one nursery ni, dok pasang banner ada kelas Iqra' tapi dah bape kali mengetuk, tu pun ada kepala terjenguk. Bila tanya, macam ala-ala je and senyum macam kerang busuk. Bila tanya sape yg ngajar ngaji, dia kata semua yg ada kat sini. Hah? Lagi wa tak confident!

Pas tu, I cakap kat my hubby, setakat Iqra', I boleh ajar. In fact, I believe that everyone can teach their children mengaji. I pun dulu sekolah agama, takkan tak boleh ngajar anak sendiri. Daripada membuang duit, baik ngajo sendiri. Dapat berkat, dapat pahala, tak gitew?

 I taught my son Muqaddam as the first step mengenali Al-Quran. I let him know all the huruf first before ha can go to Iqra'. Senang kalau kenal huruf ni. Macam kita membaca gak, kena kenal A, B, C dulu kan?

This is the Iqra' kitab (I prefer to use this word instead of book), which you can find at any book store. I bought it kat rumah lama I di Cheras dalam MYR 12 je. There is another Iqra in Black color, siap gambar Ustaz Hassan Az-Zahari tu (kalau sape tak kenal orang femes ni, memang nak kena pelangkung!), tapi versi Indon lah pulak! Haru. Tapi kebanyakan tempat are using this pink color. Why lah pink kan? I hate pink, anyway!

So far, Abang is doing well, Dah masuk Iqra' 2 setengah jalan. I am grateful that eventhough dia start mengaji lambat, tapi Alhamdulillah, his catch up is good. Maybe because he learn both; Muqaddam and Iqra'

Saturday, September 10, 2011

Breastmilk Storage...

Melompat-lompat entry akak ni kan. Kejap pasal rumah, kejap pasal handbags, kejap pasal raya. Anyway, I think it's beneficial for me to share to all mothers and mother-to-be about the breastmilk storage.

Akak guna 3 brands of bottles.And I do also use the plastic bag for storage. Bukan plastic bag yg biasa2 tu ye. Ni khas utk EBM... ha..ha..


Ni jenama Jingle Jungle. A bit gemuk and I don't really favor this bottle because of it's size yg gemuk tu which take up storage space. Besides, the cap has a hole kat tgh2 where mummy can just insert the feeding teat kat situ.


I like this Autumnz bottle because sgt cantik. Boleh? And the design yang agak kurus, memang I suke sesangat... I ada few of this brand.


Tada.... This Bumble Bee bottles stock up most of my EBM. I really love this bottle because of the size yang sedang2 saja (Chewah! Macam lagu Iwan plak) and simple and cantik gak.

All bottles are BPA free. Sape2 yg tak tau pasal BPA ni, leh la search kat net ye. Tak kuasa akak nak explain kat sini. Anyway, come on mums. Take some effort to read also lah.. ngeh, ngeh... And all bottles are  not that pricy so in other words, affordable. Akak tak encourage beli yang mahal2. Bukan tak leh beli yg tapi buat apa sedangkan usage nyer sama je. Asalkan boleh store EBM, cukup.. and all  above bottles are in 5 oz. Just nice..


Ha..ni la plastic bag storage for EBM yg akak mentioned tu, jenama Jingle Jungle. Double zip lock to prevent leaking. I tak berapa suka sbb besau sgt. Can store up to 14 oz kou.. tapi dah terbeli kan. Pakai je lah tapi membazir sungguh! Kok baby sapo lak nak minum sampai camtu sekali...



Akak pun pernah guna yang ni and this is the best among all. Dalam simpanan akak dah habis dah. Kalau bawak for travelling, memang sgt ok.

Tapi bagi penjiimatan maksima, gunakanlah bottles. Leh recycle balik. This plastic bag storage, lepas pakai terus buang. Rugi, rugi...



Monday, August 29, 2011

Susu Ibu (EBM-Expressed Breast Milk)

My youngest daughter is 7 months old and she is still full breatmilk. I target sampai 2 years dia menyusu menggunakan susu ibu. As you all know, susu ibu ni memang byk khasiatnya.. Nanti I paste kan all articles that are related to susu ibu ni...



Nah.. ni stock EBM I kat rumah.. bykk tak? I tell u.. tu tak byk tu, sikit jer.. 80 botol mana cukup.. Ada orang tu sampai beratus2 botol plak.. And guess what? I tak guna any pump to express my breastmilk tau! Hanya menggunakan tangan.. Mesti u all heran camana I buat.. Haa.. itu ke berguru dgn akak ye...

Tell u what, guna tgn ni adalah kekdah (kaedah) paling cepat and senang. 5 minit dah penuh satu botol. Senang je.. U all pernah tgk org perah susu lembu guna tgn kan? The same technique also applies here. So tak yah pening pala menghangkut beg besau2 for breat pump..

Kalau pakai breast pump ni, kena cuci lagi, kena sterelized lagi, kena service lagi.. Ayo..ama..apa.. leceh nya.. tapi kalau tak expert guna tgn, guna pump pun ok because I really encourage baby minum EBM instead of susu mak lembu!



Lepas tu, label kan lah bottle tu.. with the date and time. Tak yah le tulis minit bagai, just enough to write the hour. Ni kang ada lak yang nak tulis 9.43 am la, 3.56 pm la...

But you must be wondering kat mana lak I campak all those barang basah like ikan, ayam, daging and sebagainya kan? kan? kan? And the solution is by getting below item, the deep freezer... Wala! My deep freezer jenama FABER. Tak la besau sgt. Kok besar2 kang, mana lak akak nak letak kat rumah yang kecik tu.. Tapi ni pun kira ok gak nih. Asalkan leh sumbat barang basah I..



Kalau nak tau lebih lanjut, sila ke: http://www.fimaco.com.my/

Tapi jgn terkejut tgk harga yang tertera kat situ. Akak dapat murah je dik.. Setengah harga lagi.. Kat Cheras melambak. I survey2 gak and rata jual around my price range.
 
 
Blogger Templates