Social Icons

Pages

Showing posts with label 2013: Indonesia - Jogjakarta. Show all posts
Showing posts with label 2013: Indonesia - Jogjakarta. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Alas Kusyen Terbang From Jogja


Oh ya..I memang tak membeli kat Jogja and surprisingly, memang I tak keluar satu sen, oh silap.. tak keluar rupiah pun kat sana.. But bila dah ke Jalan Malioboro tu, on the last day, baru terpandang yang ni for my house.. I dengan my hubby memang cenggini lah selalu.. Apa-apa nak beli, mesti fikir to get something for the house..

Alas meja.. We all beli untuk mak pak, adik-beradik sekali as ole-ole from Jogja..

Kiri
Kat kiri kanan hok bantal kecik tu.. Ada 4 actually..

The design that we chose for our house. We all ambik macam-macam designs.. Just to vary the corak..

Tuesday, June 17, 2014

Day 4 - Jom Kita Pulang KL Yuk!


Our flight ke KL pukul 3 petang so ada chance la nak buat last minute shopping. My hubby and I ke mana lagi kalau tak Malioboro. The rest just lepak kat hotel.. then packing balik. Nanti I tunjuk barang-barang yang I beli kat sana ya. Basically tak banyak pun.. Jogjakarta bukan tempatnya nak bershopping mopping sakan.. kalau yang tu, ke Bandung la..

Tu dia, sementara nak nunggu teksi hantar airport. We all ambik Innova. Ni santai kat lobby hotel. Memang cool lah tempat ni..
 Abang dah keletihan dan mengantuk.. kat sini pun jadi lenanya...

Ambik gambar kenangan kat garden sebelah swimming pool. Kat belakang tu ada kolam penuh ikan koi and ikan merah.. Yang anak-anakku kerjanya apa? Time breakfast, gi ambik roti banyak-banyak and kasi ikan-ikan tu makan. Sampai konyang lah ikan-ikan tu I tengok! Oh! Ni lah dia baju yang my hubby beli kat Kotagede.. ok tak?

Gambar 3 beradik..
 Tengok muka pun memang muka letih..

 Pa join sekaki..

 Harus diambil gambar bersama orang ini.buat kenangan.. Ni macam pakaian panglima jer.. Bo ajelah...

 Ada macam show kat lobby tu tapi apa dia nyanyikan, wallahualam.. aku sendiri pun ngak ngerti.. bahasa depa kot ni. ke bahasa Sanskrit.. wa tatak tau..

 My hubby sibuk tanya kat mana nak dapat the wall decoration ni. Kata orang-orang ni kat Jepara. Hok aloh hai dik.. nak ke Jepara lah pulak.. akak bukan meniaga dik.. semata nak ke sana.. emmm..

Sungguh halus buatannya tapi yang I tak goma ni ado gambar patung-patung ni plak..

To end our Jogjakarta story:-
  • Our flight was delayed for almost 5 hours. Stranded kat airport until 8 p.m. lebih kurang. Nasib baik Airasia sponsored Dunkin Donut and air.. kalau tak.. mau kelaparan..
  • I met my lecturer time study dulu.. and his team also.. ada seminar katanya kat Universiti Gadjahmada. Still the same handsome guy cuma nampak dah beruban sikit..
  • Sampai rumah dekat pukul 2 pagi. Kelaparan dan keletihan so cepat-cepat makan and terus zzzz...

Saturday, June 14, 2014

Day 3 (Petang): Melia Purosani Hotel (Kita Mandi di Pool!)


Petangnya, kita santai-santai santai je kat hotel ye. Malam nya,we all sekali lagi ke Malioboro street tapi tak bawak camera so tak do lah gambar... Oh cerita pasal hotel ni, memang best gila! And the pool pun the best evah!!! 

Tu dia Abang. Tak kisah sangat sebab dia memang tau swimming.. So, he is on his own..

Si anak dara yang memang tak takut air.. The best part is that this hotel provides segala peralatan swimming like floating board..

 
Biasalah kan.. kat sini memang banyak patung-patung cam kat belakang tu.. nampak tak ada tangga kat belakang tu? Tu nak naik gelongsor tu..

And I like most about this hotel is that they do have guard untuk pantau kanak-kanak yang mandi kat sini. Kalau bebudak ni nak naik gelongsor ke, depa dah ready dah nak pegang.. Kat Malaysia hado?

That's the gelongsor yang I mentioned before. Ada nampak itu Abang? Tengah sonok sliding.. Yeahoo! Yandre, yibba, yibba!
 Tu kau! Kepala naga tu! Ada 2 lagi.. Tu belum patung duyung yang mana ku sangkakan orang Arab mana pakai jubah tengah malam kat pool ni bila aku jengok from tingkat bilik the day we arrived.. 

 Posing sat.. Walaupun ada guards, the trusted guard must be there always..

 I tak lah terjun sama.. malezzz

 Time ni bukan cuti sekolah di Indonesia so tak crowded.. So we conquered the pool!!!

 Patung lagi.. sana-sini kau.. emm.. dah culture depa kan? And this is the view from the pool..
And bawah ni, korang layan lah gambar-gambar depa ni bergumbira bermandi-manda..
Splash, splash!




Memang best giler pool kat sini. If I were a kid, then I should join them in the pool. I dulu tak pernah merasa.. Mandi pun kat Podeksen (POrt Dickson) yo.. tu yolah yang parents I mampu (ketika itu...)..

Day 3 (Petang): Parangtritis Beach, Jogjakarta


Banyak..memang banyak cerita akak tentang Jogja ni dik.. biar puas buat tatapan korang.. ok, after we all finished with the Keraton, then we head to Parangtritis Beach to see the sunset. The sunset kat sini is said to be the best tengok kat sini..

But before that, kita soru dulu kat sini.. Solat juga di sini.. Makanan, eemmm ala-ala saja.. tapi banyak lalat la.. Ops! Bukan akak nak membongkak dik, tapi takut sakit perut.. Akak tak kisah kalau kita orang-orang tua ni sakit perut tapi kalau dah anak kecik.. alahai.. kan susah. Ada la kan, orang komen I ni eksyen nya bila tengok tempat tu banyak lalat or ke hapa. But I have my own reason kay? Ikut suka korang lah nak kata apa kan..?

Yehooo! Dah sampai at the famous beach, Parangtritis. Unfortunately, we all sampai agak awal, dalam kul 3 gitu so lambat lagi sunset. So kita naik kereta kuda je lah ya.. jalan-jalan pantai..
Time I pergi ni, the currency exchange was RM 320 = IDR 1 juta. Sekarang just RM 280!!!

Bebudak ni really enjoy the ride. Siap mengajuk camana oemandu tu arahkan kudanya..
I naik dengan abang, the rest naik kereta kuda lain..

Ok, turun,turun! Leh ambik gambar kat sini... tengok tu batu yang terbentuk dek air laut..
 Sefamily plak..

 Tengok itu batu besar!

Kalau korang nak tau, pantai Parangtritis ni ombak dia bergulung-gulung tinggi kau! Kus semangat I tengok! Memang tak ada orang mandi dik non oooiiii.. Kapal pun tak ada! Yelek! Mana berani kapal lalu. Ni lah laut lepas yang mengadap Australia di bawah. Ni lah juga laut yang dikatakan menjadi destinasi terakhir MH370..

Menyeringai kepanasan.. tapi Abang tetap macho!
 Ya dengan gaya manja..

 Norman just cool...
 Ado yo gaya rap nya.. peace yo, yo, yo!

Tengok tu.. just main kat tepi-tepi je la.. tu pun we all melompat-lompat bila ombak datang.. tinggi kau! Walaupun dah sampai tepi pantai..

Syok betul naik kereta kuda ni.. Oh by the way, ada lagenda tentang Ratu Laut Selatan ni. Dan cerita ni memang famous bagi masyarakat Kepulauan Jawa. Korang google lah ye cerita nya.. 

Day 3 (Tengahari): Cerita Keraton Lagi


Aduh! Letih I nak cerita pasal Keraton ni tapi ada banyak gambar I kat sini. Laki I rajin la plak snap banyak gambar kat sini..

Ya muka dah boring.. tapi dah dia ni nak mengekor je kan? 

Naga kat belangkang tu kan berlengkok-lengkok kan? Korang nak tau ada cerita pasal lekuk ni tau. I dah lupa apa ceritanya. I ni memang mudah lupa la ni. Dah tua kot..

Ni tempat pameran barang-barang raja. Sultan dulu, belajar kat Holland and jadi menteri juga sebab tu ada banyak cenderahati and macam-macam lagi lah!

Muka bosan lagi...

Ni lampu chandelier and kat belakang tu tah macam surat gitu, not sure..

Ni adalah meja perbincangan ada one event yang amat bersejarah. All are mentioned kat tepi tu.. sapa-sapa minat sejarah, hangpa leh datang sini and buat kajian sejarah ya..

Ada banyak tempat tak leh ambik gambar.. Cuma apa yang dapat I explain, ada dipamerkan pakaian Sultan ketika kahwin, khatan, and macam-macam lagilah. Bukan pakaian jer, ada macam-macam lagi like gambar, jam etc..

Jom Ya, kita bergambar kat sini..

Ni patung buat kain batik. Yang menariknya, pembuatan kain batik ni hanya menggunakan earth color yang diperbuat daripada rempah ratus like kayu manis kau! Tak de lah pulak bau rempah nya ya? hebat, hebat!

Yo lah! Ma tau kau dah boring. Ok jomlah. Lepas ni kita ke Parangtritis plak kay? Tapi apa yang I nak kata kat sini, pekerja-pekerja lelaki kat sini semuanya tua-tua belaka and ada satu pejabat tu, depa ni bekerja. Yang menariknya, tiada satu pun peralatan moden digunakan. No internet, no computer, and not even a typewrite!!! Semua ditulis menggunakan tangan kau! Oh my goodness!!!
 
 
Blogger Templates