Social Icons

Pages

Showing posts with label 1001 Macam Cerita Lagi. Show all posts
Showing posts with label 1001 Macam Cerita Lagi. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

Burger Bakar Tapi Herrrmmmm...


Sibuk orng kata sana-sini that this Burger Bakar ni sedap.. and ramai lah claim yang depa ni sell this Burger Bakar yang famous tu! I dunno sebab I tak pernah pergi ke original outlet dia and tak pernah merasa pun because seriously, I don't like burger so much..

But having been in this area, quite famous gak the food yang jual kat medan selera ni and yang menguatkan lagi selera nak ke sana after being recommmended by my friend, both of us pun terhegeh-hegeh ke sana gak la.. Pantang cerita pasal makanan kan??

Dah sampai.. ok we all order.. Nampak macam menarik and yummy... and there you have it! With all the cheese inside and the big portion of meat, chicken, or lamb whcih you can choose, pas ni Bismillah... Ni I punya.. kat depan tu my hubby punya..

Mula-mula I snapped gambar ni because I nak buat recommendations la kot-kot sedap sangat ke tapi what I can say here ARE... (tu dia.. macam banyak je complaints.. tapi memang pun..) tunggu ye kat bawah ni!!

THE CHEESE ARE SO DAMN MASIN! - I wonder why.. kok terlebih garam ke or kau bubuh Aji kat dalam, wa tatak tau..

THE PLASTIC CUTLERIES!! - menyusahkan orang nak makan! Baik makan pakai tangan! Tapi menceceh plak kang!

And ada lagi tu.. I cukup pantang kalau ada pekerja makanan ni yang hisap rokok! Tak kiralah kau tu tukang hantar makanan ke, tukang hidang ke, tapi kau fffooooohhhhh asap rokok tu mengadap daging burger yang banyak-banyak yang tengah bakar tu buat apa!!! Pastu hantar makanan tak cuci tangan pun!

And our second visit was even worst! ni category tak jeran-jeran makan sini lagi.. What to do.. then burger yang diorder, memang sekejap jer dah siap sebab bahan-bahan dah sedia ada cuma prepare jer.. MY HUBBY's BURGER ADA BANYAK SEMUT!! Tak ada lah banyak tapi ada lah beberapa ekor.. eeeiiii...

Then the pekerja hisap rokok, then baru je separuh jalan, dia kena hantar order. Ada ke patut dia letak puntung rokok yang masih berapi tu kat tepi kerusi.. Kalau ada customer datang and tak perasan duduk??!!! Camana?? Dah! Dah! Cukup! The cheese masih masin tahap gaban so tutup story!

Monday, March 25, 2013

During the Weekend.. Tunggu Roti Canai...


This is my bare face without secalit make up, not even bedak... kat kedai mamak sementara menunggu roti canai siap!!!!! I malas nak buat breakfast so ke sini lah tempatnya.. Beli roti canai and kawtim! Tak payah fikir nak buat breakfast apa..

Ok, senyum, senyum..

Eh cak! Pandang ke sana plak.. 

Emmmm.. kering sungguh kulit I.. tak ada jerawat batu cuma ada bintik-bintik kecil gitew... kira pemanis muka lah ni... ha..ha... Frankly, I macam nak buat something kat muka I ni.. oh! tidak, tidak.. Bukan cucuk-cucuk ya.. Nak gi facial je.. Seumur hidup, 2 kali je I buat facial.. he..he.. I think I should do something.. Biorlah sedap mata laki mandang, ye idak? 

Friday, March 15, 2013

Upcoming Project!


Ada lah di suatu hari tuh we all laki bini besama si anak gadis ku gi buat site visit kat satu tempat nih.. jeng, jeng, jeng.. ahchak! jenguk-jenguk cikit yek.. woooiiii.. ramainya orang.. wuuiiii.. cantik nya tuh..! Mak haii.. mahainya.. termuncung-muncung lah mulut I ni time masuk kat tempat tu...

Tu dia hai.. nampak tak nun jauh di sana.. I ambik gambar sipi-sipi je body dia.. kalau confirm ambik lain cerita.. ni paling kuat pun setakat test drive je.. emm.. hold the hajat first till the time come.. sabar babeh, sabar yooo...


Tuesday, October 23, 2012

Singgah Sebentar di Nursery


Ni bukan nak citer pasal nursery bebudak ye.. ni pasal nursery penjagaan bunga and tumbuh-tumbuhan sekalian alam semesta.. Ni apa ngarut la ni tapi yang penting I nak citer pasal jln2 cari bunga lah hendaknya. Punya lah jauh my hubby mengembara sampai ke Sg Buloh tu! Tapi this is not the place kat Sg Buloh tapi kat araea Subang sana tu. Kalau u all tau lah nama tpt tu tapi kat kiri kanan jalan memang penuh la dgn nursery...

Geram tul I tgk.. I rasa this place lagi teratur from Sg Buloh tu..

Pusing-pusing cari yang berkenan. Bunga ni tak pe Yang, jangan bunga yang lain udah...!

The nego process. Serius nya muka.. Kalau orang tengo ni, pasti gerun.. hiks..

The 2 boys yang mengekor ke mana saja.. Si kecik tinggal sebab tak muat kereta. We brought our in laws sekali. Our car pun bukan 4w drive. Camana nak squeezed 8 orang satu kereta! Mau ada yang kena dok atas bumbung kang!

Budak ni biasalah.. putera lilin.. tak tahan panas sikit. Kalau nak main kat playground, memang bukan tempatnya lah! Kirim salam lah.. lately ni baru ok sikit. Tu pun payah! Unlike Abang, berjemur sampai tanned (word best sikit..).

Hish! Tengok memang cantik tapi lum tentu I leh jaga bunga-bunga ni..


Tuesday, April 3, 2012

Akikah & Cukur Jambul Anak Sedara

Last week, after my hubby main golf je, we all cabut balik kampung kat Jelebu. Ada kenduri akikah and cukur jambul anak my cousin yang baru masuk hari ke 38. Masih dalam pantang omak eh tapi I tengok dah vogue de vast gitew.. tapi stokin masih tersarung. Majlis kenduri lepas Maghrib tapi biasalah kan, tak de nya start lepas Maghrib. Menjelang Isyak baru nak mula.

Kiut kan ada gambar baby kat sini. I dulu tak tepek gambar cenggini. I tak berapa berkenan sangat sebab orang-orang ni bukan leh kira sangat the behavior. Ada kang main campak je botol-botol ni. Kok ado yang nyimpan, ok lah gak tapi kalau disepah-sepah entah ke mana, alahai... anak aku tu...

Ni goodies bags untuk tetamu yang mengikhlaskan diri mencukur (tak pun, just gunting je) rambut baby. I wonder kenapa orang panggil cukur jambul. Baby ni ada jambul or remos ke?

Ada lagi.. beriyo-iyo boto mak pak eh! Maklumlah anak pertama, cucu pertama for both sides gak. Biru for a handsome boy, Adel.

Ni dah start majlis. Luckily the baby kept quite in the buaian yang dihias indah tu.. Orang marhaban ni, rata-rata I tengok, semuanya perempuan. Team lelaki tak ada ke?

Tiba lah giliran I selaku kakak sepupu yang paling tua. Dah my father yang tua, nak pulak my granny (ah cheh! Bilo lah nenek tukar granny ni) pun anak tunggal seibu sebapa. I la ni dok nengok sepupu sepapat la pulak ambik giliran beranak-pinak. I dah tutup cerita...

Giliran my hubby plak.. Emmm.. not bad gak muka I without make-up. Muka ada wudhu' tu..ha.hah..

Ni my sister yang baru kahwin last 2 weeks. Hah! Ambik berkat sikit supaya cepat melekat. I dulu bunting pelamin you... The hubby nun kat belakang nun..

Cantik buai ni. Anak I tak ada lah naik buai ni. Tak pernah sorang pun ada buai, tidur je atas katil or tilam, dah lena. Kok berbuai bagai, jenuh nak angkut kulu kilir. Pernah Abang berbuai sat, ni my mum la suruh beli, kononnya baby akan tidur lama tapi idoknya... macam kejung je dalam tu... Yelah dah masuk 3 bulan baru nak start berbuai, memang la tak mau.. Last-last, buai tu dok bawah katil jer...

A happy family. Tahniah buat Suzy and hubby.. Cayang Muhammad Adel Zafran...
 
 
Blogger Templates