Social Icons

Pages

Thursday, February 20, 2014

Bercuti ke Pontian, Johor - Day 1


"Yang, Chinese New Year ni kita gi Pontian nak? I nak tengok tempat I sekolah dulu la and visit orang yang jaga I.."

Biar betul laki aku ni.. last minute punya plan tapi tak kisah lah beb.. Tapi why Pontian? Tak de apa pun kat sana! Dah la last minute, tah ada hotel ke tidak! Sure penuh punya! Hai.. laki ku, laki ku.. Actually dah lama betul dia berhajat nak ke sana tapi masa je tak mengizinkan. Since aku pulak menggatal mulut nak gi bercuti during Chinese New Year, palagi! Dia pun set la.. 

Last minute punya survey, rupa-rupanya banyak tempat menarik kat Pontian ni. From one blog to another blog aku baca, aku pulak yang terlebih excited nak ke sana! Amat menariks Pontian ni.. nanti aku cerita yek! Ke sana naik keta je.. Sampai Ayer Itam, masuk jalan kampung.. nostalgia kata laki ku.. teringat zaman dia naik bas dulu-dulu nak balik Seremban jumpa maknya. Oh! Jangan salah sangka ya. My father in law kerja Pontian and my hubby ikut duduk dengan dia so depa travel every weekend jumpa adik-adik yang lain. Cian kan? Korang bayangkan zaman dulu punya bas and jalan! Memang tak dapat bayangkan lah!

Actually semua hotel dah fully booked (surprisingly), and aku memang dah agak dah memandangkan perayaan and tempat ni famous gak kan (tourist attraction).. I dah booked dah this one hotel tapi bila sampai sana, atas kedai rupanya.. then gi Hotel Pontian plak. Just try our luck, pun penuh! Depa suggest Kukup Golf Resort. Dalam hati doa je lah kot-kot ada bilik kosong.. Alhamdulillah.. ada 2 lagi rooms available. Memang tak tunggu lagi dah.. terus booked!

 
Abang dok atas katil main tah apa tah! That big boss dah kepenatan drive all the way from KL kau! So relax sat noo.. buat apa yang patut.. kang nak keluar jalan-jalan plak.. Tu katil memang tak muat for the 5 of us so kena dapatkan extra bed.. Charge tak mahal pun.. not bad la this resort.. Suitable to those yang nak buat family gathering. Room ala chalet style.. so sebelah menyebelah dengan room lain..

Abang yang tengah ralit buat apa tah! This room tak ad bath tub ya so tak leh berendam ya anak-anakku.. memang bengang gila depa sebab dah dalam kepala otak depa tu, kalau gi hotel mesti ada bath tub! Songeh tul!
Ni yang sorang ni, tak habis-habis lompat atas katil. Dilarang pun tak guna.. Dengan muka sengih tu.. selamba je..

And this gegirl, sibuk posing.. memang suka posing pun.. ala gaya-gaya model.. alahai anak omak.. tu ada nampak air yang dibuatnya.. sibuk ambik gula, teh bagai, then campur-campur jadi air tah apa-apa tah! 

 
Tu mula nak masukkan biskut pulak!

"Ni Yaya buat air untuk Mama ni."
"Oh! Thank you.."
"Mama minum la.."

Tapi takkan ku minum punya.. hahahaha.. buat-buat minum je.. tapi korang tak tau betapa aku terjerit-jerit kat sini suruh depa ni dok diam. heran aku.. tak penat ke dalam perjalanan? Dah la panas terik kat sini.. Terbakar kulit I! Aku pun terbakar la sama...

"Dah, dah.. jom kita keluar jalan.. cepat siap!" Tu dia.. laki ku dah siap bagi arahan..

No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates