Social Icons

Pages

Saturday, October 5, 2013

Journey to Langkawi (Day 1)


Ni cerita dah lama.. back in 2010.. this is the place where we celebrated our 7th Anniversary kat Langkawi.. Only the 2 of them. Aliaa belum lahir lagi.. But, but, but... ada cerita disebalik kisah ini..

Airasia... the choice of flight.. nak naik Malaysia Airlines, mahal! Tapi idak juga.. Tahun 2004, I ke Langkawi, pergi balik naik MAS for the 2 of us just 400 lebih jer.. Baru-baru ni, time MATTA, i try book ke sini, tak mahal pun! Tapi tak jadi book pun sebab dah change destination.. Ke mana? Tunggu...

Btw, tak payah korang nak cari contact sewa kereta.. kat airport tu, bersepah counters sewa kenderaan ni. Harga semua sama je cuma rezeki their SA kena ramah mulut la.. Korang nak sewa basikal, motor, kereta biasa, murah, besar, kecik, mewah.. semua ada.. we all sewa kereta VIOS baru.. pakai keta kecik sudah la.. buat apa bazir duit kan? Kira my hubby nak test drive jer.. tapi dia still dok suka.. almaklumlah dah biasa pakai kereta lain.. hehehehe..
Macam-macam gaya dua orang ni.. Cecomel belaka.. cute sokmo.. yelah.. dah berdua jer.. beza umur pun setahun, so memang rapat macam belangkas la.. tu teman baik, tu lah teman gaduh...

So, dah sampai awal pagi, kita ke cable car Gunung Macinchang dulu.. Mak oih! Punya lah ramai orang.. beratur nak beli tiket pun dah macam ular melingkar.. tak pe lah.. Just show your IC then can get discount. Tak ada lah mahal. Kalau tak silap I, orang dewasa RM 10 jer kot.. kat sign board situ, memang harganya mahal.. that price is for foreigners..

Dik Man yang cuak semancam. Memang dia takut betul naik cable car ni.. Mungkin tinggi kot sebab tu dia macam gayat sikit.. Si Abang plak dok mengusik je dari tadi, so tambah garamlah kat dalam ketakutan dia tu.. I posing tak hingat.. Eh! Pasal lah muka I tembam semacam jer time ni hah?

Another caption.. Lek la Man.. tak de pape la..

Dik Man and Mama. Btw, time naik ni, you can see Telaga Tujuh. I tak pernah sampai lagi tapi ramai gak orang pergi mandi-manda..

Peace yo!

Still ada muka takut..

At last, sampai juga ke puncak.. Sejurnya.. burrr.. sampai ke tulang.. dah lah rebas (hujan renyai-renyai).. kabus, boleh tahan.. from here, you can see the beautiful scenary of Langkawi.. Dari kejauhan, boleh nampak Pulau Dayang Bunting.. memang nampak macam perempuan bunting berbaring.. Mengikut kepercayaan orang, kalau orang yang belum dapat anak, kalau mandi kat sini, Insya Allah akan bunting.. Itu I tak tahu setakat mana betulnya.. wallahu a'lam.. Kita hanya perlu berusaha, Allah yang menentukan.. kan, kan, kan? Tak leh sangat percaya sebab takut syirik.. tapi kalau betul, itu satu kebetulan..

Tak cross the bridge pun sebab hujan time ni dah kira lebat.. Kang demam anak-anak ku kang, susah pulak omak eh! Ni ada 2 hari lagi kat sini nih!
Papa and Abang..

Dik Man and Papa..

Dah kepenatan.. Time I pergi dulu, the 2nd phase for the station sedang dalam pembinaan so tengok dari kejauhan je lah.. seriau gak I.. sayup jer..

Hujan dah makin reda... makin indah panorama..

Subhanallah.. see those rainbow? Tu hotel apa, wa pucitau! Berjaya kot. For your info, Berjaya Hotel is just next to station nak naik cable car ni.. I pernah stay kat sini in 2004 dulu.. Free jer.. hadiah from my cousin.. time tu tenangkan fikiran after the demise of my late daughter..

Kita makan ice-cream dulu.. Layan jer lah kerenah depa ni.. Share ye.. mahal kau!

No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates