Social Icons

Pages

Wednesday, July 24, 2013

Project Terbaru with Unity Kitchen


Well, well, well, dah namanya loal customer kan, so I tak lari ke mana lah.. still stick to Unity Kitchen.. so sempena raya ni, I dah siap bagi depa satu business deal lagi.. Walaupun kecil-kecilan punya business, tapi still income to them kan?

Hah.. excite ya nak tau apa ke benda nya ye.. hah tengok je lah kat bawah.. cakap lelebih, tak mau.. gambar lelebih pun belum lagi tapi ni je I boleh kasi tengok..

Ngeh... ngeh.. ngeh..



Abang @ Kampung


Ni gambar before we all cabut kan that 2 tayar kecik.. Peace! Oh ya.. ni gambar depan rumah my inlaws.. kat kampung..

Tuesday, July 23, 2013

Masih di Bukit Bendera - Day 2


Hujan dah teduh, hujan dah teduh tapi still rintik-rintik lagi.. booo aje lah.. meh kita naik buggy ni..

Eeh! Mana anak dara I ni? Laaa.. tak nampak dok sebelah Pa nya..

Sekali naik RM 30 so korang kalau tak mau rugi, ajak lah sesapa naik sekali so cost boleh share-share. Like we all ni, dah cukup quota, so tak payah lah nak invite orang lain.. nyemak jer..

I dok belakang sekali.. So the driver akan bawa you all ke atas jalan-jalan.. Best you! Udara segar.. and to my surprise, the drivers ni memang dah equip with knowledge and give explanation pasal history, and bla bla bla and all about Bukit Bendera. Jangan pandang rendah you!

"Ni jambatan gantung tapi tak dah tutup sebab ada pokok tumbang waktu hujan lebat hari tu".. Ni according to the driver la..cantik tempatnya..

Ni one of the houses yang ada kat sini.. Tuan tanah, eh tuan rumah sesekali je mai sini, kira buat rumah persinggahan la ni tapi korang tak tahu.. kat sebelah rumah ni, ada rumah lagi untuk pekerja dia sekeluarga yang dok sini semata jaga rumah ni.. best kan?

And jangan korang tak tau, ada rumah anak lelaki Ananda Krishnan (korang tak tau saja je lah..) yang dibuat khas untuk nya tetapi dia tak pernah dok sini... Tak tahu lah kalau sesekali dia ada singgah ke, wa pucitau!

Ni katanya adalah post box yang pertama kat Malaysia.. dah berusia seratus tahun dah.. entah ye entah tidak tapi telan je lah cerita tu.. tapi kalau korang tengok dekat-dekat, memang macam yang ada kat London gitu! So, betul lah kot..

Saja posing sebagai kenangan.. ada macam-macam lagi gambar tapi ni je lah saja yang mampu I letak. Pergilah ke Bukit Bendera ni.. memang best.. cantik, nyaman.. tiket pun tak mahal (harga warganegara, kanak-kanak pun tak sampai RM 10).. apa tunggu lagi! Gi ler..

Bukit Bendera - Day 2


Ceritera I ni selalu lompat-lompat. Cerita cuti kat Penang hari tu pun tak habis lagi.. I post mana yang sempat jer.. tapi tak kisah lah beb.. Asal cerita.. Ni after pekena (kasi slang mamak sikit) kari kepala ikan kat Line Clear, we all terus ke Bukit Bendera.. Nak ke sini pun satu cerita. Bodoh punya Wiz! I bukan nak mengutuk lah tapi orang lain dah pakai macam-macam handphone canggih tapi I still setia denga handphone I yang masih berkhidmat selama 10 tahun. 10 tahun kao! I don't bother nak tukar handphone ni. For me, no peace of life sebab sekejap-sekejap tit tit, ting tong, zeet, zeet.. hei!

Oh back to my story, the Wiz from my hubby's note kasi direction pun salah. End up we all sampai ke Taman Botanical (Botanical Garden)! Weih! Aku tau lah kat situ boleh gak gi Bukit Bendera tapi kena naik jip or hiking lol! Apa da.. Then nasib baik tak kena saman polis sebab dok sibuk my hubby tengok hp, tup tup masuk salah lane, and ada polis lak lalu.. haiya.. Tapi sebab dia tau we all bukan macam orang sana kan, so lepaslah.. Lega kau!

Ni lah sejarah we all anak beranak gi jalan-jalan dengan gaya comot giler sei.. My hubby lah, from swimming pool, terus ke Line Clear and ke sini.. Aliaa still tak sihat, but the boys were so, so juga.. La.. Abang.. kau tengok sapa tu Bang? Biorlah depa tu.. Bukannya faham cakap kita pun! Ni minah Thailand mana tah! Gedik semacam jer aku tengok depa and the gang!

Naik cable car.. Uiiihh!!! Dah canggih.. macam bullet train! Supp.. dah sampai atas! Tak yah tukar-tukar macam dulu.. Dulu punya cable car, punya lah lembab semacam! Sampai half way kena tukar pulak.. Well wajiblah kena tukar as the time moving towards 21st century ni. Kok tak, memang kau ni hidup zaman penjajah ler..
 The 4 of us.. dapat tempat duduk.. tak sesak macam time I kekecik dulu! Mau aku siku semua orang!

Aliaa was so excited so did the rest.. laju tu!

Dek sebab hujan lebat kau.. maknanya terpaksalah we all melepak kat cafe di puncak bukit tu.. order Coke and mineral water yang harganya RM 8 sebotol! Hui mak engkau! Kus semangat mahalnya.. That soft drink tu pun harganya lebih kurang sama je.. terjegil mata mak tengok harganya.. So, kasi habis itu air aaaa...  jangan membuang!

Dah teduh sikit, we all jenjalan kat atas sampai kat tempat lepak ni..

Dah standed kat sini sebab hujan mai balik.. hok aloh.. lebat sungguh tu!


Muka semua yang keboringan..


Thursday, July 11, 2013

Akhirnya.. Keluar Gak Kau!

Dah lama dah kat dalam kotak.. tak bukak bukak. Akak yang malas nak bukak, my hubby lak yang bising, sibuk.. yang pemenang nya, ada aku kesah?! hahahaha.. Tetau je la.. orang lelaki ni, kalau benda cenggini, cepat jer nak install.. Hah! Bukak lah Yang.. kasi tengok puas-puas. Tapi kang maid plak yang tengok.. yelah.. dah benda nya kat tingkat bawah, harus lah!

Ni lah dia my TV yang I menang tu.. Oh, ya, ya.. paham... dah banyak kali I ulang cerita ni tapi biasalah kan? I nak men"jobo" or eksyen, tak buleh? wakakakakah! I dah survey harga TV ni.. tapi biarlah rahsia.. korang nak tau, gi kedai, buat market survey.

Si tukang installer.. godek sana-godek sini and akhirnya.. welcome to your new house cik TV...

Book Rack or Shoes Rack?

Book rack belum ada lagi, shoes rack, pun belum ada lagi. So, next project for.. siapa lagi kalu bukan Unity Kitchen! Memang dah trust kan, loyal customer lah kan.. So, am thinking to build either one.. Tapi I give priority to books dulu sebab dah banyak buku and files tak bersusun lagi.. yang cabinet sedia ada pun dah penuh....

This is the one that we are going for.. kemas and simple.. Ni kat Unity lah ni.. Ingat tak time invitation of their new showroom @ Puchong? So sesiapa yang berkenan, sila lah ke sana ye..

Kat tetengah tu boleh letak pokok or perhiasan kan? Perfect idea..

Friday, July 5, 2013

Max Factor - Lipstick


I dunno whether you have heard about this brand but this for your info, SKII products were under this brand few years ago when SKII first made his debute. But after a while, the company tend to separate these 2 brands and this SKII becomes a stand alone product brand name. There must be a reason of doing so but I believe that they want to made SKII something exclusive brand for a skin range product. That's when I got to know MAX FACTOR. Lepas tu this brand macam hilang tak muncul muncul sampai these recent years, depa buat come back balik.. Ah cheh.. dah macam artis pun ada yang ramai buat come back.

But I tak ada lah so keen nak membeli barang depa sampailah satu hari ni time I jalan-jalan kat Pavilion during lunch hour, depa buka counter kat situ. Siap promote macam-macam and make up bagai muka kau sampai hantu pun boleh jadi bidadari (wakahkah) and ambik gambar segala.. siapa tak teruja! Harga products pun tak mencekik like last time and biasalah kan.. dah terpenagaruh and tercair dengan kelentongan depa ni, I pun terbeli lah.. Boleh?

Tapi this is the most favorite product yang I dah repeat beli 3 kali. The lipstick yang glides smoothly on your lips. Bau pun best, rasa pun best. Among lipstick yang I pernah try, this is among the best! I tak tipu. korang cakap jer lah jenama apa yang I tak pernah embarked? Mahah, murah, semua I try...

Cantik kan the color? Tak, tak teranglah.. bila apply kat lips, it's just nice..

And this is the color..


Synthetic Turf kat Dinding..


Ni macam idea baru ni. Boleh cilok guna pakai kat rumah tapi ok ke tak, wa pu ci tau! Tapi bila tengok, memang menarik bila tengok... meh cini tengok, meh..

Ha.. tak caya lagi cakap akak kan.. ni gambar I snapped kat Unity Kitchen show room kat Puchong.. Alah.. time I menang hadiah tu! Si Erny, my sales person tu cakap, dia sini yang came out wih this idea and dia sendiri yang pasang kat dinding.. tapi kena letak plywood dulu ler. If not, camana nak paku yo tak?

Tu dia tampal gambar dia dapat award from the Ministry and the photo of his team mates.. Dia kata, kalau I nak install camni kat dinding, dia volunter nak install kat rumah I.. cuma bayar upah pasang jer.. hah.ah..a.h lawak la kau Erny!


Wednesday, July 3, 2013

Salam Ramadhan from Warga Office


Mentang-mentang boss besar tak ada, memang time ni la bebudak ni ada macam-macam event nak buat.. Every year memang tak miss lah makan besar ni! Weih, korang ingat, Chines je ke ada makan besar? Kita kaum muslimin and muslimat pun ada tau.. sempena sambutan Ramadhan ni, elok lah kita mengenyangkan perut sampai buncit dulu.. Pas tu kita kempiskan perut memasing wokeh!

Antara lauk-pauk yang dimasak or dibeli oleh bebudak ni.. kalau rajin, masak ler.. kalau jenis yang maleeezzz tu, silakan lah membeli ye..

Eeeemmmm nyam, nyam...

Wah! Lagi buntang mata I ni.. Ya Allah.. betapa mewahnya rezeki bumi Malaysia ni.. Aaa.. I bawak yang mana? Tak payah lah korang tau! I janji nak buat sambal udang petai tapi end up bawak air root beer je. beli banyak-banyak kat TESCO. Dah tak ada mood I nak masak udang sebab 2 hari I cari petai tapi tak jumpa. Selalunya pasar pagi tu, ada jer orang jual.. time aku nak masak ni plak semua hilang!

Pergi lak TESCO cari udang, pun tak ada! Last-last I hangin plus tak ada mood sebab benda tak ado, den pun maleh nak masak!

The doa' was recited by Adam.. tangkap leleh air mata I bila mentioned pasal arwah y boss yang passed away 3 bulan lepas.. Terkenang arwah... Such a nice boss..

Tu dia I yang masam mencuka.. Kerja banyak you! Mood makan pun tak ada..

 Tu dia ramai betul, macam kenduri plak! Ni baru sebahagian! Tapi depa ni tapau makanan cepat sangat.. Nak kemas cepat sebab takut tak ada sapa nak tolong basuh bekas segala bagai.. Pukul 2 dah bo liaw.. La.. kasi ler orang puas makan.. Ni nak makan for 2nd and 3rd round, tak ado apa yang tinggal lagi.. I geleng jer.. tak masuk campur bab-bab ni. I bukan makan banyak pun..


My Lucky Day @ Unity Kitchen


Ni baru nak cerita panjang berjela pasal my lucky day kat Unity Kitchen when I won that 40' LED TV!!! First of all, thank you, thank you, thank you Unity Kitchen for inviting me as their VVIP customer for their grand opening ceremony for their new showroom in Puchong..

Sesampai jer.. tu dia mak datuk! Besaunyer belon! Tapi comel ah! Rasa nak order satu time birthday my girl nanti.. Nampak meriah sikit and happening.. This belon, in black and green, the Unity Kitchen company's official color and their uniform colors too.. emm.. cantik tapi I tak berapa setuju color hitam ni.. yelah.. this company, orang nya selalu gi site and buat installation. Hitam meh??? Bukan buat you rasa panas lagi ke? Well, whatever!!! That's the top management's decision kan?

Kita makan dulu! Emm.. nyam, nyam.. punyalah banyak makanan kat situ! Ada nama caterer tu.. I angkut dia punya contact.. manalah tau kalau I nak buat kenduri plak ke..

Aliaa yang dah 3 kali tambah mee hoon.. Dia kata best... erm.. for me, the mee tak cukup kembang.. maybe rendam tak lama kot.. hai.. banyak lak hati ni berkata-kata kan? Tadi complaint pasal color baju depa, ni pasai makanan plak!

Sementara menunggu annoouncement to start the event.. Perut pun dah kenyang tapi I tak tahan sebab sejuk sangat. Dah tu air cord betul-betul hadap depan I ni hah!

Well, my 2 boys kasi tinggal kat rumah.. You know lah kan? Boys would always be boys! hahahahahh

Sibuk anak dara ni nak ambik patung ni..

Tu dia, MR ERNY LOOI, merangkap my sales person since 4 years ago when I first got to know him.. Yang membelakangkan camera ni is his partner yang sama-sama bertungkus-lumus menaikkan the company to where it is now..

To dia haih.. mata I memang buntang la tengok that prizes.. yang mana satu agaknya yang akan menjadi my luck! Well, if u dah baca my entry, mesti u all dah tau yang mana I dapat.. kan? kan? kan? Poohh. fuh, fuh.. time ni kasi baca baca sikit apa-apa yang patut! And my lucky number is 5!!!!

Tuesday, July 2, 2013

Aliaa @ IKEA


I memang culas nak update blog lately. Banyak kerja kat office and angin I pun tatak betul.. ada macam-macam hal lah berlaku and I rasa macam nak jerit and maki semua orang.. tapi tak leh lah buat gitu kan..? tak baik itu macam.. Nak cer, malas.. just update kami bertiga punya outing ke IKEA..

Macam-macam nak angkut.. mak nya  terkejar sana-sini.. Sib baik itu 2 boys tak ikut..! kalau tak, memang I jadi mak kat rumah lah! Terjerit sana-sini.. I memang garang and memang suka terjerit-jerit.. Macam mak tiri pun ada! hahahahah..

Bag besar badan kecik!

Memang dia tak kasi punya kalau kita nak tolong.. Kim saalaaammm...
 
 
Blogger Templates