Social Icons

Pages

Monday, March 24, 2014

Boling Salam Ukhwah


Ni nak sambung pasal boling yang akak menang 2 hampers tu la.. Memang sius (serious) I malas nak menaip sekarang ni. Ada big thing happened to me and I rasa memang down gila-gila. Sekarang dah a bit ok tapi still mandom lagi. Nanti lah cerita.. not now.. or maybe not.. biarlah rahsia.. bak lagu Tok Ti..

ok, ok, back to cerita boling ni, I letak je lah gegambau ni kat sini yek..

 Those orang kuat taman... kebayakannya memang full time housewife.. best gila kan? I wish I could join the club.. hai.. bilalah tu..?

Susus Bang, make sure jangan jatuh plak!

 Siapakah? Siapakah? Siapakah tuanmu nanti ye?

Tu dia mak aih! Berkampung kau kat sini.. bawak anak segala.. punya banyak batalion askar da.. tu yang diri tetengah dunia tu, laki ku la tu! Tengah scan bebudak ni, tah mana perginya tah! My hubby tak main tapi last minute, tah camana ada 2 orang tak datang, kena lah replace.. emm.. sapa yang dah register awal-awal dapat baju!! Hijau lagi tu!

Ni memang orang kuat taman betul! Sorang cikgu, sorang housewife.. ops! Yang sorang lagi tu nebeng je..

 Jumpa member-member setelah berbulan tak jumpa.. we all memang rapat so happy jumpa!!!

The guys..

The heroins!!!

Tuesday, March 18, 2014

Woot! Woot! Rumahku Untuk Disewa..


Ni ada announcement from me ya.. ada sapa-sapa nak menyewa rumah, area Cheras, sila drop me an e-mail ya.. kalau nak tau lanjut pasai rumah I, I dah pernah cerita satu ketika dulu di blog:-


Tapi rumah ku ini hanya available JUNE nanti ya sebab orang yang menyewa tu nak keluar bulan May nanti. Tapi I guarantee you all, my house condition memang still tip top. Dia memang maintain our house. In fact, dia siap tukar cat and rearrange the furniture sekali.. 

So, sesapa nak suasana cosy, my apartement ni memang sesuailah. Tak banyak units kat sini and orang yang tinggal pun kebanyakannya orang berkeluarga, so memang kebersihan tip top. The management pun ok, the location memang dekat dengan KL. To be specific, berdekatan dgn Tasik Permaisuri & HUKM Cheras. Oh no, no, no.. bukan Bandar Tasik Permaisuri ya. Tempat tu dah congested kau! Tak bernafas akak.. My apartment is in Bandar Tun Razak, berdepan dengan masjid.. 

 Photo taken from iProperty.com

2 Big Hampers for Boling Berpasukan!


Ni cerita 3 minggu lepas, kalau tak silap akak la kan, 2 March 2014 (malas nak nengok calendar), surau taman I ada anjurkan pertandingan boling. Ni acara berpasukan so nak kata I ni terrer sangat (ehem,ehem) tak adalah kot.. dah lama tak main pong! Rasanya last sekali main belas tahun dah! Tapi, tu lah kan.. dah rezeki.. despite main yang kadang-kadang bola sasau masuk longkang, tapi dapat gak kau 2nd place from bebanyak women teams yang ada kat situ..

The 4 of us.. si Abang tak mana tah! Biasalah bila dah dapat kawan kan? Ya Allah! Tengok anak dara rambut ngerbang! Masya Allah! Rimas tul aku nengok.. nak gunting, tak bagi!

Norman ni, tak habis, habis tanya, "Ma, dapat hadiah tak, Ma dapat dapat hadiah tak?"
Aku pun dah rimas dah.. tak tau lagi dapat ke tak? Aku tak lah mengharap pun..
 
Surprisingly! Cabutan bertuah I dapat, boling pun I dapat hampers besar ni.. Syukur, Alhamdulillah.. Lakiku jeling jer lah.. Ngeh, ngeh, ngeh.. boling dapat 2nd place, cabutan bertuah antara top receiver.. dengan hati munge, munge (bunga, bunga), sonyum yo manjang.. 

Tapi the main purpose or organizing this event is to rapatkan ukhwah antara penduduk taman we all. Taman we all ni ada 6 seksyen so boleh lah kenal-kenal sesama insan...

Monday, March 17, 2014

I Need A Break!


Memang akak kepenatan ya amat.. Biasalah.. weekend dengan segala macam hal, activities, mana nak tengok buku-buku anak lagi. TV memang jauh sekali nak tengok. Tak ada masa nya. Last weekend ada meeting PIBG yang merapu meraban (buat penat attend jer).. Then rasa macam dah bosan dengan template lama so tukar la pulak.. then organize the layout segala.. Wuih! Tidur pun lambat kau! Si kecik pulak meragam malam tadi sebab sakit perut. Kul 3 baru akak tidur Yang.. 

Inilah pengorban seorang ibu kan? Padankah Rasulullah ulang perkataan "ibu" tu sampai 3 kali untuk kita taati.. Then baru bapa.. Hah! Nampak itu? So, mata I dah lentok, I tak leh fikir waras sangat sekarang ni except zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Friday, March 14, 2014

Kehilangan MH370 - Ni Akak Nak Ngomen Sikit!


Hari ni, 14 March genap 7 hari kehilangan misteri flight MH370. Tak yah la aku nak explain panjang-panjang sebabnya mesti satu Malaysia dah tau apa cerita.. Rata-rata, semua orang lah bercerita pasal ni.. tak kiralah kat kampung-kampung, kedai kopi, kedai mamak, kat rumah, tu belum lagi dalam web.. Wuih.. boleh katakan semua lah pasai ni.. Actually I tulis ni, tak ada lah nak bercerita pasal teori sebagai tapi apa yang aku boleh rumuskan..
  1. According to Captain Norudin (kalau korang tak tau, nasiblah kan tapi ramai yang dah link sana sini dah..), kita perlu percaya, "Ini ketentuan Allah.. kita kena percaya..".. bagi I, kita perlu berbalik kepada Rukun Iman, Percaya kepada Qada' & Qadar. Kalau tak, tidak  berimanlah kita.. 
  2. Media social banyak cerita, update benda yang bukan-bukan! Making jokes, comments and in fact published something yang belum dipastikan kesahihannya... Hello!!! There are people out there yang kehilangan.. korang tak pernah rasa satu kehilangan!!! Betapa perit dan sakitnya, Allah saja yang tau so please stop posting all these!!!
  3. Aku tak salahkan those Chinese families, basically from China sebab dah depa pun tak ada istilah "percaya kepada takdir" kan? Then they want proof of fact. Itu betul! Tapi korang pun tak payahlah joint venture gak cari teori sendiri, salah kan gomen tak bagi the real picture, condemn depa very secretive la, tak reveal the true story la.. Come la guys.. please grow up ok. We can't simply say someting that we aren't sure until we had a genuine result or confirmation. Korang ingat senang ke depa nak handle? Duit for search & rescue, keringat nak mencari, pecah otak nak fikir, nak collaborate dengan pihak lain yang nak bekerjasama, etc, etc.. Yang korang ni sedap mulut jer condemn. Apa yang korang buat? Dok berbuih mulut menceceh, dok lekat bontot kat kerusi nengok tv. Kalau sesama turun padang sertai misi mencari dan menyelamat ataupun buat sembahyang hajat, then ok lah. Tapi kalau tau ngomen jer, tak da guna lah beb!
  4. Ni pasal tok moh pun dah jadi issue.. entah lah tapi kata negara Islam but still there are people out there yang buat perkara-perkara pelik ni. I tak de lah nak sokong sesapa tapi Tok Moh tu tak minta pun balasan. Sesen pun dia tak mintak! Biarlah dia buat kerja dia tu.. toksah nak hingak sangat haih!
By the way, semua orang ada teori and pendapat memasing. Adik lelaki I yang dah lama dok pelantar minyak ni, gi serata pelusuk, Vietnam, Russia, Australia, Indonesia, Malaysia, you name it. Simple jer dia kata, "The plane has safely landed in Russia.." Of course dia ada based when he mentioned this but according to him, you never believe the kecanggihan Russia to shut down all radars and satellite communications. Well, I dunno. Maybe he is right, maybe not.
 
Apa yang penting, kita sentiasa berdoa agar diberikan petunjuk dan dipermudahkan segala kerja. Wallahu'alam..
     

Thursday, March 13, 2014

Princess Stories.. for Aliaa..


Jalan-jalan kat IKEA, dah la pergi hari Jumaat.. la.. silap hari la pulak.. lakiku kena gi sembahyang Jumaat dulu, then baru dia joined we all. The boys memang dah skul, so 2 beranak, I dengan anak dara pun pusing-pusing satu IKEA tu.. Dari tingkat atas ke bawah, habis explore. layan je la si kecik tu.. macam-macam perangai!

Kebetulan plak kat situ ada Popular ada buat sale, pe lagi.. I pun gi ler.. cari apa yang patut.. tapi from what I observed la kan, depa ni kalau buat sale, mesti keluar buku-buku yang memang tak laku.. nak get ride kot.. tak nak menyemak rak depa kot. Pape jer lah.. nan ado.. hiks!

Jumpa these book, apa lagi! Rembat you! Murah je.. for anak dara I..

I love these stories.. my anak dara memang suka.. hari-hari baca.. kita lah jadi panglipurlara nya.. One thing, pasai buku ni lah Yaya nak potong rambut.. dah lama I rimas dengan rambut gerbang dia! Abang Man dia siap ada lagu untuk adiknya..

"Rambut mee keriting, rambut mee Maggi.."

Memang kena hambar lah si Norman. Aliaa ni boleh tahan garangnya!
 
Buku ni pun best.. mamanya pun suka.. tapi I nak nasihatlah kan, beli lah buku-buku untuk anak-anak mu.. tak payah lah di sogok dengan segala macam gadgets ni.. rosak mata, sakit kepala, buang duit! And income tax pun tak dapat nak claim! hahahaha... kalau beli buku, boleh gak reimburse..

Wednesday, March 12, 2014

Tips Tp Decorate Your Living Room - Part 2


Hah! Kita sambung cerita cemana nak ceriakan our living room kay?

6. Arrange Furniture for Conversation

Living rooms are gathering spaces, so use furniture arrangement to promote conversation and interaction. Pull seating pieces away from the walls and arrange them to face each other. If you have a large living room, break it into two conversational groups for a more comfortable, intimate feeling.

7. Plan for Inviting Lighting

Lighting in the living room should be geared toward creating a relaxed, comfortable mood. Aim for layers of light, and position light sources so they form roughly a triangle to ensure good distribution of illumination.

8. Dress Your Windows

Although heavy window treatments are mostly a thing of the past, living room is the place for elaboration and luxury if you're so inclined. The combination of relaxed shades and floor-to-ceiling draperies can be understated yet elegant.

9. Design Your Media

If your living room is also your family room, watching TV may be the main use of the room. Whether you have the newest model or an older one, incorporate it into the room's design so that it's a feature but not dominant.

10. Accessorize With Art and Decorations

Living room walls come alive when you use them to display art or collections that you love. Group items for impact, and hang them low enough to relate to nearby furnishings or architecture. The most common mistake in hanging pictures is putting them too high so please avoid the mistake!

 
 
Blogger Templates