Social Icons

Pages

Thursday, February 27, 2014

Gaya Anak Dara Sebelum Gi Kenduri Kahwin...

Just love to see these photos.. Maklumlah.. I ada sorang je anak dara.. yang dipanggil "Darling Papa" oleh Papanya..

I just bought this dress kat Lovely Lace.. Beli 2 sekali kau.. Ingatkan nak simpan Raya, alih-alih Papanya dah pakaikan si anak dara ni dengan baju baru.. hai.. kena beli lagi lah baju raya.. I like baju Lovely Lace ni... cantik and terletak tapi harga pun boleh tahan cantiknya..


Pasal bab bergaya ni.. memang no.1! Belum siap make up lagi.. tapi tak mau sikat rambut or sikat rambut.. Mengerbang manjang.. Ha! Kan cantik camni..

Jom, jom.. amboi hai.. sampai ke sudah tak habis kang..

Wednesday, February 26, 2014

Terkenang Semasa Dulu - Pontian (Day 2)

Dah namanya pun short stay kan kat Pontian ni, so memang terkejar-kejar la nak menyinggah sana-sini.. ambik syarat je..


Kita ke rumah Becik dulu.. nama memang kelakar la tapi memang orang panggilnya begitu. In fact, my hubby pun panggil dia dengan nama tuh! Ni lah orangnya yang jaga my hubby adik-beradik. Actually, Day 1 tu we all dah bertawaf kat depan rumah dia ni sampai dia perasan la.. then dia tutup tingkat ater takut orang jahat ke apa dok lalu lalang depan rumah dia.. betul gak la tu..

 
Ni gambar kenangan.. Umur dia dah 70 tahun lebih tapi ingatan dia cukup kuat kau! Steady lagi jalan.. Anak sorang je.. Anyway, I suka rumah dia.. Dia katarumah peninggalan orang tua.. Masih mengekalkan ciri tradisional..

Ha.. ni adlah rumah kenangan my hubby and family.. Nilah rumah sewa his family kat Pontian dedulu.. Time tu katanya kat belakang rumah tu hutan.. So, paham-paham je lah korang ye..

Ni namanya Abang Hamid and Kak Ani.. also orang Jawa.. time sampai rumah ni, punya lah ramai sedara-mara datang.. Dia kata memang gitu kalau hujung minggu, family datang gather makan-makan.. wah! Sonang tu.. tak yah masak kat rumah.. Ha, depa ni pun ada jaga my hubby adik-beradik and they still ingat my hubby lagi walau dah dah dekat 15 tahun tak jumpa.. Time nak balik tu, macam-macam dibekalnya sayur-sayuran, tempe bagai.. terima kasih ya..

Cantik kau rumah ni..Besar tu! Ni lah rumah contractor Jawa yang terkenal sejak dulu.. Nama kalau tak silap gue lah bila dengar laki ku sebut, Wak Porjo.. entah lah.. Korang nak tau.. kat sini memang ramai orang Jawa.. tengok betapa rajin nya depa, boleh mewah hidup kat bumi Malaysia ni... sekarang Wak ni dah jadi contractor besau, ada kren besau, rumah besau, keta melambak kau.. semua pakai plat no 4477...

 Tongg sampah pun tulis 4477!

Ni kata laki ku kedai runcit.. Now dah tinggal rangka je..

Tak tau lah ni rumah sapa tapi pakat snap je la..

Ni laki ku bergambar kenangan kat sekolah agama dia masa dulu.. 

Laki ku kata, dulu tanah merah depan ni.. pernah sekali dia jatuh basikal ke apa.. baju putih dah kaler merah.. Balik rumah, memang kena lah!

Itu jer ceritera akak kat Pontian ni.. what a short visit but sarat dengan cerita.. best, best, best Pontian ni.. Nanti boleh mai lagi. Next time gi Pulau Kukup and Tanjung Balai plak..

Monday, February 24, 2014

Kukup Golf Resort, Pontian

Camana la ghupa Kukup Golf Resort tu kan? I boleh rate, ok lah.. the pool ala2 lagoon tapi dek sebab we all tak plan pun nak ke sini, then I tak bawak la baju mandi bebudak ni.. Sudahnya, memang depa terkulat-kulat tengok pool tu.. Kecian.. lain kali nooo.. kita mai sini lagi..

Ni kat entrance.. kita gambau sikit..

 Sibuk nak gambau kat dinasour ni.. hah! cepat-cepat! Hari panas rembang ni.. Posing, jangan tak posing!

 Ni dekat pool ni.. panas betul weih! Alamak! Bayang-bayang cameraman pun masuk gak..

 Panjat, panjat! Aliaa frust tak dapat panjat.. mana tak nya.. batu tu panas weih!

 Ha, yang ni sonang yo nak naik.. pijak yo ekor dinasour tu! 

 Comel kan? Ada nampak itu anak dara? Posing kemain!

 Ni sibuk kasi arahan macam-macam.. Soh Bang Man dia ke sana la. dia nak ambik best position!

 Ops! Tak ready lagi la Ma..

Ok, say cheese.. Huh! Anak dara ku.. gaya model gitew..

Saturday, February 22, 2014

Kat Mana Nak Makan di Pontian Ni?

Makan memang masalah kami anak-beranak kat Pontian ni.. maklumla.. depa ni a bit choosy.. so agak pening sikit. Aku pun takut nak makan sebarangan, kang sakit perut tak pasal kang! Memang ada la McD and segala bagai.. mamak pun ada tapi tak syok la kan? Dah Pontian ni dekat laut and terkenal dengan seafoodnya.. nak gok merasa weih..!

Ada lah satu blog ni suggest this one place.. We all pergi la ke sana.. dekat dengan Petronas aternya.. sampai je kat situ, Masya Allah! Lalat berhurung kau! Yang laki aku plak terus mengorder! Terjegil bijik mata akak suruh cancel. Dengan selamba dia kata, "Dah you yang suggest kan? Orang dalam blog tu yang kata.." Aku balas balik, "Memanglah orang blog kata ok, tapi tu tekak dia.. cancellah.. kang sakit perut kang! Tak pasal-pasal!"

Kita orang pun ca alif but.. kasi alasan nak gi toilet.. then we all ke tepi pantai, makan kat sana.. mula-mula aman, lepas tu bila makanan sampai, lalat pun start berkampung sama! Dah lah our order salah kasi, then tak sedap mana pun! Mahal nya, adohai....

Ya, mula-mula ok, lepas tu tah anak sapa tah pi hambat and datang kat we all.. rupa-rupanya anak orang berniaga kat situ.. dengan hingus leleh, kacau-kacau orang.. bila tanya orang keliling, semua pakat tak kenai.. then mak pak dia selamba je jerit dari jauh.. weih! Tolong ye, kok nak berniaga pun, anak kau tu tolonglah jaga sikit! Dah la sekarang ni ada macam-macam kes... 

Ni the next morning, we all breakfast kat gerai kawasan kampung kat tepi jalan on the left hand side of the road. Just on the way to Jeti Kukup. Atas sikit from simpang ke Tanjung Piai... sedap sangat roti canai and nasi lemak dia tapi bab service ni, agak lambat sikit mungkin sebab tak cukup kaki tangan.. family je kot yang handle..

I terkilan sikit sebab my hubby terlupa nak bawak passport. Kalau tidak, dah boleh menyeberang ke Tanjung Balai, Indonesia for shopping! Lepas kenyang perut, we all balik hotel..

Friday, February 21, 2014

Tanjung Piai, Penghujung Benua Asia - Day 1

Hah! Sambung-sambung cerita... dah namanya pun kesuntukan masa sebab we all just dok kat sini 2 hari 1 malam je kan, so kenalah itinerary tu dipadat-padatkan.. so dah rest sat kat resort room, then keluar balik! We are heading to Tanjung Piai!

Actually tak berapa jauh from the Kukup Golf Rsort tu.. kalau keluar, ke kanan, then jalan terus.. dalam 10 km kot.. jumpa police station on your left, terus masuk simpang.. jalan terus.. ikut jer signboard.. tapi bila dah dekat sampai tu, belok ke kanan, heading to Johor National Park. Jangan plak korang terus.. boleh juga tapi sampai ke Tanjung Piai la.. kat sana ada tempat makan.. seafood restaurant.. dah namanya tepi laut kan, tentulah banyak seafood..

 
Hah! Posing dulu kat pintu masuk.. Ticket tak mahal pun.. RM 5 for adult, RM 3 for kanak-kanak bawah 6 tahun.. memang berbaloi la..

Korang tentu tak cayakan.. Chinese New Year pun ramai Chinese visited this place.. bawak anak-anak bagai.. belum lagi tourists.. nampak orang kita tak ramai.. mungkin depa cuti tempat mewah kot.. hahahah..

Tengoklah tu.. gaya memasing... boys kan? Yang si sorang tu sibuk nak berdukung je pulak.. Mak dah tak larat oooiii.. ni pun, kaki macam kena seret jer..

This is our hutan paya bakau and we have to walk about 600m untuk sampai ke destinasi.. First time tengok paya bakau, so agak "jakun" jugalah! Penat jalan tak terasa sebab tengok byk hidupan paya bakau ni.. ikan belacak, ketam yang warna-warni.. memang bebudak ni excited! Yang paling tak bestnya, sampah-sarap yang orang campak kat paya bakau ni especially botol air meneral! Heran betulkan? Apa motifnya pun tak tau! Nak kata tak ada kepala hotak and tak boleh membaca, rasanya semua yang datang ni educated! Aku cukup menyampah orang yang perangai tak semonngah ni!

See the 3 stooges? Comelkan, the whole family.. anak, mak, paknya.. a happy (not so sure) belangkas family!!!!!

Pokok bakau paling tinggi kat sini..

 At last we all sampai di destination.. di penghujung benua Asia!! Betapa bangganya kami weih!

 Gaya 3 beradik..

 Ni geng baik 2 orang.. geng gaduh pun ya juga..

 Kapal berselirat sana-sini.. bunyi hon kapal, memang best!

The monument.. that globe boleh pusing-pusing tau tapi kena be careful sebab takut kena kepala.. the base quite tinggi gak! Alahkah bangganya tempat paling hujung benua Asia berada di Malaysia!

You can see, it's Singapore over there and Tanjung Pelepas on your left.. the scenary, memang spectacular! Betullah orang kata, pandang laut lepas ni memang mengasyikkan especially if you can see another country at the other side of the staits.. so near but not that close..

 Peace yo!

Lepak sebelum gerak balik! Panas weih! Terbakar kulit akak!

Thursday, February 20, 2014

Bercuti ke Pontian, Johor - Day 1


"Yang, Chinese New Year ni kita gi Pontian nak? I nak tengok tempat I sekolah dulu la and visit orang yang jaga I.."

Biar betul laki aku ni.. last minute punya plan tapi tak kisah lah beb.. Tapi why Pontian? Tak de apa pun kat sana! Dah la last minute, tah ada hotel ke tidak! Sure penuh punya! Hai.. laki ku, laki ku.. Actually dah lama betul dia berhajat nak ke sana tapi masa je tak mengizinkan. Since aku pulak menggatal mulut nak gi bercuti during Chinese New Year, palagi! Dia pun set la.. 

Last minute punya survey, rupa-rupanya banyak tempat menarik kat Pontian ni. From one blog to another blog aku baca, aku pulak yang terlebih excited nak ke sana! Amat menariks Pontian ni.. nanti aku cerita yek! Ke sana naik keta je.. Sampai Ayer Itam, masuk jalan kampung.. nostalgia kata laki ku.. teringat zaman dia naik bas dulu-dulu nak balik Seremban jumpa maknya. Oh! Jangan salah sangka ya. My father in law kerja Pontian and my hubby ikut duduk dengan dia so depa travel every weekend jumpa adik-adik yang lain. Cian kan? Korang bayangkan zaman dulu punya bas and jalan! Memang tak dapat bayangkan lah!

Actually semua hotel dah fully booked (surprisingly), and aku memang dah agak dah memandangkan perayaan and tempat ni famous gak kan (tourist attraction).. I dah booked dah this one hotel tapi bila sampai sana, atas kedai rupanya.. then gi Hotel Pontian plak. Just try our luck, pun penuh! Depa suggest Kukup Golf Resort. Dalam hati doa je lah kot-kot ada bilik kosong.. Alhamdulillah.. ada 2 lagi rooms available. Memang tak tunggu lagi dah.. terus booked!

 
Abang dok atas katil main tah apa tah! That big boss dah kepenatan drive all the way from KL kau! So relax sat noo.. buat apa yang patut.. kang nak keluar jalan-jalan plak.. Tu katil memang tak muat for the 5 of us so kena dapatkan extra bed.. Charge tak mahal pun.. not bad la this resort.. Suitable to those yang nak buat family gathering. Room ala chalet style.. so sebelah menyebelah dengan room lain..

Abang yang tengah ralit buat apa tah! This room tak ad bath tub ya so tak leh berendam ya anak-anakku.. memang bengang gila depa sebab dah dalam kepala otak depa tu, kalau gi hotel mesti ada bath tub! Songeh tul!
Ni yang sorang ni, tak habis-habis lompat atas katil. Dilarang pun tak guna.. Dengan muka sengih tu.. selamba je..

And this gegirl, sibuk posing.. memang suka posing pun.. ala gaya-gaya model.. alahai anak omak.. tu ada nampak air yang dibuatnya.. sibuk ambik gula, teh bagai, then campur-campur jadi air tah apa-apa tah! 

 
Tu mula nak masukkan biskut pulak!

"Ni Yaya buat air untuk Mama ni."
"Oh! Thank you.."
"Mama minum la.."

Tapi takkan ku minum punya.. hahahaha.. buat-buat minum je.. tapi korang tak tau betapa aku terjerit-jerit kat sini suruh depa ni dok diam. heran aku.. tak penat ke dalam perjalanan? Dah la panas terik kat sini.. Terbakar kulit I! Aku pun terbakar la sama...

"Dah, dah.. jom kita keluar jalan.. cepat siap!" Tu dia.. laki ku dah siap bagi arahan..
 
 
Blogger Templates