Social Icons

Pages

Showing posts with label House: Hall. Show all posts
Showing posts with label House: Hall. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Kita Cuci Mata Dulu (Tengok Show House)


Dari dulu, memang we all laki bini suka buat site visit kat show house unit. Bukannya apa.. ambik idea jer cemana nak decorate rumah.. tak yah hire interior design. Ni interior design sdn bhd saja for my house.. ngeh, ngeh, ngeh.. nak jimat belanjo..

Cantiknya.. ada pool lagi kawasan ni.. Sungguh exclusive! I like!
 Ni kalau buat bilik untuk anak dara I pun ok kan? Nampak macam English style sikit tapi exclusive..

OMG! I love this.. Sudut membaca and santai minda.. awesome!
I love the decoration.. Serious.. memang cool.. sejuk mata mandang.. tak semak pun ya.. sesuai to those yang ada anak kecik.. I suka tengok the "mirror, mirror on the wall.." Oh ya.. am going to get those 2 for my house. Kat mana ye nak cari? 

Oh! I have that arm chair.. Macam tetau je I pun suka cenggini..

Simple jer kan? Tak yah serabut mata mandang..

Thursday, June 19, 2014

Paintings from Jogjakarta


At last, setelah bertanya sana-sini, akhirnya ketemu jua.. tak sangka dapat.. Inilah hajat my hubby nak beli kat Jogjakarta.. And setelah diframekan, memang georgeous!


Ini ada unsur-unsur Fengshui sikit.. manalah tau.. ada"ong" kasi mali..ngeee... we put at the main hall...

Wednesday, June 18, 2014

Alas Kusyen Terbang From Jogja


Oh ya..I memang tak membeli kat Jogja and surprisingly, memang I tak keluar satu sen, oh silap.. tak keluar rupiah pun kat sana.. But bila dah ke Jalan Malioboro tu, on the last day, baru terpandang yang ni for my house.. I dengan my hubby memang cenggini lah selalu.. Apa-apa nak beli, mesti fikir to get something for the house..

Alas meja.. We all beli untuk mak pak, adik-beradik sekali as ole-ole from Jogja..

Kiri
Kat kiri kanan hok bantal kecik tu.. Ada 4 actually..

The design that we chose for our house. We all ambik macam-macam designs.. Just to vary the corak..

Thursday, September 26, 2013

Oh My PGA!


Tada.. nak tau apa yang terbaru? Oh! Itu dia! Itu dia! Erm.. barangan antik from China (kot.), recently bought by my hubby untuk our new.. nanti ye.. akak tunjuk kat bawah. He didn't want to reveal the price and it's fine with me.. No harm done pun.. bukan duit akak yang kelaur.. hahahahh!

This vase is safely placed at the second tier of it's place.. emm.. kat sebelah tu ada lah cristal kecik KLCC. I dah lupa kat mana beli or kat mana dapat tapi it's cristal lah! Berat gak..

This is my precious glass chess set which was long redeemed through Bonuslink. Dulu-dulu redemption Bonuslink ni menang best.. Barang-barang dia pun banyak and menarik. Sekarang ni, ya hampun! Dah la need more points padahal boleh beli murah jer. Bersepah kat kedai with cheaper price. I dah tak kuasa nak redeem dah. Yang I redeem pun, kat Shell!!!

This chess set, memang I tak bagi sapa-sapa pun usik and main. Pernah la I main dengan my hubby tapi sebelum ada anak la. Dah ada depa ni.. kus semangat akak nak keluarkan you! Ada yang berderai, nanti air mataku juga yang jatuh berderai so pandang jer lah kan? Sok dah besar leh main dengan Mama..

And this is the Bohemian Cristal, given by my mother in law. Thank you, thank you.. I tak tau harga tapi was bought in Langkawi. Kat sini mahal nak mampos kau! Tak kuasa I nak layan hergenye.. and side by side are the cristal which I bought at Langkawi Cristal, Langkawi 9 years ago. They aren't cheap but I don't regret of buying since memang cantik! Gi lah sana kalau berkesempatan you... I bukan nak promote tapi barangan tempatan memang ada class tersendiri!

And this is the cristal plaque I dapat for the 2nd runner up Pertandingan Ibu Bestari anjuran Karangkraf and ASM Investment. Ni in year 2006, dah lama dah.. Time tu I baru lahirkan Norman.. Tak sangka boleh menang.. Tapi kan, tapi kan, tapi kan, sad to say, this plaque dah pecah sikit kat tepinya. Si anak dara I tu lah! Suka jer mengusik benda sana-sini.. Tak leh letak barang kat open space langsng! Ada jer tangan dia tu menggatal nak capai! Her brothers pun tak pernah nak usik sana-sini. Ha! Tu dia perangai anak dara akak nan sorang tu!

Dah la jatuh kena kai, nasib baik luka sikit tapi meraungla sebab this plaque is so heavy! Kalau jatuh kat kaki I pun, sure sumpah seranah keluar! hehehehe.. I memang hot temper sikit..

Well.. I present to you, my new display cabinet from PGA. Bought last week sebab ada sale. Not sure ada sale ke idak lagi tapi I believe still ongoing. So apa lagi you! Kalau ada yang dapat bonus this month, boleh lah serbu.. Cuci mata pun tak apa kan?


Friday, June 7, 2013


Entry ni, I berkira-kira gak nak post tapi ada lah my friend ni, suruh post ghupa main hall rumah I.. So, atas permintaan, I pun snapped gambar and just post.. Malas nak comment bebanya.. Untuk santapan mata you all... Presenting.. brown in color!







Conclusion yang korang boleh dapat:
  • Sempoi kan? Tak habis furnish lagi.. ada banyak nak kena buat..
  • Naper tak ada bunga? Well, I letak cristall vase and bunga kaca from Little Egypt tapi dah pecah! huhuhu.. Aliaa pergi panjat meja and keletang! Bahaya, bahaya.. Tak leh letak sini..
  • Kat mana dapat all those furniture? PM me..ha.h.a.ha.. macam berniaga lah pulak!

Wednesday, June 5, 2013

Carpet 3 Juta Benang..


Before korang baca entry ni, jangan berburuk sangka mengata I ni memang suka menunjuk-nunjuk ya. I just nak share dengan korang pasal hal perihal rumah. Bukan rumahtangga ya tapi pasal rumah!!! Ni untuk kebaikan korang gak takut nanti in future, my tips ni berguna jugak kat korang bila sampai waktu nya nanti. Time tu baru lah terkenangkan jasa I ni.. Hah! Time tu gak lah baru nak kata.. "Oooooo.. Mama Aliaa ada mentioned pasal ni..?"

Ni anbal yang terhampar kat main hall rumah I.. Bukaan lebih kurang 14 x 10.. Hai! Macam rumah lah pulak.. Nampak tak ketebalannya? Hah! Hampir setengah ruas jari ni masuk tuh! And korang nampak tak the benang is so rapat. If you want to know, carpet ni ada macam-macam jenis. From serata negara pun ada, macam-macam corak pun ada.. The thread count also counts untuk carpet yang bermutu..

This carpet, my hubby beli tapi tak tau datangnya from where.. I mean,, made from which country tapi tak kisahlah beb, yang penting the benang sampai 3 juta tu, amat rapat sekali.. Carpet camni memang sesuai untuk yang beranak kecik sebab kalau air tumpah, dia tak meresap dalam.. korang boleh lap jer.. kalau air sirap pun, korang boleh cuci tanpa bersusah-payah menyental.. And dek kerana benagnya yang rapat, habuk pun tak mboh masuk dalam.. tak ada ruang you.. so semua kat surface je..

Btw, my hubby beli carpet ni kat Parkson Seremban, nun kat tingkat atas.. Harganya jaaaauuuuuhhhhhh lebih murah from mana-mana kedai.. And, I nak cakap kat you lah kan.. setelah berpengalaman berkali-kali gi Nilai tu, yang kononnya dapat harga murah and kualiti terangkat.. rentikanlah.. Tak payah lah korang berpanas and berpeluh ketiak gi jalan from satu kedai ke satu kedai.. Tokeh nya orang yang sama.. kalau berpuluh kedai carpet kat situ, taukehnya ada 3 orang jer yang own all the kedais.. (apa nyer bahasa dah...).. And the mamat kat sana.. auta pusing punya SA! Tok sah korang percaya.. Try lah test.. Depa pun bukan pandai maths pun! Pilih banyak macam2 with different sized, after the SA quote prices, korang pusing balik, mesti lain dah harga.. hahahahahhah....

Tuesday, March 26, 2013

Cerita Pasal Console Table Lagi!


Rasanya last week ke, last 2 weeks ke, I ada cerita pasal console table ni.. I pun tak ingat bila. maklumlah, banyak entries, wa tatak ingat lor... but I still remember to tell more more about the console table kat rumah I lah ni... nak tengok? nak tengok? he.he.he.. excited! Nah ambik! Tengok ler puas-puas and let me tell the story kay?

Ni we all letak kat ruang tamu kedua tingkat atas. Just penyeri ruang yang kosong supaya tak nampak tojeng sangat.. We try to be the minimalist kat ruang sini, kasi lapang supaya those small kids can run, run, run... besok, bila dah bebesau sok, boleh lah tambah sesikit... tak pun bior kan je camni.. senang nak urus..

That table lamp asalnya letak kat tv console tingkat bawah tapi macam tak kena je so since dah beli meja ni, bolehlah letak kat sini.. Tu gambar my hubby dapat tauliah being the Tentera Laut from the late Yang Dipertuan Agong.. The small photo frame is gambar we all potong kek lepas kahwin and the right frame is with our late daughter..

Laa.. si anak dara ni dah blocked view plak.. sibuk jer tapi tak pe lah kan? Asal leh tengok. this is the half moon console table. My hubby beli 2 sekali dengan kat atas, di kedai yang sama.. made from marble... Nak tau cerita camana boleh terjebak beli ni sampai 2 ketui?! Ha.. sebab my in laws nak beli kerusi taman serupa macam we all and to be sent to Seremban. So, since the kedai kata, kalau nak free transport, kena beli barang (termasuk that kerusi laman) mesti sampai RM 1000. So my hubby pun sapu lah 2 console tables ni.. Murah kan? kan? kan? kan? he.he... we all ni suka jalan-jalan compare harga sebab tu tau ceruk mana give better bargain with good quality.. he..he...

Monday, March 11, 2013

Another TV Console...


Lain yang ku suruh, lain plak yang kau buat! hai..hai.. hai.. dah mataku sakit nengok eh! Laki aku lagi bising! Dia tu kan Mr Perfectionist!!! Ni kena buat something nih!

Tengok, tengok.. Korang pun mesti sakit mata bila tengok wires kat bawah tu kan? Ada ka boleh nampak. Supposed the wires should be able to sorok tapi ni idak! Better you do something.. I dah complaint dah ni soh betulkan..

ops! This was not the make over for the above kay.. Ni idea for my TV console kat tingkat atas.. Hajat di hati nak letak wall paper plak lepas ni.. Hai.. duit, duit, di mana kau duit!! Syok je tengok gambar cantik-cantik cenggini kan tapi I tell you... kalau korang perasan, gambar-gambar camni di ambil mesti time lampu on. Pencahayaan memang memainkan peranan yang bagus untuk buat gambar nampak cantik gitew..! Cuba ambik time siang or matahari tengah rembang!! Tak payah pakai flash lagi...Mau nya idok jadi camni.. ha..ha.. photo's trick!


Saturday, March 9, 2013

My New TV Cabinet!


Tadaaaa.. Korang nampak ni, nampak? he.he.. I present to you, my new tv cabinet for family hall tingkat atas.. Letih kan nunggu akak update, apalah nak dibuat kat ruang tamu ni for the entry before this kan? Sabar, sabar dik non... kan I dah kata nak surprise, so surprise la kan?

Putih and chocolate, to match with our new "ehem.." kat ruang sebelah nun...

With back lights...

And our new tv.. new model of SHARP LED 46" with 3D plus 2 specs and blueray dvd player... And my hubby beli 2 more YORK 2HP airconds for ruang atas so dah ada 5 bijik airconds kat rumah akak!

Thursday, March 7, 2013

During Installation...


Remember few days ago I ada cerita pasal make-up for our house.. And this is the continuation. weii.. sesabau ler sikit... kasi surprise sikit.. baru best...

Team 1 sudah sampai.. tapi sudah sesat jalan sebelum sampai... tak polah, asal selamat sampai rumah den. Kok tak jumpo kang, parah! Tu the big bosses (referring to the two kay) sudah keluar to inspect things!

Up you go to tingkat atas.. Wa couldn't imagine what will happen to our lantai.. Don't want to imagine also..

Ops!! Bebaik panjat tu, kang kepala kena kipas.. nasib tak on, if not mau putus!

Hah! Tu dia! Tinggi menjulang!

The rest of the teams (Team 2 & 3) came to rescue because it was almost late eve tapi tak settle yet. They had problem to modify things to cater my hubby's requirements actually. I nak cerita kat sini pun macam susah nak explain..

Tu dia ambik kau! Kan akak dah habaq siang-siang tadi.. berterabur sana-sini. Tu belum kira habuk lagi tu.. Then belum termasuk pekerja yang entah berapa orang tu.. But at the end of the day, they managed to settle things and I should give my thumbs up for their job done. Well done actually. And these are the people from  the same company where I did my wardrobe, kitchen (rumah lama, rumah baru), tv cabinets and all.

It's UNITY KITCHEN!!!




Tuesday, March 5, 2013

House Make up Again..

Mak hai.. dah lama tak update entry.. amat ke"busy"an akak nan ado.. Nak plak dah 2 orang anak bersekolah, bertambah-tambah lah workload akak ni.. tapi nak cerrrr gak pasal rumah.. Bukan I nak riak kay? Kan dah mentioned kat dalam blog akak ni, ramai yg buat reference. So far, ramai dah yang contact akak nak tanya itu ini pasal rumah and I'm willing to help yooouuuu.. tak luak sesen pun..

Mesti korang tertanya-tanya apa nak buat kat sini kan? ha.ha.. tunggu... This area is at the 1st floor, kira ruang tamu kedua for us..

Ni plak ruang just side by side of the ruang tamu kedua... Nak dibuat apa..? Tunggguuuuuuuu....

P/S: Mesti korang curious kan, kenapa we all ni tak buat interior design sekali harung time pindah dulu. Well tuan puan, adik kakak, pakcik makcik, I buat mana yang ada dulu.. Yang ada tu adalah fulusnya.. so, I kena lah fork up saving sana sini. Dah cukup, baru buat.. Yang penting, wa tatak hutang aaa...

Monday, March 26, 2012

Citer TV Cabinet and Pillars

Wuih! Weekend je akak sibuk sesangat samapai tak sempat nak update blog. Tapi dah lama tak cerrrr pasal rumah kan? Terbarum,, actually tak le baru sgt tapi boleh lah... the installation of our TV cabinet kat ruang sanatai tingakat bawah and pillars for kids' safety.

 Our choice... still the best...

 Sebelum di pasang TV cabinetnya..

 Ukur dulu sebelum pasang..

Tu dia papan for TV cabinetnya.. Dark brown is our choice.. Abg dah gatal-gatal badan dah. Dia ni memnga sensitive kat habuk sikit. Tu pun ada hati nak tgk dekat-dekat...

 Pillars ada 4 kesemuanya...

Ni alat nak pasang the pillars... Maklumlah, bukan senang nak lekatkan the pillars from ceiling to the tembok. Ni pun bebudak ni dok memain kat sini especially my anak dara yang dorang tu. Nampak itu ada roda? Lagi lah depa suka, leh buat jadi macam keta mainan sudahnya. Nasib baik berat, kalau dah, mesti dah pusing rayau satu rumah dah...

Korang nampak tak itu tiang besar?! Sekarang hati wa sudah senang. Bukan tak percaya tapi hanya precaution step. Mana lah tau, kok ada event kat rumah I ni ke, bebudak kecik ni dok main tingkat atas, nak jadi 'Spiderman' plak ke, huuiiiiii. siah palih (ni kata-kata arwah nenek I dulu)...
 
 
Blogger Templates