Social Icons

Pages

Showing posts with label Dik Man. Show all posts
Showing posts with label Dik Man. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Hiak! Hiak! Hish! Fuh! Fuh!


Ni gelagat anak dara aku yang memang macam boy.. Sungguh macam boy kao! Tak caya, korang tengok lah gelagat Yaya ni.. tak padan dengan kudrat, nak gak join sekaki..

Apa ker nama barangnya ni.. tengok the video clip, memang teruja gak nak beli satu tapi nanti dulu lah yek.. I memang dalam process nak menurunkan berat badan ni.. Oooiii Ya.. terdaya ke tarik tu naaaakkkk?

Tengok muka geramnya tu.. seboleh-bolehnya nak tarik sampai habis!

Kalau sekali pandang, memang cam amoi.. Ye lah.. ikut muka Pa nya.. cuma kulit tatak putih cam Bang Mannya yang memang putih melepak!

Tu dia.. ada jer nak enterprem.. Teman gaduh, teman sepermainan.. ni lah dia..

Tuesday, June 24, 2014

Captain America: Winter Soldier (Edisi Berangan)


Bebudak ni dah terbiasa kalau tengok cinema movie, mesti pakai sweater yang ada hoodie ni. I memang selalu bawak bebudak ni tengok movie time malam. Selalunya Jumaat malam Sabtu. Senang.. dah tengok movie terus balik tidur. Tak adalah nak merayap kat mall tu.. Nanti depa ni nak makan segala..

Ni time tengok Captain America: The Winter Soldier. Cerita dah lemau tapi ngenangkan bila tengok gambar depa  ni dalam tepon, kelakar pun ada..

Ya macam kesejukan lah sangat kan? Macam lah turun salji.. Yang dua lagi tu, posing gaya ala memasing.. kihkihkih.. Sweater Aliaa tu dah lama dah.. Inherit from Abang.. tak kuasa akak nak membeli sebab budak ni cepat besar. Kang berabih membeli kang, pakainya 2, 3 kali jer..

The 3 of them.. Ayuh! Chalooo.. kita masuk panggung!!

Sunday, June 22, 2014

Macam-macam Pemandangan Time Birthday Norman


Tak yah nak kato apo lah ai.. dah namo pun budak, jantan lak tu.. macam-macam gelagat and aksi and kerenah and keletah la kao time birthday party anak bujang aku ni.. kita layannnnnn..

 My sister, my mum, my dad and my in law.. semua ada..

 Muka ceria and gumbira memasing..

My kids and my nephew (anak my sister).. dia ni beza sebulan jer dengan Norman tapi lain tahun.. huhu.. Actually Norman ni lahir awal. Kalau ikutkan, dia pun lahir sama bulan dengan sepupu dia nih!

Semua pakat kumpul, nak tengok apa hadiah Norman.. kang ada yang rebut ni kang!

Dik Man dapat Iron Man from my mum.. Norman suka, Norman suka.. (ajuk cakap Upin Ipin la pulak..)

Oh! Man of Steel In Our House!!


This is a backdated story, and it was in December 2013, celebrating Dik Man's 7th birthday.. Temanya "Man of Steel".

 
Tu dia keknya..I order dekat satu web ni la.. Actually ni dah kali ke 3 I order from her. Dekatnya pun rumah nya dengan rumah I.. so senang ambik.. malam baru we all ambik... I tak berapa nak ingat the kek whether it's a rainbow cake or lain.. Can't remember la.. Achik dah lupo.. dah tuo..

The birthday boy was ready to blow the candles.. Tunggu sat noo... ada lagi 2 lilin nak kena bubuh..
 
 There you go! Ha, tiup, tiup.. 

 Hai anak dara ni.. Nak gak inteprem..

 Tu dia haih.. ngalahkan orang sambut birthday..

Ni semua anak buah I.. semua lelaki.. sorang je puteri.. tu pun dah macam lelaki dah gamaknya.. ok, ok, ready? Mula..

"Happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to Norman..
happy birthday to you.."

Yeay!



Friday, October 4, 2013

Sepetang di Muzium Tentera PD (Part 2)


Ok, continue cerita kat Muzium Tentera ni.. As I told you before, tak ada bayaran, tak ada larangan, tak ada yang tahan, tak ada guard pun, and korang boleh snap seberapa banyak gambar yang korang nak, main puas-puas, berangan sampai tak sudah.. tak kisah.. The best place for the kids to explore new things especially with regards to military..

Dah main nyelit-nyelit pulak dah.. I wonder how that my lil girl can stand stepping on the steel without having her shoes? Errmmmm memang tough girl la dia ni...

Ni gerabak keretapi mana sesat plak ni.. Ni dolu-dolu kok bawak sojar ko?

Happy nye budak 2 orang tu!

They have never experiencing travelling by train. I pun tak pernah naik..hehehehe... budak zaman sekarang kan? Yang depa tau, naik flight jer.. Nak gi Singapore pun dah tak leh naik train dah kan? Sedih..

Ya! Nanti Bang Man nak bawak jet ni tau!

Thursday, October 3, 2013

Sepetang di Muzium Tentera PD (Part 1)


Habaq mai kat cek, sapa kata PD tak ada tempat menarik? Habaq mai sini..! Ah cheh! Terkeluar loghat utara plak.. Ops! Salah negeri la.. Noghoghi maghi! Ha.. ni jalan-jalan petang kat PD.. santai jer time balik kampung hari tu.. Tak tau nak buat apa jalan-jalan kita... Tup, tup sampai PD..

Tak ramai orang. Lagipun dah petang.. air pasang so dah sampai tebing.. Wuih! Dah lama I tak datang sini.. Rupa-rupanya dah pagar sekeliling tebing pantai tu! Tapi sedih la.. tempat istirehat dia, macam hidup segan mati tak mau.. tak berapa nak bersih..

Only the 2 of them. Abang tak mau ikut sebab sibuk main game kat rumah tok dia.. Yelah.. dah ada kawan, lupa dunia!

Singgah sebentar kat Muzium Tentera.. masuk je.. percuma.. tak kena bayar sesen pun.. tak kena tahan kat pondok guard pun.. in fact, tak ada pun!

Yeahoo! Tempat ini, kita yang punya! Sibuk si Norman tu main meriam.. konon nak tembak lah tu.. Cis! Berangan tak sudah...

Tengok tu! Si anak dara berkaki ayam jer.. Boleh dia tahan pijak batu panas tu! Handal..! Ni Pa dia lah! Malas pakaikan selipar.. I plak tunggu kat dalam keta jer, malas nak kuar.. Pa nya kata sekejap jer.. Punyalah lama I dok tunggu dalam keta, tak gak muncul-muncul.. Rupa-rupanya.. ni kerja depa..


Say peace.. keamanan milik kita.. Chewah!

Again..

Monday, September 23, 2013

The Lovely 3 @ McD


Just have our family's nite out kat McD. baru habis jemput the boys mengaji and ok, "Lets us have our ice cream then.."  Hurray! Apa lagi. I sukakat McD ni.. Walaupun jauh from our house but the place is very peaceful.. Like Aliaa's peace hand below.. hahahaha

Peace yeah!

"Ni Yaya punya!! Jangan ambik tau!"

Abang buat muka.. Ni memang anak I sebijik! Muka Mamanya.. kulit, Papanya..

The most manja boy.. Norman aka Dik Man..

Wednesday, August 28, 2013

Fun, Fun, Fun Kids!


Ni cerita dah agak lama dah tapi lama tak lama pun, dalam musim jerubu yang melanda negara hari tu la.. I think before puasa.. Cerita bebudak  ni yang having fun kat kolam gergasi yang depa pasang kat parking lot Giant hypermarket berdekatan rumah we all... Syok gak tengok kolam yang dipenuhi air sebegini.. rasa teruja nak swimming dalam kolam tuh! Tapi ni untuk bebudak ni je.. Depa charge per person dalam 20 minit kot.. RM 10 je.. Boleh lah.. Just for the sake of having fun..

Norman yang memang agak penakut sikit.. Dia memang penakut air, the younger sister tak pulak! So main lah kat sini.. Tu pun jenuh soh dia kayuh.. macam tak reti jer anak aku nih!

Abang memang suka air.. Lagipun dia memang pergi swimming class since 5 years old so tak kisah lah air-air ni.. sap sap soi jer..

Masuk dalam belon ni and buat lah apa kau suka kat dalam tu..

Ni kat kolam lain.. tak campur dengan budak kekecik!

Dalam 20 minit tu, berlari lah, tonggang terbalik lah! Lantak kau lah Bang.. berpeluh gak lah dibuatnya.. Lagipun that belon memang kedap udara.. memang kalau dok lama-lama, boleh sesak nafas la dibuatnya.. Risau gak at first tapi ada orang jaga kan.. so orait lah!

Thursday, June 20, 2013

Pizza Hut for the Younger 2


Time cuti sekolah, Abang will not be with us sebab dah diexport ke kampung. Dia mengaji intensif kat kampung and tuition dengan my parents.. Maklum lah tok nek cikgu tapi dah pencen dah.. so tinggallah mereka berdua ini.. Tau je lah kan.. si berdua ni memang teman gaduh punya and banyak demand and songeh! Tapi layan jer la.. dah tengah malam pun nak Pizza Hut!

Menyeringai sokmo.. dah habis sudu garpu and segala macam bagai atas meja tu dimain si budah berdua ni..

Peace from Aliaa and tu Dik Man.. hai..

Sorang rambut lurus, sorang curly.. rasa-rasanya yang si kanan tu lagi putih kan? hahahaha..

Ni berdua ni I should call them.. SI GEMUKS!!!

Monday, June 3, 2013

Serunuknya Main Masak-masak!


Sepetang time Pa tak da... nak lekakan semua bebudak ni.. hah! Tu dia, ambik.. Dengan airnya yang dicurah atas play doh, belum kat lantai lagi.. kat baju lagi.. lantak lah nak buat apa pun.. This is your time.. Mama dulu pun camni gak main masak-masak. Cuma time dulu, main kat luar guna segala macam yang ada.. Daun, bunga, pasir.. habis kena cabut buat sayur.. ha.ha..ha  what a memory..
Punya lah kusyuk tu.. and pring and segala macam bagai didatangkan khas from IKEA tu! Tak pernah dibuat orang kan? But I buat.. Kok tau dek laki ku, mesti geleng kepala..

Tu dia haih! Habis baju!!!!! Ni I tak leh marah sebab I yang kasi that air.. ha.h.ah.a.h.a..h.a.. Syok nya kan.. kira heaven lah tu dapat main camni.. Time I dulu, tanah kat luar tu we all kerjakan.. La ni tak dapek lah.. sian kan bebudak zaman sekarang.. Keliling rumah I pun bukan ada pokok sangat pun.. Yang ado pun, hidup segan, mati tak mau.. And we all ni pun kira ala-ala kurang rajin berkebun, so tak payahlah mengharapkan pokok-pokok keliling rumah..

Bang Man interprem.. Ada jer dia nak mengacau Yaya..

Hish budak ni! Pi skeeeetttt.. Nak ambik gambar anak bujang sorang tu pun tak dapat hah!

Ni dia the Abang.. Emmm.. nampak so matured and so besar kan si Abang ni.. Actually he is not even 8 years old yet since he was born in October.. Ni baka Pa ni.. tapi muka Mama..

Wednesday, April 10, 2013

Apa tu?


Norman punya creativity.. ada je benda yang dibuatnya.. pas tu soh ambik gambar.. mula-mula tak kuasa nak layan tapi kang kok tangis eh.. nyaring sampai ke telinga ni ha.. sakit dibuek eh! So snap je lah kan? Asalkan kau sonyap!


Tak tau tema apa and pa ka benda ni.. jangan le sesapa usik! mau dihambat nya!
 
 
Blogger Templates