Social Icons

Pages

Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya Tercapai Hajat for Laminated Flooring!


"Kutunggu dan kutunggu, fikiran ku terganggu. Makan minum pun tak lalu kerana kamu.."

Acheh! Siap nyanyi lagi tu. Dah lama akak ngidam buat laminated floor ni. Memang I tak puas hati dengan flooring tingkat atas rumah I. Ada ka dia kasi jubin yg old pesen (1x1) nya macam zaman dolu-dolu tu. Kalau pakai kat dapur, logiklah sikit tapi ni hah! Kat tingkat atas rumah kau kasi we all (pembeli) ni jubin jenis camni. Kalau mop, pijak balik,  memang sah-sah berbelak. Ada kesan tapak kasi memasing lagi kat situ...
I dah memang sakit mata nengoknya tapi pendamkan aje lah hajat tu. Tunggu budget nan ado and setelah hampir setahun, "Akhirnya, kini pasti, ku merasai..." Nyanyi lagi weih!

These are the papan. So nipis kan? The thickness is 8 mm or senang cerita, tak sampai 1 cm pun. Ni kira standard la ni, and yang paling murah..

Very the professional. Baik boss sampai pekerja. Memang puas hati. Service tip top, workmanship, bagus. All workers are Chinese. Ni bukan we all mintak tapi memang pekerja dia semua orang sebangsa. Tapi memang I pernah mentioned dulu kan, my contractor's workers menang semua Chinese kecuali yang tukang bancuh simen, orang Bangla. Itu pun dah kerja dengan tauke dia for 15 years. Memang kerja puas hati!

Keletang, keletung, depa hacked the skirting. Start pukul 11 pagi, tak sampai satu jam, semua dan tanggal...

Siap kasi sapu lagi kasi kumpul satu tempat... Ye dik oooiii... skirting sedia ada kena lah hacked sbb nak pasang skirting baru from papan.. Kok tak, apo lak ghoman eh. Tak cantik la..

Pas tu they covered all the lantai with plastic. Then covered with foam plak sebelum letak papan..

Tu dia dah bersusun dah tu...

My hubby yang pilih nak campur campur color ni. Tapi the colors, I yang pilih. Ni last minute change ni. Initially, ada ka my hubby pilih color putih as the base and selang-seli dengan warna chocolate. Tapi the boss tu memang bagus giler. Last minute change pun dia layan. Siap willingly to see us somewhere lagi kat KL ni to finalize things. Dia kasi quotation pun on the spot. I cari dia ni dalam internet. Saja survey2 sebab dah 5,6 orang datang, semuanya menyakitkan hati I..

Tengok je lah ye. Nak explain how to fix this, I bukan tau pun. Kalau I tau, baik D.I.Y.!

Hampir siap...

Tada... sudah siap. Pukul 4 sudah kawtim minus their 1 hour lunch break. Ni kat ruang tamu je. Kat dalam bilik I, akak pilih warna gelap gitew tapi with different price.. tapi tak lah mahai sangat.. mahai skit ja from this..he..he..

Blog update: 1 MARCH 2015

Since ramai sangat yang tanya pasal contact no. for this laminated flooring ni, here is the no:

MR TONY: 019-226 9816

He's based in Petaling Jaya, Selangor. So those yang tinggal area Klang Valley ni, bolehlah suruh dia datang rumah untuk ukur and bagi quotatio. Tak ada hal punya.. In fact, I yang duduk kat selatan negeri Selangor ni pun dia sanggup datang. Business ma..

Wardrobe for Kids' Room

Dah lama tak cerita pasal rumah kan? Sekarang ni, I tengah plan nak buat wardrobe for my kids plak. The 2 boys, of course. I have got the quotation from Unity Kitchen for my kids' wardrobe tapi tgh "fening" nak pilih design. Ada la few options tapi still surveying..

NI pun macam cantik jer I nengok...

And too simple...

Ni macam ngalahkan bilik I la pulak!

This is one of the kind of modern design wardrobes

Ni lah yg I rasa macam sesuai sangat dengan bebudak ni.. Simple and nice.. My hubby kata, semunya tak menarik perhatian dia. What say you?

Monday, July 30, 2012

Si Rambut Keriting Bergaya

Pasal bergaya, memang dialah orangnya. Tu beleum bab menari lagi tu.. Lagu kegemaran, Waka Waka, Nobody But You and Who Let The Dogs Out..

Ni habis spec Rayban Abang dia ambik. Nak kita pakaikan, memang tak kasi. Dia je nak buat sendiri..

Tu dia haih! Anak akak tu..

Rambut yang mengerekot itew! I nak kasi rebonding lah! Tapi nipis lah pulak rambut anak Mama ni.. Ada petua nak kasi lebat rambut anak? Meh habaq kat cek sikit...

Itu dia! Abang Man dah start acts like a model. As always be..

Ni main plug la pulak. Pas tu, sat lagi dia boleh kasi panjat itu kerusi plak. Lotih akak dibuatnya..

Saturday, July 28, 2012

Caramel Pop Corn for Kiddos

My kids memang suka pop corn. Asal masuk wayang je, berkejar pop corn. Memasing nak sorang satu, tu belum masuk air lagi tu. The price pun, emm.. paham-paham sendiri la yek. Macam you all tak pernah experienced. Tapi ni I nak habaq maghi la ni, time I ronda-ronda Tokyo Street, I ternampak lah this pop corn. Ada macam-macam flavor lagi, seaweed and others (mak lupa dik, maklumlah dah tua. Tak berapa nak ingat dah). Beli lah satu.. Nak try konon. Aku rasa, among others, ni lah flavor yg acceptable for my kiddos kot.

Sesampai je, depa as usual mesti berkejar tengok Mama nya bawak balik oleh-oleh apa for them and to my surprise, they didn't like the pop corn which I bought! Mahai tu nak oooiii.. Last-last, omak eh makan. They still favor the old fashion pop corn. Bagus gak tu, jimat belanja. So moral of the stroy, jangan ajar bebudak ni makan makanan memahal dari kecik. Rugi!

Walaupun ada tulisan Jepun tu, tapi it's HALAL ok?! HALAL!!!

Friday, July 27, 2012

Ayam Otai Masak Lomak Bolimbing!!


Korang pernah dengar nama ayam otai? I pun tak pernah tapi semalam baru lah ku tahu apa tu ayam otai. Ayam pencen rupanya.. La hai kau dik, tak tau plak ayam pencen tu apo plak? Ayam tu tak pencen kerja dik, kok tak kojo, apo plak nak makan. itu ayam tua. Yang kita pernah tengok cerita P. Ramlee (Bujang Lapok tu). Kok korang pernah ingat la kan, si Ajis masak ayam, tapi liat nak nak makan. Sampai Sudin kata, "Kau ni Jis, kau tak tgk ka ayam ni ayam pencen ka.." Hah! Aku memang ingat adegan tu. I ni memang suka cerita P. Ramlee tapi yg kelakau2 nye lah. Yang leleh air mata tu, mintak maap ye, idok le ku berkenan..

OK, back tu cerita ayam pencen ni, wuiii.. memang sedap beb! Tak ada lah liat sgt sbb according si tukang jual, depa dah masak 2 jam guna santan kelapa? Idok ler ku tahu itu. Kena berguru lagi ni. Kuahnya pekat, campur belimbing plak tu so ada rasa masam-masam sikit. I rasa depa dah blend itu belimbing kasi taruh dalam itu kuah (bila masa plak aku cakap pusing-pusing ni).

Tu dia haih! Ayam otai masak lomak belimbing sehingga laki I makan 3 pinggan tu. Eh Yang! Tu bukan makan tu. Tu orang panggil mentedarah tu... Dah tinggal seketul je..

Ni ayam black pepper. Ni I masak sendiri. Sonang je. Lumurkan black pepper sauce, gula, sos Lia Perrins (untuk rasa masam-masam sikit), then you go into the oven..

Ni paru berlada. Ni pun beli gak from member office. Dia ni kalau bulan puasa, memang jual lauk-pauk bagai. Kuih pun ada.. Oda saja...

Ni popia basah I beli from Pasar Ramadhan kat rumah. Nasib baik sedap tapi hergenya.. kus semangat, 80 sen tu sebiji! Kok arwah nenek gue tau, memang buntang biji mata dengar harga kuih cenggini!

Ni tepung gomak. Dalam cerita P. Ramlee (Seniman Bujang Lapok) pun ada mentioned pasl kuih ni. time Ramlee tanya Ajis,"Hai, apasal muka kau putih macam terpuk gomak?" he.he.. I like it! First time rasa, sedap! I beli 2 je, just nak rasa.. Kang beli bebanyak kang, tak habis.

Semua gambar ni, I ambik lepas buka puasa ye. Nanti korang ingat aku ni berdikit tul orangnya samapi sikit na lauk eh!


Perbuatan HARAM Ketika Bersolat Tarawih

Tuesday, July 24, 2012

My Old Handphone


I'm not a gadget person. Like others who follow the nowadays trend, aku masih setia dengan handphone lama. Asal boleh ambik gambar, make call and SMS, it's enough for me. And this handphone has been serving me for nearly 7 years and still setia bersamaku! Tak mahai pong time beli dulu.. RM 500 je. Tu pun time beli dulu dok berkira-kira... Al-maklumlah gaji kecik time tu...

So comel, sebesar setengah tapak tangan je. Ada orang ingat lighter..
** Itu gambar my gegirl time baru lahir. I put as screen saver

Jenama Samsung. I pernah ada Nokia, zaman dulu-dulu lah. Yelah, time brand tu masih famous di pasaran. Tak ada jenama boleh beat. Time tu sapa pakai Nokia, wuuuiiiii.. gempak tu. Mula-mula keluar handphone kat pasaran ni, akulah antara orang pertama yg membeli. Duit scholar I belasah tu! Line Maxis, memang gempak kan? Student dah leh pakai handphone.

Tapi handphone tu besar lah. Kalau baling anjing, mesti meraung. Remember those days handphone yg ada antena tu or seangkatan dengannya, handphone kereta kebal jenis Motorola...he...he.. Time tu ada byk service provider tapi la ni tinggal 3 je yg famous. Yang lain semua mati (merged with gigantic rivals).

Well tu cerita dolu-dolu. Aku masih tak mampu beli handphone baru. My target, semestinya SAMSUNG Galaxy 3 (wuuuiii.. hajat besar tu!) Yang, boleh hadiahkan I?


Monday, July 23, 2012

Putera & Puteri Beradu...


Aliaa tidur dengan Maman.. Sungguh lena, tak sedar Mama ambik gambar. Tapi ni belum adegan hempap-menghempap, tolak-menolak and pusing 360 degree ni. Depa 2 orang ni memang suka masuk territory orang...

Iron Man Playing Guitar?


Tu dia haih! Iron Man sudah jamming. Nama pun dah Norman kan? So padanlah dengan Iron Man tu.. Ada bunyi "Man, Man"

Actually Dik Man mintak satu suit Iron Man tapi mana nak cari nak ooiii.. Yang I dapek boli, the mask (topeng) ni ha dengan yang pakai kat tangan tu.

Norman's Sports Day


VENUE: MINI STADIUM UNITEN, BANGI
DATE: 7 JULY 2012
KINDY: TADIKA NUR KHALIFAH


Rumah Hijau

 Why so kurus Dik Man?

 Having a chat with his friend before the event begins

 Always posed like a model. See his hand? Gosh!

 The topi is so nice lah! Teacher buat ke?

 But.. it's big for my head la.. Nampak mata je..

 Marching into the stadium..

 Doa recitation

 Senamrobik sikit. Ini kira lagu Rumah Hijau la.. Setiap rumah ada lagu memasing.. Tu tangan Dik Man dah macam penyu plak I tengok. Ghasak kau lah!

Gelek dik gelek, pusing kanan kiri.. hulalalala..

 Yah! Debaran terasa.. menunggu giliran untuk memecut...

 GO Dik Man GO, GO, GO!

 Lari laju-laju lagi..

 So careful..

 Make a turn...

 Here goes the 2nd place...

Posing with Abang dengan his silver medal. Actually semua budak dapat hadiah. Rumah Hijau jatuh no 2 untuk rumah keseluruhan. But Dik Man (in his event) pun dapat tempat kedua so ok lah tu! We had a great fun there, temankan Dik Man. Aliaa tak ikut, tinggal dengan bibik kat rumah.


Thursday, July 19, 2012

Abang with a Pink Teddy


I found these photos of Abang holding a big pink teddy. This teddy actually belongs to his Acu, my younger sister. Can't remember when these photos were taken. Maybe time ni Abang aged 4?

So cute... Muka pun bam-bam!

The pink teddy pun dah nak sama besar dgn Abang

Ni tak tau tengok apa...

With his lovely smile..

 
 
Blogger Templates