Social Icons

Pages

Wednesday, June 5, 2013

Carpet 3 Juta Benang..


Before korang baca entry ni, jangan berburuk sangka mengata I ni memang suka menunjuk-nunjuk ya. I just nak share dengan korang pasal hal perihal rumah. Bukan rumahtangga ya tapi pasal rumah!!! Ni untuk kebaikan korang gak takut nanti in future, my tips ni berguna jugak kat korang bila sampai waktu nya nanti. Time tu baru lah terkenangkan jasa I ni.. Hah! Time tu gak lah baru nak kata.. "Oooooo.. Mama Aliaa ada mentioned pasal ni..?"

Ni anbal yang terhampar kat main hall rumah I.. Bukaan lebih kurang 14 x 10.. Hai! Macam rumah lah pulak.. Nampak tak ketebalannya? Hah! Hampir setengah ruas jari ni masuk tuh! And korang nampak tak the benang is so rapat. If you want to know, carpet ni ada macam-macam jenis. From serata negara pun ada, macam-macam corak pun ada.. The thread count also counts untuk carpet yang bermutu..

This carpet, my hubby beli tapi tak tau datangnya from where.. I mean,, made from which country tapi tak kisahlah beb, yang penting the benang sampai 3 juta tu, amat rapat sekali.. Carpet camni memang sesuai untuk yang beranak kecik sebab kalau air tumpah, dia tak meresap dalam.. korang boleh lap jer.. kalau air sirap pun, korang boleh cuci tanpa bersusah-payah menyental.. And dek kerana benagnya yang rapat, habuk pun tak mboh masuk dalam.. tak ada ruang you.. so semua kat surface je..

Btw, my hubby beli carpet ni kat Parkson Seremban, nun kat tingkat atas.. Harganya jaaaauuuuuhhhhhh lebih murah from mana-mana kedai.. And, I nak cakap kat you lah kan.. setelah berpengalaman berkali-kali gi Nilai tu, yang kononnya dapat harga murah and kualiti terangkat.. rentikanlah.. Tak payah lah korang berpanas and berpeluh ketiak gi jalan from satu kedai ke satu kedai.. Tokeh nya orang yang sama.. kalau berpuluh kedai carpet kat situ, taukehnya ada 3 orang jer yang own all the kedais.. (apa nyer bahasa dah...).. And the mamat kat sana.. auta pusing punya SA! Tok sah korang percaya.. Try lah test.. Depa pun bukan pandai maths pun! Pilih banyak macam2 with different sized, after the SA quote prices, korang pusing balik, mesti lain dah harga.. hahahahahhah....

No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates