Social Icons

Pages

Friday, March 8, 2013

Susah Sangat Ke Nak Say "Thank You"?


Biorlah lepas ni readers nak kata I ni cepat sentap ke, orang tua cepat terasa hati ke, kedekut ke, I tak kisah. Memang patut pun I buat camtu. Nak tau apa puncanya? Hah ni meh aku nak habaq maghi kat korang..

Yelah kan, ramai lah yang dok bertanya aku contact no aku punya contractor lah, mana nak buat laminated flooring la, alarm people lah tapi bila aku kasi no, hampeh sorang pun tak tak reply my mail saying thanks!!!! Susah sangat ke korang nak tulis benda alah tu? Kok dah berjela tulis dalam email, then boleh baca blog bagai, takkan nak reply satu perkataan tu pun payah!! - To exclude those yang dah ucap thanks in advance, then understood...

Tu lah dia orang kita.. Bukan I nak cakap apa lah kan.. Orang kita!!! You know lah to whom I'm referring to... So, lu pikir-pikir lah sendiri! If ada yang tak suka kata-kata pedas akak ni, I just want to give advice, jadilah orang yang berbudi bahasa!

Pengorek Telinga


Tak I, my hubby buat kerja ni.. korek telinga bebudak ni... so far, dalam bebanyak pengorek telinga, i think this is the best so far..

Siap berlampu lagi tu.. I beli 3 packets, siap semua ni sekali. Ada yang hujungnya kecik, besar and tajam. Tapi definitely I campak kan aje yang tajam tu. Bukan ada gunanya pun.. lagipun macam harm kat ear je.. So, kalau tak nampak, just switch on the light, then akan nampaklah segala isi dalam telinga tu ye.. Made from plastic, hanya RM 10 for that 3 packs. Murah kan? he.he..


Thursday, March 7, 2013

During Installation...


Remember few days ago I ada cerita pasal make-up for our house.. And this is the continuation. weii.. sesabau ler sikit... kasi surprise sikit.. baru best...

Team 1 sudah sampai.. tapi sudah sesat jalan sebelum sampai... tak polah, asal selamat sampai rumah den. Kok tak jumpo kang, parah! Tu the big bosses (referring to the two kay) sudah keluar to inspect things!

Up you go to tingkat atas.. Wa couldn't imagine what will happen to our lantai.. Don't want to imagine also..

Ops!! Bebaik panjat tu, kang kepala kena kipas.. nasib tak on, if not mau putus!

Hah! Tu dia! Tinggi menjulang!

The rest of the teams (Team 2 & 3) came to rescue because it was almost late eve tapi tak settle yet. They had problem to modify things to cater my hubby's requirements actually. I nak cerita kat sini pun macam susah nak explain..

Tu dia ambik kau! Kan akak dah habaq siang-siang tadi.. berterabur sana-sini. Tu belum kira habuk lagi tu.. Then belum termasuk pekerja yang entah berapa orang tu.. But at the end of the day, they managed to settle things and I should give my thumbs up for their job done. Well done actually. And these are the people from  the same company where I did my wardrobe, kitchen (rumah lama, rumah baru), tv cabinets and all.

It's UNITY KITCHEN!!!




Emak Marah Anak? Sendu Jap..

 
Bila I baca this article, I jadi sendu sekejap.. Bukan sekejap actually tapi lama gak lah.. Teringau-ingau kat 3 permata hati kat rumah tu.. Hampir satu hari spend dgn Bibik.. Then bila I balik, baru je depa nak mendepang, dah kena marah. Tapi bukan I sesaja nak marah tapi kekadang tu, tak tahan beb dgn kerenah depa.. tapi tu lah budak kan? That's the way they want to get our attention kan..
 
I rasa ramai yang mengalami situasi yang sama dgn I. So here are some tips to share, semoga kita boleh practickan bersama...
 
‎[ TIPS ] - MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering... dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Wednesday, March 6, 2013

My Wet Kitchen.. After 1 1/2 Year


Ni kira entry mengimbau kembali keadaan wet kitchen waktu mula-mula dulu and the condition after one and a half year.. kiranya sekarang ni la.. Nak jengah, meh ler...

Gambar ni, kalau you all pergi entry kitchen sebelum ni, memang ada I letak. Carilah entry tu ye.. korang gi je kat labels then cari "KITCHEN". Jangan lak cari LAMAN! This photo was taken just after dapur I ni siap. Hob tak letak lagi sbb we all pakai yang lama. Belum angkut lagi sebab time ni we all belum pindah. The red in theme.. I like it! Nampak garang and megah kao! ha..ha..

Ni lah keadaannya my wet kitchen ni yang tak pernah berhenti berkhidmat untuk tuan rumah setiap hari kecuali time we all holiday or balik kg. Kira time tu barulah dia dapat berehat and kira tutup kedailah! Masih di tahap kebersihan yang memuaskan. Memang I dah masak, suruh my Bibikk lap semua. Tak mboh minyak-minyak sana sini weih! Rosak nanti dapur merahku! muah, muah, muahhhh.. kat atas hood, kat tepi, semua lap!

The sliding door from RELIANCE to divide the wet and dry kitchen so that tak adalah kacau. If tetamu datang reramai, sila ke ruang depan tu ye sementara I masak. I memang tak suka orang menjengah I masak nanti tak menjadi..

This is from the dry kitchen. eh cak!

This angle was taken from outside, kat tepi pintu, jengah ke dalam. Tu rak simpan botol sos sebagai and that deep freezer tempat simpan barang-barang basah. Dump je kat situ. I beli pun sebab peti sejuk kat rumah lama tak muat simpan EBM.. tak regret you.. So, I dengan senang hati stocked up mmy EBM kat my fridge while barang dapur letak kat deep freezer...

Cerita deep freezer ni ada kat entry awal-awal in my blog. carilah ye korang.. :)

X-mas @ PAVILION KL


"Jingle bell, jingle bell, jingle all the way.. nanannnannannnnnnaa.."

La hai.. I pun tak hapal the lagu tapi yang tahu tu jelah. jingle bell berulang kali..ha.ha..ha.. ok lah kok nak nanyi kat anak.. Tak pun , "We wish you a Merry Xmas, we wish you a Merry Xmas, we wish you a Merry Xmas and a Happy New Year..." yeay! La lagu di akak leh nyanyi penuh..

Entry dah lama.. dah berbulan pun. Raya Cina pun dah habis tapi saja I nak show the pictures of us having an outing, nun.. heading to PAVILION KL, just near my office. Basically just wanna show my kids all the lovely decorations, which every year memang spectacular kat sini. Tapi bila we all entered the entrance... MASYA ALLAH.. that's all I can say!

Kalau den tau lah camni punya ramai umat manusia, baik dok dendiam kat ruman kan.. Shopping pun tak berminat. Ingatkan nak beli barang-barang sekolah depa sebab kat sini memang murah. Tak caya, you all gi la ke Parkson sana. Tapi, sempat menyambar yang mana ado.. yang mana sempat sebab nya itu 2 heroes dah tak sesabau nak ke bahagian toys..

Mak tak layan.. moh kita jalan!

Norman was not in the pic sebab merajuk tak dapat toy yang dia nak.. tak kuasa I nak layan, beli benda cinonit tapi harga segedabak!

Abang and Aliaa berposing. Aliaa dah memang tak leh dok diam..

Tarik gak so Norman tapi nampak itu tangan kecik mencubit Maman nya! Dia orang berdua ni mamang always cari pasal with each other but bila nak sleep, cari Maman gak!

Tu lah dia orang.. punya lah ramai...

Echeh! Ada orang kata I ni kakak to my kids.. hahhahahahhha mak nak gelak you! Tapi bangga diri pun ada.. acheh! My 7 year old Abang is almost my height already.. Follow his Papa's build and height!

Tuesday, March 5, 2013

House Make up Again..

Mak hai.. dah lama tak update entry.. amat ke"busy"an akak nan ado.. Nak plak dah 2 orang anak bersekolah, bertambah-tambah lah workload akak ni.. tapi nak cerrrr gak pasal rumah.. Bukan I nak riak kay? Kan dah mentioned kat dalam blog akak ni, ramai yg buat reference. So far, ramai dah yang contact akak nak tanya itu ini pasal rumah and I'm willing to help yooouuuu.. tak luak sesen pun..

Mesti korang tertanya-tanya apa nak buat kat sini kan? ha.ha.. tunggu... This area is at the 1st floor, kira ruang tamu kedua for us..

Ni plak ruang just side by side of the ruang tamu kedua... Nak dibuat apa..? Tunggguuuuuuuu....

P/S: Mesti korang curious kan, kenapa we all ni tak buat interior design sekali harung time pindah dulu. Well tuan puan, adik kakak, pakcik makcik, I buat mana yang ada dulu.. Yang ada tu adalah fulusnya.. so, I kena lah fork up saving sana sini. Dah cukup, baru buat.. Yang penting, wa tatak hutang aaa...
 
 
Blogger Templates