Social Icons

Pages

Thursday, October 25, 2012

Jangan Kita Lupa..


Peringatan buat kita... janganlah kita lupa agar tidak menjadi suami/ isteri yang alpa dan anak yang derhaka..
  • Ada suami yang lupa bahawa ibu lebih utama daripada isteri.
  • Ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama daripada ibu.
  • Ada ibu bapa yang lupa bahawa anak perempuan mereka mesti mengutamakan suami daripada mereka.
  • Ada isteri yang lupa bahawa suami mesti mengutamakan ibunya daripda isteri.
  • Ada anak lelaki yang lupa bahawa tugas menjaga ibu bapa tergalas di bahu mereka dan bukannya di atas bahu anak perempuan.
  • Ada anak perempuan yang lupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan kedua mertua melebihi ibu bapa kandungnya.

Erk..? Elf..?


Norman loves drawing but tu lah kan.. dia punya drawings tak great mana pun but he's creative lah... Abang pun ok but not tak lah macam Norman. Pantang nampak drawing block, mesti ada je benda nak dilukisnya!

Tu dia.. si keting belalang tengah melukis. To those yang tak tau apo makno eh "keting belalang", baik berguru dengan orang tua-tua ye.. Dulu, my nenek selalu panggil I dengan nama tu.. Well.. I miss my nenek, both of them! Nanti I cerita pasal depa ye..

Ni apa plak yang dilukisnya nih? Macam elf je.. tapi bila pandang balik, macam alien pun ada.. tapi bila tanya dia, dengan selamba je dia kata ni muka Abang.. Adoi..! Abang ada sesungut??? Suka hati mu lah Dik Man oooiii.. ni mesti ada yang tak kena sesama mereka ni.. Adat adik-beradik, begitu lah....


Wednesday, October 24, 2012

Hello...! Ada Orang Di Rumah Tak?


Ni Abang baru balik sekolah tapi I tak sedar pun  bila dia sampai! Kesian Abang kena kunci kat luar gate.. Sori lah ye Bang, Mama busy dengan Aliaa.. Si bibik lak solat...

I cuti time ni, ambik EL sobab eh akak tak cukup tidur malam, bersengkang mata jaga Aliaa yang tak leh idur sebab demam. Tu belum kira dia muntah lagi sampai berpuluh kali tukar baju and cadar.. Sudahnya we all alas dengan kain batik je..

Tu Abang tertinjau-tinjau orang kat dalam.. Nanti ye Bang, Mama buka kan gate.."

Since pindah sini a year ago, dah banyak kejadian-kejadian melampau pecah masuk rumah kat kawasan rumah I ni. Almaklumlah, kawasan baru, ada banyak construction sana sini. Depa ni memang tak takut orang punya! I dah memang siap pesan kat maid kunci pintu and grill when we are away. Don't bother to jemur kain bagai. Keselamatan yang lebih penting tu! Jemur kain tu, time pagi-pagi, bila we all nak pergi kerja, and angkat kain time tengahari.

Tu lah kan.. ada guard pun macam tak ado yo... Membazir duit je bayar kat depa tiap bulan!

Campak Fever


Cian anak dara I, kena demam campak. Asyik meragam je.. Time malam, mulalah badan dia panas, then lepas kasi ubat, baru ok. Then muntah pulak! Berpuluh kali tukar baju sampai I dah tak larat turun naik tangga, I pakai kan je dia baju I yang ala-ala sempit gitew! Actually baju bebudak ni semua I letak kat bilik bawah.. Senang.. Time I kerja, maid tak payah lah turun naik tangga ambik baju budak bagai. Bebudak ni bersiap pun kat bilik bawah so their territory during the day memang kat bawah je la.

Aliaa dah tidur.. Ni baru lepas meng"opek".. Ops! Ni istilah I for breastfeed daaa... Kalau dia jaga.. ragamnya.. Masya Allah! Tak tahan mak nak... Itu atai (gatal) lah, sini tak kenalah, nak itu lah! Hai.. sabar je lah... Ada gak time I dah penat, I jentik je kat belakang palm dia.. Apa lagi..! Lagi mengugu lah dia nangis!

Ada nampak itu bintik-bintik merah kat kaki? Ni tengah naik ni. I bagi air kelapa, dia minum sikit je, tapi rashes keluar punya lah banyak!


Tuesday, October 23, 2012

Singgah Sebentar di Nursery


Ni bukan nak citer pasal nursery bebudak ye.. ni pasal nursery penjagaan bunga and tumbuh-tumbuhan sekalian alam semesta.. Ni apa ngarut la ni tapi yang penting I nak citer pasal jln2 cari bunga lah hendaknya. Punya lah jauh my hubby mengembara sampai ke Sg Buloh tu! Tapi this is not the place kat Sg Buloh tapi kat araea Subang sana tu. Kalau u all tau lah nama tpt tu tapi kat kiri kanan jalan memang penuh la dgn nursery...

Geram tul I tgk.. I rasa this place lagi teratur from Sg Buloh tu..

Pusing-pusing cari yang berkenan. Bunga ni tak pe Yang, jangan bunga yang lain udah...!

The nego process. Serius nya muka.. Kalau orang tengo ni, pasti gerun.. hiks..

The 2 boys yang mengekor ke mana saja.. Si kecik tinggal sebab tak muat kereta. We brought our in laws sekali. Our car pun bukan 4w drive. Camana nak squeezed 8 orang satu kereta! Mau ada yang kena dok atas bumbung kang!

Budak ni biasalah.. putera lilin.. tak tahan panas sikit. Kalau nak main kat playground, memang bukan tempatnya lah! Kirim salam lah.. lately ni baru ok sikit. Tu pun payah! Unlike Abang, berjemur sampai tanned (word best sikit..).

Hish! Tengok memang cantik tapi lum tentu I leh jaga bunga-bunga ni..


Kasih Seorang Papa..


Gambar together-gether aternya si anak dara kena demam campak. Habis satu badan naik campak. Tu yang I pun tak mengupdate blog ni. Dok layan si kecik yang meragam tak habis-habis. Nak pujuk anak dara dok diam, diunjukkanlah iPad.. tu yg bergambar sesama tu!

Muka sama kan, kan, kan.. anak pak la katakan..

Mata sepet pun sama.. Ni mood ada tgh bagus sikit. Sikit jam mari.. itu budak boleh terkuek-kuek je.. poning palo akak!

Friday, October 19, 2012

Captain America in the House!


Cantik tak? Cantik tak? He..he.. sudah semestinya kerana kek ini ditempah khas daripada my schoolmate yg sememangnya creative since school. Bersusah payah dia memenuhi permintaan I ni. Just for Captain America's fan for his 7th birthday..

I'm really happy. TQ so much Rose for this lovely cake. I like it! More cake assignments for you after this project kan? He..he..


Abang's 7th Birthday


Back in 2005... a baby boy was born..
On 19th October, in the mid of Ramadhan month at 12.46 am after a long labour (14 hours)!

A gift from The Almighty to us...

Such a handsome prince..

Being named as "DANISH IMRAN" which carries meanings "KNOWLEDGE/ WISDOM" and "PROSPERITY"

The first grandson for both families....

Showered with love from all..

Anak MAMA and PAPA

With PAPA (wah! kurusnya laki ku time ni..hiks!)

Being a brother to a younger brother and a little sister..

Today is your 7th Birthday. Semoga menjadi anak yang soleh, berguna and abang yang baik

FROM ALL OF US: MAMA, PAPA, NORMAN AND ALIAA

Wednesday, October 17, 2012

Exam Week for Abang


Sebelum cuti sekolah, sebelum yippie ya ya ya yippie yeay.. kena mengadap exam dulu..

Latih tubi.. Mama jadi cikgu.. Eh! Sapa kata I tak ada experienced jadi cikgu weih?! I dulu jadi temporary teacher tau! Both my parents pun were teachers.. Cikgu besau lagi tu.. Sorang guru besau, sorang Pengetua yg berbadan tak berapa besau..he..he..

Langsir oh Langsir...


Meh nak citer pasal langsir kat rumah.. I ni tak de lah membeli or menempah langsir sekali "rapp". Kenalah tgk budget gitew.. To date, this was the 3rd phase org pasang langsir kat rumah I. Tempah ditempat yang sama.. Mana lagi kalau tak Macy. Sonang citer tapi tu lah kan? Despite being a big company, ada gak benda yang tak kena waktu pemsangan tu. Nak tau ceeerrrrr.. kat bawah ni yek!


This is going to be the boys' room tapi belum buat pun lagi. In progress.. again, menunggu budget jugak!

Ni bilik anak dara.. The room is bigger than the brothers'.. Definitely.. anak dara sorang lah katakan.. muah, muah, muah..

The living area merangkap TV area (for my hubby). I'm not a TV addicted! Sengaja dilebihkan kain langsir tu kat tepi sbb my hubby kata, bila pasang night curtain nanti, tak adalah block his outside view. Ikut je lah..

This is the study area (going to be...he.he..he..).. I chose Roman blind for the 3 panel windows..

Next phase (Phase 4) utk pemasangan night curtain plak.. Tu pun wa pu chi taw..

Bila Anak Dara Makan Aiskrim...


Apa yang abang-abang dia makan, semua dia makan. Kang tak dikasi, mulalah merajuk. Emm.. camtulah orang ada anak dara kan? merajuk sokmo. If not pun, dia akan buat suara.. "aaa... aaa..."

I buat aiskrim Malaysia.. oren and milo. Korang pernah makan? Sodap tu. Dulu jual 10 sen je. La ni wa tatak tau..

Puas mengecek, Bang Man jadi mangsa so terpaksa Bang Man gi dapur ambik yang lain. Aliaa dah kebas dia punya!

Tu dia haih! Makan sambil tgk TV. Kasi pegang dgn towel. Sejuk plak nanti. I dulu balut dgn surat khabar je.. Hai.. terkenang-terkenang zaman dulu...

Emmm... slurp.. slurp..

Hujung aiskrim tu dah jadi macam punting plak I nengok..

Wuiihh.. Sodapnya aiskrim oren ni.. Tak pandang kiri kanan langsung!

Yaya and her orange ice cream..he.he..



Friday, October 12, 2012

Solat Tahajud Suami Isteri


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.”
 
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Thursday, October 11, 2012

Selamat Berangkat dan Selamat Kembali..


Burrrppp.. konyang.. Alhamdulillah, pujian bagi Allah.. Ewah, ewah.. nyanyi lagu Raihan pulok.. Eh! Bukan, bukan akak yang nyanyi tu, perut akak yang nyanyi ye... he.he..

Bukannya apa, yesterday's lunch hour, kami se'office' were organizing a small kenduri doa selamat for our colleagues (this year ladies) yang akan berangkat menunaikan rukun Islam yg ke-5. Semoga diberkati hendaknya, doa kami, semoga selamat pergi dan selamat kembali, Insya Allah.

Among the dessert.. Ada karipap, bahulu, kaswi, and others. Makanan nasi daging, dalca, tembikai, air asam. ayam goreng dah bo liaw! Emm.. nyam, nyam.. This photo pun atas ihsan my friend yang snapped masuk dalam FB..



Dinner for the Day


I masak biasa-biasa je tapi biasa-biasa pun, my hubby kata luar biasa gak..he..he. sebab dia dah biasa makan 1 jenis lauk, I biasa makan macam-macam lauk, so pertembungan 2 budaya ni memang culture shock gak lah... Dah lama kahwin, dia pun dah terbiasa but the problem is bila I masak 1 jenis lauk je and dia akan kata, "Aik! Satu lauk jer.." Pulak..

Sup cendawan

Cara memasak:
  • Tuang sedikit minyak masak
  • Goreng bawang putih, merah and halia (blend/ tumbuk) sampai naik bau
  • Tuangkan air dan biar sehingga mendidih
  • Masukkan serai dan garam
  • Masukkan cendawan dan biarkan masak dalam 5 minit
Dah siap!

Ikan keli goreng cili merah

Cara memasak:
  • Goreng ikan keli (jangan sampai rangup. Seelok-eloknya isinya lembut sedikit)
  • Angkat dan asingkan
  • Tuang sedikit minyak masak
  • Goreng bawang putih, merah dan halia (blend) sampai naik bau
  • Masukkan cili kering (blend) and kacau
  • Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula
  • Masukkan bawang besar (dimayang) dan gaulkan
  • Angkat dan tuangkan atas ikan keli tadi
  • Hiris daun kunyit dan taburkan di atasnya
Petua akak:
  • Jangan gaulkan ikan dengan sambal. Nanti ikan lembik and hancur. Cukup sekadar tuang sambal ke atas ikan yang telah digoreng tadi. 
  • Pastikan api cukup panas sebelum masukkan ikan keli (takut melekat)

Ayam goreng berempah

Cara memasak:
  • Gaulkan ayam dengan kunyit, garam, gula, sedikit cili kering (blend) dan sedikit perahan air limau
  • Perap ayam dalam satu jam beserta serai (diketuk & hiris)
  • Goreng seperti biasa
Ramai yang tanya resepi I ni sebab ayam goreng I memang sooodaaaappp... Acheh! puji diri sendiri nampak!

Masak lemak cili api NS

Cara memasak:

  • Tuang sedikit minyak masak

  • Goreng bawang putih, merah and halia (blend/ tumbuk) sampai naik bau
  • Masukkan ayam dan sedikit air dan biarkan sampai kecut (proses ni supaya ayam cepat masak dan semua darah keluar. Kalau tidak, itu yang gulai dah masak tapi kita tgk ada darah keluar from the ayam)
  • Masukkan cili api (blend/ tumbuk) dan gaulkan
  • Masukkan serai (dikutuk) dan sedikit daun kunyit
  • Masukkan santan dan sedikit garam

  • Inilah bezanya masak lomak cili api orang noghoghi yang sodap tu.

    Petua akak:
    • I tak guna serbuk kunyit. I guna kunyit hidup ye. Baru sedap.
    • Kalau tak mau pecah lemak, jangan berhenti kacau gulai sehingga masak. Api kena sederhana besar, jgn terlebih besar..

    Wednesday, October 10, 2012

    Si Rambut Keriting


    Layan anak dara main iPad. Muka serious lagi kusyuk..



    Sebeban Ubat


    I kena viral fever. Tah macam mana boleh kena tah.. Terlepek je.. Tapi satu lah kan, I pergi klinik panel ni, ubat nya mesti tak jalan. Bukan I sorang je cakap tapi dah ramai dah.. Apakah ubatnya ala-ala saja sebab murah. Yelah kot.. Tak kisahlah beb.. asal tak kena bayar..

    Kau ambik! Segala macam ubat ada. Ni separuh je ni sempat snap. I gi klinik lain ambik ubat. Baru ok tapi these drugs memang buat I "wheng". Susu badan pun jadi kurang.. Cian Aliaa..

    Tuesday, October 9, 2012

    Setelah Lama Meng"usha"...


    Interior lagi.. tapi I know, some of you might be waiting for me to update what's going on in my house kan, kan, kan? Bukan I tak nak update.. kang kok update kang, orang kata riak sedunia tapi seriously speaking, tak pernah terlintas pun difikiran beta ni nak menunjuk-nunjuk.. Aceh! But who cares kan? This is my blog and this is my story. Ada aku kisah?!

    Well, we have bought a dining set with 8 chairs.. Yeahoo!!! Actually dah lama "mengusha" tapi oleh kerna kekangan budget (sejak bila plak berbahasa seberang ni?), ku tangguhkan hajat di hati. Bukan tak ada set makan tapi yang sedia ada dah lama. kerusi yang 6 pun dah tinggal 4. Biasalah, ada orang main jongkang jongkit, memang riuk ler dibuatnya..

    It's marble then.. berat gak tu nak mengangkat nya. Time delivery, jalan masuk ke rumah I dah kena blocked dgn khemah kenduri kahwin.. apa lagi.. "menghengkeh" la orang-orang ni mengangkat kerusi meja ni sebab lori tak leh masuk! Nasib baik it was at nite time, so tak adalah berpeluh ketiak memasing sgt.. hiks! So, sekarang, bolehlah mempersilakan tetamu yang datang dok kat sini... tak de lagi dok atas tikar ye. But dok atas tikar pun apa salahnya ye tak? Macam kat kg, dok bersila, lagi best! Makan pun berselera kecuali lah orang yang sakit lutut tu, dipersila lah makan kat dapur...

    Lakiku pilih, Mama yang bayar..he..he..

    Tapi dia beli air-cond ni weih! Dia kata, "Sakit mata I pandang wayar terkeluar.. Lagipun, tak adalah orang kepanasan"
    Ikut lah Yang... tapi bukan on pun sebab orang tak suka makanan cepat sejuk kena air-cond. Last-last, sliding door kat tepi gak we all buka.. Original angin lagi cooooollllll......
    

    Another Baby Boy in the Family!


    Wuish! Bukan, bukan akak ye dik oooiii tapi my cousin. Betul, akak tak tipu punya.. I dah stop production ye.. Cukuplah yang ada, itu pun dah cukup bahagia dah.. I pun dah tua ma... tak terdaya nak mengadap process mengandung and bersalin tu lagi. Lagipun, I memang ada complication during delivery so untuk tidak memudaratkan yang lain and I jugak, kedai kopi dah di tutup ye..

    Ni nak citer pasal my cousin yang baru dapat anak, baby boy lagi tu.. Namanya: Muhammad Riffqie Zulfais (wuii.. kemain lagi nama..). This is the cucu Nek Teh yang jaga my sons dulu...


    Tahniah Nek Teh! Nek Teh dah jadi nenek betul dgn panggilan "Wan"..

    Ala.. tiut nya baby ni..

    Monday, October 8, 2012

    My Cousin Kahwin


    Time ni memang I tak larat sgt2 tapi mengenangkan cousin yg kahwin kan, ku gagahkan juga kaki ni melangkah tapi I rasa macam di awang-awangan je ke sana.. Maybe because the drugs from the medicine yg melambak kena telan and maybe jugak my viral fever memang masih bermaharajalela dalam badan I.. Anyway, I just duduk terlepek kat sana. No photo featuring me because I memang dok kat dlm rumah tak keluar-keluar. Mata pun dok terpejam je..

    Korang layan je lah gambar-gambar ni ye.. tak kuasa I nak explain deh...

    Sebelum berangkat

    Ketibaan pengantin sebelum berarak (kompang tak sampai lahi.. buleh??? grrrr...)

    Pelamin ala-ala biasa je. Dia nak hiasan kat meja mkn ni lebih.. Ikut suka lah. You are the raja of the day kan?

    Serba hijau


    SELAMAT PENGANTIN BARU FIZAN & LISA..

    Ni gambar sebelah perempuan. I tak pergi..
    Photo cilok from Fizan's FB

     
     
    Blogger Templates