Social Icons

Pages

Showing posts with label House: Installation. Show all posts
Showing posts with label House: Installation. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Akhirnya.. Keluar Gak Kau!

Dah lama dah kat dalam kotak.. tak bukak bukak. Akak yang malas nak bukak, my hubby lak yang bising, sibuk.. yang pemenang nya, ada aku kesah?! hahahaha.. Tetau je la.. orang lelaki ni, kalau benda cenggini, cepat jer nak install.. Hah! Bukak lah Yang.. kasi tengok puas-puas. Tapi kang maid plak yang tengok.. yelah.. dah benda nya kat tingkat bawah, harus lah!

Ni lah dia my TV yang I menang tu.. Oh, ya, ya.. paham... dah banyak kali I ulang cerita ni tapi biasalah kan? I nak men"jobo" or eksyen, tak buleh? wakakakakah! I dah survey harga TV ni.. tapi biarlah rahsia.. korang nak tau, gi kedai, buat market survey.

Si tukang installer.. godek sana-godek sini and akhirnya.. welcome to your new house cik TV...

Wednesday, March 20, 2013

Study Area


Hahahahahaaa jeng, jeng, jeng.. I bet dah lama you all tunggu entry ni kan lepas I beriya-iya cerita my new tv console hari tu. Well, I present.. my study cabinet and table for all..

This is the area yang we all dah memang set dah untuk buat study area.... The combination of white and brown colors, it is just a perfect match to our new tv console... Ops! Kat atas tu, 3G tau! ha.ha..ha..ha.. ni kerja hubby ku yang seboleh-bolehnya nak 3G gak. I rasa tak pernah lagi orang buat tempat study using the 3G door..he.he..he..he...he...

Ni dia tv console yang match the study table... white and brown also..

Ruangan yang kosong ini has been furnished with...

THIS!!!!

Puas hati, puas hati.. tak ada lagi lah buat kerja sekolah atas meja makan or meja IKEA for small kids tu..


Thursday, March 7, 2013

During Installation...


Remember few days ago I ada cerita pasal make-up for our house.. And this is the continuation. weii.. sesabau ler sikit... kasi surprise sikit.. baru best...

Team 1 sudah sampai.. tapi sudah sesat jalan sebelum sampai... tak polah, asal selamat sampai rumah den. Kok tak jumpo kang, parah! Tu the big bosses (referring to the two kay) sudah keluar to inspect things!

Up you go to tingkat atas.. Wa couldn't imagine what will happen to our lantai.. Don't want to imagine also..

Ops!! Bebaik panjat tu, kang kepala kena kipas.. nasib tak on, if not mau putus!

Hah! Tu dia! Tinggi menjulang!

The rest of the teams (Team 2 & 3) came to rescue because it was almost late eve tapi tak settle yet. They had problem to modify things to cater my hubby's requirements actually. I nak cerita kat sini pun macam susah nak explain..

Tu dia ambik kau! Kan akak dah habaq siang-siang tadi.. berterabur sana-sini. Tu belum kira habuk lagi tu.. Then belum termasuk pekerja yang entah berapa orang tu.. But at the end of the day, they managed to settle things and I should give my thumbs up for their job done. Well done actually. And these are the people from  the same company where I did my wardrobe, kitchen (rumah lama, rumah baru), tv cabinets and all.

It's UNITY KITCHEN!!!




Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya Tercapai Hajat for Laminated Flooring!


"Kutunggu dan kutunggu, fikiran ku terganggu. Makan minum pun tak lalu kerana kamu.."

Acheh! Siap nyanyi lagi tu. Dah lama akak ngidam buat laminated floor ni. Memang I tak puas hati dengan flooring tingkat atas rumah I. Ada ka dia kasi jubin yg old pesen (1x1) nya macam zaman dolu-dolu tu. Kalau pakai kat dapur, logiklah sikit tapi ni hah! Kat tingkat atas rumah kau kasi we all (pembeli) ni jubin jenis camni. Kalau mop, pijak balik,  memang sah-sah berbelak. Ada kesan tapak kasi memasing lagi kat situ...
I dah memang sakit mata nengoknya tapi pendamkan aje lah hajat tu. Tunggu budget nan ado and setelah hampir setahun, "Akhirnya, kini pasti, ku merasai..." Nyanyi lagi weih!

These are the papan. So nipis kan? The thickness is 8 mm or senang cerita, tak sampai 1 cm pun. Ni kira standard la ni, and yang paling murah..

Very the professional. Baik boss sampai pekerja. Memang puas hati. Service tip top, workmanship, bagus. All workers are Chinese. Ni bukan we all mintak tapi memang pekerja dia semua orang sebangsa. Tapi memang I pernah mentioned dulu kan, my contractor's workers menang semua Chinese kecuali yang tukang bancuh simen, orang Bangla. Itu pun dah kerja dengan tauke dia for 15 years. Memang kerja puas hati!

Keletang, keletung, depa hacked the skirting. Start pukul 11 pagi, tak sampai satu jam, semua dan tanggal...

Siap kasi sapu lagi kasi kumpul satu tempat... Ye dik oooiii... skirting sedia ada kena lah hacked sbb nak pasang skirting baru from papan.. Kok tak, apo lak ghoman eh. Tak cantik la..

Pas tu they covered all the lantai with plastic. Then covered with foam plak sebelum letak papan..

Tu dia dah bersusun dah tu...

My hubby yang pilih nak campur campur color ni. Tapi the colors, I yang pilih. Ni last minute change ni. Initially, ada ka my hubby pilih color putih as the base and selang-seli dengan warna chocolate. Tapi the boss tu memang bagus giler. Last minute change pun dia layan. Siap willingly to see us somewhere lagi kat KL ni to finalize things. Dia kasi quotation pun on the spot. I cari dia ni dalam internet. Saja survey2 sebab dah 5,6 orang datang, semuanya menyakitkan hati I..

Tengok je lah ye. Nak explain how to fix this, I bukan tau pun. Kalau I tau, baik D.I.Y.!

Hampir siap...

Tada... sudah siap. Pukul 4 sudah kawtim minus their 1 hour lunch break. Ni kat ruang tamu je. Kat dalam bilik I, akak pilih warna gelap gitew tapi with different price.. tapi tak lah mahai sangat.. mahai skit ja from this..he..he..

Blog update: 1 MARCH 2015

Since ramai sangat yang tanya pasal contact no. for this laminated flooring ni, here is the no:

MR TONY: 019-226 9816

He's based in Petaling Jaya, Selangor. So those yang tinggal area Klang Valley ni, bolehlah suruh dia datang rumah untuk ukur and bagi quotatio. Tak ada hal punya.. In fact, I yang duduk kat selatan negeri Selangor ni pun dia sanggup datang. Business ma..

Monday, March 26, 2012

Citer TV Cabinet and Pillars

Wuih! Weekend je akak sibuk sesangat samapai tak sempat nak update blog. Tapi dah lama tak cerrrr pasal rumah kan? Terbarum,, actually tak le baru sgt tapi boleh lah... the installation of our TV cabinet kat ruang sanatai tingakat bawah and pillars for kids' safety.

 Our choice... still the best...

 Sebelum di pasang TV cabinetnya..

 Ukur dulu sebelum pasang..

Tu dia papan for TV cabinetnya.. Dark brown is our choice.. Abg dah gatal-gatal badan dah. Dia ni memnga sensitive kat habuk sikit. Tu pun ada hati nak tgk dekat-dekat...

 Pillars ada 4 kesemuanya...

Ni alat nak pasang the pillars... Maklumlah, bukan senang nak lekatkan the pillars from ceiling to the tembok. Ni pun bebudak ni dok memain kat sini especially my anak dara yang dorang tu. Nampak itu ada roda? Lagi lah depa suka, leh buat jadi macam keta mainan sudahnya. Nasib baik berat, kalau dah, mesti dah pusing rayau satu rumah dah...

Korang nampak tak itu tiang besar?! Sekarang hati wa sudah senang. Bukan tak percaya tapi hanya precaution step. Mana lah tau, kok ada event kat rumah I ni ke, bebudak kecik ni dok main tingkat atas, nak jadi 'Spiderman' plak ke, huuiiiiii. siah palih (ni kata-kata arwah nenek I dulu)...

Friday, February 3, 2012

Shower Screen from RELIANCE

Malas nak cerita panjang but just wanna share our shower screen for toilets bought from Reliance Home. So tak ada lah terpercik2 air mandi kat tandas. Sonang nak maintain tak tak payah sental selalu. Selalu daki-daki and kerak-kerak kat toilet ni sebab air sabun je.. So, less kerja maid aku!


Beli time sale, dapat special offer. Selalu depa buat sale dalam bullan October gitu. Ha, time tu lah nak membeli pung.. Ikut suka you all lah nak ada pintu macam kat hotel ke, sekerat ke, semua mengikut budget and size bilik air

Monday, December 12, 2011

Unifi..yeahoo!

We have terminated the Astro and the Celcom Braodband since pindah rumah. Astro pun tah apa2 cerita tah. My hubby suruh pasang Unifi. I agreed to his suggestion since Unifi ni ada TV plus internet sekali. Memang puas hati sesangat since kelajuan internetnya memang tak terkata and the TV nya siaran memang gambar nya clear. Yelah, Unifi ni cater for HD TV tapi TV I je yg hok jenis lama.

Tapi yg tak puas hatinya, pemasangan Unifi yg memang very the sakit hati and tak pro langsung. I bukan nak complaint pasal bangsa sendiri tapi tu lah.. camna org kita nak trust bangsa sendiri buat kerja? Sblm pasang siap called kita dulu nak kasi priority install kat rumah I sebelum ke rumah bangsa satu lagi. Tapi kalau kerja camni lah kan, baik tak payah call I! Apa I dapat kalau priority to being given to me????!!! Ada difference ke? 

I don't wan't to talk lebih2! Buat sakit hati je. Let the pictures explain to you..


Dinding yg comot bekas grease sana-sini. Wire yg dipaku ikut sedap dia je turun dinding!


Wire brought from tingkat atas! Lalu ikut tepi je. Tak ada lah dia nak hack the wall, buat laluan for the wire.


Ni penyudah the entire wire.. Main gulung2 je kat tepi TV! Sakit tul mata I mandang nya! So dangerous for small kids!


TU beum kira wire yg berselirat kat TV ni! My hubby punyalah sakit hati. We made complaint dah, rasanya dah 2 weeks. Depa promised nak call balik tapi haramnya. sampai la ni tak ada pun org call. Kata they serve customer's right.. Piiiidaaaahhh! podah chit!

Paling sakit hati, depa tarik wire from atas bumbung, tak tutup balik the laluan. Dah satu hal pulak my hubby kena panjat tutupkan sbb it triggers our alram system. kang tak leh pasang alarm plak kang.. Dgn kesan tapakk tgn nya lagi yg hitam2! Ni la kerja yg tak habis!

Another thing is, byk plak alasan dia ila nak pasang tu.. Kat sini tak boleh lah, kat sini tak dapat signal lah. Last2 we all kena buat cabinet TV kat dining hall sbb dia buat laluan kat situ walhal kita dah buat tpt for TV place kat tingkat atas dah. Buat rosak rumah aku je! Memang tak ada otak punya org! 

So kalau korang nak pasang Unifi tu, gd luck lah ye. Cuma yg best nya kalau surf intgernet or to download anything via computer or iPad, memang laju giler!!! yeahoo!!!!

Saturday, December 10, 2011

Paradox Alarm System

Ni lah alarm system for my house. I tau ramai org pakai ADT tapi we all pakai Paradox. Org yg pasang alarm ni pasang alarm kat office my hubby so my hubby dah trust dia. Dia punya kerja, memang tip top, sgt kemas. This brand kalau you all tgk internet, memang a trusted and famous brand la. Kalau you all nak pasang alaram kat rumah you all, leh la survey this jenama. Price range, depends on your specification. As for our house, our alarm system triggers all doors and windows including grills and it was concealed in the wall.


Ni control kat main hall...


Ni control from the Master bedroom

Blog update: 1 MARCH 2015

Since ramai gak menanyakan contact person for my alarm system, you can contact below the person below ya:

MR CHIN: 019-321 3230

Dia based Kuala Lumpur so sesiapa yang rumah dia area Klang Valley ni, boleh lah dapatkan khidmat Mr Chin ni. Baik orangnya :)


Tuesday, October 18, 2011

Inspection After Renovation

Ni cerita lompat2 nih! This entry dah lama I nak keluarkan tapi terlupa plak..he..he.. Ni condition rumah I after completion of renovation. Time ni belum basuh rumah lagi. Just jenguk2, tgk ada apa2 yg perlu ditambah and kalau ada default


Grill yg dah siap dipasang. Amacam? Cantik tak? Selera memasing lah kan? Cantik on the eyes of the beholder pun cukup ler... Ada byk bunga ros... My hubby kata, kalau ada org tanya, kenapa suka byk ros? Itu menunjukkan rumah I ada anak dara.. ha...ha..


Bilik air pun pakai wrought iron. My hubby nak standardize satu rumah pakai grill same design...


Kitchen cabinet sudah mali tapi hanya rangka.. Pintu and table top belum lagi.. So nampak tojeng sikit.. Memang nampak tak cantik sungguh! Itu dia mandur sudah inspect segala macam bagai..


This is our wet kitchen. Pun belum dipasang doors nya lagi...


Ni my hubby ambik gambar dinding yg ada default. Tah you all leh nampak ke idak tapi this wall ada nampak cat bertompok2 as if ada air meresap dalam itu wall. Dah jadi macam feature wall lah pulak.. Ni ada yg nak submit complaint ni...


Monday, September 19, 2011

Renovation (Part 4)

On the way to our house... so peaceful, so lovely... Wah! Ada burung undan la kat atas tu! Byk lak tu... Ni bukan kat Zoo Negara ye. Ni dah jauh from the zoo...







Sudah sampai depan rumah. Keta tak leh masuk porch sbb sudah ada byk simen and pasir. Rumah sebelah pun dah start renovation tapi I tak ambik that contractor. Tapi kalau u all nak buat reno, leh ambik no tel org tu (kalau nampak la..). Tapi boleh juga ambik contractor I. Very well recommended...


Mak kau! Tu dia bila I masuk... wayar berselirat.. this is at the Living Hall utama...


At dining area. Wire for additional lights and alarm system...


For alarm at Master Bedroom


Alarm also at the "future" build in wardrobe in Master Bedroom


All the alarm wires being brought to ground floor..


Aircond sume tanam dalam so you won't see all the pipes kat luar rmh. Nampak kemas...


Alarm between 2 rooms kat atas...


Ni pekerja2 my contractor. The same pekerja yg buat rmh I kat Cheras. Depa tgh rehat sambil smoking...


My hubby with the "toiko" still in the process of discussion to finalize things...



1 day sudah naik batu and all. So cepat, memang very professional. I like! Tapi kita lak terkejar2 sampai tak leh nak fikir utk change plan (kalau ada last minute changes la..)



Kemas kan? As what I have told u earlier, that's the reason I choose this contractor. Kemas, professional and easy for discussion. And 1 more thg, dia amat menepati masa and waktu. Tak ada pekerja Indon ye, saya ulangi, tak ada pekerja Indon except this one Bangla yang tukang bancuh simen and kerja2 biasa...



If u all perasan la kan, ada tak brg2 bersepah2 kat sana sini? Tak de kan? Ada tak lantai depa tak cover? Tak ada kan? Ada tak sampah sarap merata? Tak ada kan? I tak jump satu batang paku pun diletak merata. In fact, bila ada habuk and sampah, depa akan clear up things before they leave. The batu2 for the dinding yg dah kena hacked pun dah tak nampak dah.. Thumbs up! So kalau datang rmh, memang bersih la. Chewah! Promote, promote. Ha! Ha! Ha!


Dik Man yg sentiasa mengikut ke mana jua kami pergi with no complaint. Ni buat muka plak dah... Papoyo lah.. That tangga behind him dah diganti batu for safety reason...
 
 
Blogger Templates