Social Icons

Pages

Saturday, February 22, 2014

Kat Mana Nak Makan di Pontian Ni?

Makan memang masalah kami anak-beranak kat Pontian ni.. maklumla.. depa ni a bit choosy.. so agak pening sikit. Aku pun takut nak makan sebarangan, kang sakit perut tak pasal kang! Memang ada la McD and segala bagai.. mamak pun ada tapi tak syok la kan? Dah Pontian ni dekat laut and terkenal dengan seafoodnya.. nak gok merasa weih..!

Ada lah satu blog ni suggest this one place.. We all pergi la ke sana.. dekat dengan Petronas aternya.. sampai je kat situ, Masya Allah! Lalat berhurung kau! Yang laki aku plak terus mengorder! Terjegil bijik mata akak suruh cancel. Dengan selamba dia kata, "Dah you yang suggest kan? Orang dalam blog tu yang kata.." Aku balas balik, "Memanglah orang blog kata ok, tapi tu tekak dia.. cancellah.. kang sakit perut kang! Tak pasal-pasal!"

Kita orang pun ca alif but.. kasi alasan nak gi toilet.. then we all ke tepi pantai, makan kat sana.. mula-mula aman, lepas tu bila makanan sampai, lalat pun start berkampung sama! Dah lah our order salah kasi, then tak sedap mana pun! Mahal nya, adohai....

Ya, mula-mula ok, lepas tu tah anak sapa tah pi hambat and datang kat we all.. rupa-rupanya anak orang berniaga kat situ.. dengan hingus leleh, kacau-kacau orang.. bila tanya orang keliling, semua pakat tak kenai.. then mak pak dia selamba je jerit dari jauh.. weih! Tolong ye, kok nak berniaga pun, anak kau tu tolonglah jaga sikit! Dah la sekarang ni ada macam-macam kes... 

Ni the next morning, we all breakfast kat gerai kawasan kampung kat tepi jalan on the left hand side of the road. Just on the way to Jeti Kukup. Atas sikit from simpang ke Tanjung Piai... sedap sangat roti canai and nasi lemak dia tapi bab service ni, agak lambat sikit mungkin sebab tak cukup kaki tangan.. family je kot yang handle..

I terkilan sikit sebab my hubby terlupa nak bawak passport. Kalau tidak, dah boleh menyeberang ke Tanjung Balai, Indonesia for shopping! Lepas kenyang perut, we all balik hotel..

No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates