Social Icons

Pages

Tuesday, February 21, 2012

Toys Yang Bersepah!

Ni lah toys depa ni, ada yg murah, ada yg mahal, ada org bagi, ada dibeli sendiri. I mean, mak pak nya lah yg beli. Bebudak ni mana ada duit. Tapi bab nunjuk nak itu ini, memang depa ni handal!

La.. spoon Mama pun ada.. Ni si Aliaa nyer kerja lah ni.. buat sepah! I think I have to buat penapisan for these toys. Those yg dah broken, will definitely throw because takut luka sbb tajam. One thing I dislike buying toys made from China. Memang murah tapi cepat jahanam. Kalau baling atau terjatuh ke, confirm pecah, retak or rosak. Toys nowadays...

Ni Dik Man punya kerja lah ni.. Dia bantai keluarkan hampir semua toys, then dia buat jadi halangan lompatan. Means that, can he jump across the halangan mcm lompat bergalah tu la.. Macam-macam idea lah.. And ada nampak itu yellow plane? Ha, itu kepunyaan baby yg nek Teh depa bela la ni. Dik Man sampai nangis nak ngangkut that toy! Not for Aliaa kay, it was for him. Saja je buat perangai.. Nanti kena return ni..

Brooch Baru, Korea Mali..

Ni menggatal tangan ni nak kuar duit.. Wui.. rambnng mata akak bila tgk brooch yg lawo-lawo ni. Tapi tak kan nak borong semua, ye idak. Kang terbeliak mata cik abg kang nengok bini eh memborong. Tapis punya tapis, ni dia pilihanku.. Dapek duo yo. Ok lah tu since adik I pun nak kahwin kan. So cik kak pun nak gak vogue de vast!



I sukeeee...... as compared to those brooches yg di juai di pasar malam, the Korean brooch ni lebih shining batunya and the pearls are real. Herge, biasa-biasa je ah!

Thursday, February 16, 2012

Pose Of A Supermodel!

Hereby.. I present you Aliaa Maisarah...







Mirror, Mirror on the Wall

We opted for tailor made mirror to be placed in all bathrooms. Kasi ukur and lekat je, macam kat hotel tu! So you can always have a clear picture of your body during gosok gigi, cuci muka and "before and after" shower..


Great idea huh?

Wednesday, February 15, 2012

Selamat Pengantin Baru Bang Win

I call him Bang Win, the cousin of my hubby and also his pengapit during our BIG DAY. Now, his turn has come to become the groom. Congratulations to both of you...



** Note: Photos taken from Aunt Maz facebook. I tak sempat ambil gambar.. Maklumlah kejar anak..

Tuesday, February 14, 2012

Our Kitchen Cabinet in Reno & Decor Magazine

Tada.. this is an international magazine and actually we didn't know about the publishing until being informed by org yg buat kitchen cabinet rumah we all.. Out of 100 photos being submitted to the magazine, the editor chose our kitchen cabinet!


This is the magazine ya..


Kindly note that the price does not include accessories ya. Solely the cabinet. Bab pecah dapur, jubin kitam putih tu, sinki, peti ais, oven, tu tak dikira ya.. This cabinet is for our dry kitchen. For further cerita, boleh gi sini ya..

Bunga Pahar for Acu...

I dgn berbesar hatinya ingin mengumumkan kesanggupan dan kesediaanku membuat bunga phar utk adik bongsuku yg dah nak kahwin dah. Bukan tak ada kat pasaran. If u all pergi kat mana2 kedai jual riben and segala tok nek brg buat hantaran, bersepah. Tu lum kira org buat online and kat Nilai lagi... wui.. rambang mata. Tapi kan, tapi kan, satu pun tak menepati piawaian mata I. Alkisahnya, so I ambik initiative utk buat sendiri.


Tu dia.. riben dah siap gunting.. Green lagi tu.. se"green" the gunting


Semua I beli kat SSF sbb murah. Ha! tulah korang tak tau.. mesti u all ingat kat sana mahal kan? Cuba gi survey sikit and tell me what's the outcome.. From the pistol lilin, the lilin, the wrapper utk balut buluh tu, and so on, cuba you all bandingkan dgn kedai luar. I dah compare rata2 dah.. from Seremban to Kajang up to Jln TAR. I tak mau cakap, u all experienced it by yourself kay?


I buat the kerja2 part time ni after all my kids have gone to sleep. Ada neman sampai tertidur tapi ada gak yg nyibuk sama...


Ni dah siap ikat jadi riben. Puas and lenguh gak lah jari-jemari I ni memintal the dawai.. Love the colors huh?


This is the riben yg I dah siap gunting.. Eh! Why this ribbon I dok asyik tepek kat sini je hah?


This is the dawai halus utk memintal all ribbons to become flowers and all..

** This is only Part I of "The Making of Bunga Pahar.." Part II akan menyusul ye.. Tunggu... he.he..

Thursday, February 9, 2012

Engagement My Cousin

Ni pembuka bicara la ni.. That is my father selaku Abg tua kepada ibu pengantin perempuan. Best gak dgr org tua berbalas pantun ni.. Nak2 pulak org NS lawan org Melaka, memang kenalah tu!


Duduk at the back of my father is his younger brother. Ada rupa tak? He..he..


That 3 cousins sitting in a row, wearing pink Baju Melayu.. So lovely.. (erk? "Lovely") but apa-apa je lah.. Dah tema eh pink, konolah pakai pink nan gitew.. Sitting infront of them is their second cousin..


Tu dia hai hantaran from the bride.. Decoration sendiri buat anak-beranak. I salute you... Ada masa nak ngadap benda alah ni..


Ni balasan.. eh! Salah, salah.. hantaran balas from the groom. Serba hijau you.. and depa datang dgn ada raga Nyonya lagi tu.. Al-maklumlah.. org Melaka.. Ada nampak tak itu raga? Ha.. ni kasi cari brg tersembunyi sikit nih!


Dik Man and his cousin. Yg dukung baby tu is my sister with her baby..


Gelagat memasing yg dah penat.. That is my brother with his only kid. Yup! All boys in my family.. Cuma Aliaa sorang je gegirl.. Hebat kan? Dia pun dah mcm boy gak lakunya..


Ni saja bergambau naik pelamin buat kenangan.. Kenangan akak naik pelamin dah lama berlalu.. La ni nunggu turn anak-anak lah pulak nanti...

Friday, February 3, 2012

Shower Screen from RELIANCE

Malas nak cerita panjang but just wanna share our shower screen for toilets bought from Reliance Home. So tak ada lah terpercik2 air mandi kat tandas. Sonang nak maintain tak tak payah sental selalu. Selalu daki-daki and kerak-kerak kat toilet ni sebab air sabun je.. So, less kerja maid aku!


Beli time sale, dapat special offer. Selalu depa buat sale dalam bullan October gitu. Ha, time tu lah nak membeli pung.. Ikut suka you all lah nak ada pintu macam kat hotel ke, sekerat ke, semua mengikut budget and size bilik air

Sistem Persekolahan Sekarang

It has been long, long time ago since I left the primary school. Almost 30 years you.. So, I dah tua but the memories (pahit and manis) alam persekolahan masih terpahat di ingatan..

Abang is in Year 1 this year and during the registration day, parents dapatlah pamplet ni as rujukan. Wah! So macam-macam implementation by our Ministry of Education and so many new terms for our guidance and reference.

I paste kat sini as your rujukan. Manalah tau.. next year ada anak yg masuk sekolah especially to those parents yg menghantau anak pertama. This is for my reference too since next year, Dik Man plak masuk Year 1. Dah tontulah akak ni lupo. Eh! Dedulukan, kita panggil Darjah 1 kan? He..he..


KSSR
* Berasaskan 6 Tunjang
   1) Komunikasi
   2) Kerohanian, sikap & nilai
   3) Kemanusiaan
   4) Keterampilan diri
   5) Perkembangan fizikal dan estetika
   6) Sains dan teknologi

* Penilaian
   1) Formatif dan berterusan
   2) Pengukuhan, pemulihan

* Elemen penting
   1) Kreativiti dan inovasi
   2) Keusahawanan

PBS
* Komponen PBS
   1) Pentaksiran pusat
   2) Pentaksiran sekolah
   3) Pentaksiran psilometrik
   4) Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum

* Pelaporan
   1) Formatif - apabila diperlukan
   2) Sumatif - disediakan 2 kali setahun
   3) Dinilai menggunkan Band (1 - 6)
   4) Dinilai sepanjang tahun oleh guru matapelajaran

LINUS
* Akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi
* Program pemulihan yang direka benuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (BM) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah
* Disasarkan kepada murid yg mempunyai masalah 3M (membaca, mengira, menulis)
* Berfokus kepada intervensi awal (Tahun 1 - 3) bagi kemahiran literasi dan numerasi

Perlaksanaan LINUS di sekolah:
1) Saringan (Tahun 1) - 3 peringkat (MAC, JUN, SEP)
2) Saringan (Tahun 2)
3) Saringan (Tahun 3)

* Murid yg gagal pada Saringan 1 akan ditempatkan dikelas LINUS. Murid yang lulus Saringan 1 akan ditempatkan di kelas perdana.
Tu je lah yg I nak cerita. Macam-macam kan dengan istilah yg I sendiri pun tak faham. I notice byk gak tranlation from Bi to BM kan? Pape jelah...


Ni muka Abg on the 2nd day of school..


 
 
Blogger Templates