Tu dia.. di pagi raya selepas solat Aidil Fitri... My in laws bergambar bersama cucu-cucunya yang bermacam-macam gaya.
Buat pengetahuan semua ye, hanya seorang puteri among all boys. Memang haru dibuatnya.. Yang pakai baju pink tu, my boys (Abang and Dik Man). Yang pakai baju gray tu, anak my sister in law. Ya Allah Bang oooiii.. awat lah senteng sebelah seluar mu itu? Baru Mama sedar bila tengok gambar ni.
Ni dia my only princess Aliaa with Nenek. Cantik tak baju kurung ni? Tak kisahlah Aliaa, besar pun besarlah, janji kita vogue de vast time raya. Itu lengan baju pun tak sempat alter, tu yang kena lipat 3 tu!
Ni my youngest brother in law. The wife tengah sarat tu, tengah tunggu hari je. Expected baby girl so Aliaa ada geng ler tahun depan..
Ni my sister in law, cikgu Ummi. Pun sarat gak but expected baby boy. So senua hero lah nampaknya, ye Mak Ngah. Tak pe, cuba lagi..
Ni gambar family my hubby. Meriah sungguh di hari raya... Berwarna-warni...Huiii kerongsang Mama, 3 tingkat tu.. Eh! Tak nampak pulak. Ha, tengok gambar kat bawah je lah yek. Nak beli kerongsang ni sangat, akak sampai kena tipu dik non ooiiii!!!! Geram betul akak! Dengan bangsa sendiri pulak tu! Jalan sedepa, kat kedai Cina tu, the tokey boleh bagi I setengah harga lagi. Tak pe, tak pe.. Bulan Ramadhan kau menipu, tahulah balasan nya nanti. Akak tak nak cakap banyak. Awak tu berniaga dik.. Ambik lah contoh Rasulullah ketika berniaga, senang citer...
Laaa... ni Dik Man ke mana pulok ni? Hok alah hai.. memang bertuah tul anak Mama ni. Dik Man ni memang camtu.. Ada je gelagat dia time nak bergambar. Dia ni pak lawak sikit tapi manja ke main. Kalah adiknya. Yelah, 4 tahun gap, memang manje lah gamaknye... tu yang nama panggilan pun Dik Man. Tapi ada cousin dia yang panggil "Pik Man". Nasib baik tak "Pac Man"... alah game yang biasa kita main time kecik2 dulu.. I tak tahu lah if present generation ada game name tu lagi..
No comments:
Post a Comment