Social Icons

Pages

Saturday, June 7, 2014

Diabetasol: Susu Untuk Pengidap Diabetic


Hari tu, I pergi melawat my cousin (arwah) kat SJMC (tapi sekarang dah jadi Sime Darby Medical Center). So lepas melawat tu, lalu lah kat farmasi dia. Memang besar.. Macam-macam ada.. I remember the last time I went here when I need to purchase Milkmaid Tea to boost my breast milk, about 7 years ago. Lama tu... Ok, back to cerita.. ada lah depa bukak counter buat promotion susu khas for diabetic patients.

Mula-mula tu saja menyinggah tapi lepas diberi taklima segala bagai, terus terfikir nak beli for my father sebab dia memang mengidap penyakit tu.. Ni dia susunya..

Harga promo is only RM 15 so I beli 2 kotak. Tak ada dalam tin you.. Ni susu orang sakit, bukan susu bebudak yo! They have 4 flavors (Vanilla, Jagung, Mocha, Chocolate). Rasanya sungguh lazat.. Semua best!

Jangan lah korang risau pasal manis ke benda.. Kan dah diuji secara clinical tu.. sesuai untuk pengidap diabetic.. tak de nya company or researchers tunak bunuh orang..ngeee.. I pilih vanilla for both boxes.. Yang bestnya, susu ni pun sesuai untuk kita, kalau korang nak berdiet or to replace your meal ke hapa. Oh ya! Susu ni boleh didapati kat Caring farmasi. Tapi harga macam yang tertera kat kotak tu la ye..

Day 2 (Morning): Ke Mount Merapi KIta



Day 2, after having breakfast kat hotel, we all gi Kali Adem village to witness the ruin of the previous Merapi eruption on November 2010. Acheh! Speaking London plak akak.. but speaking of the Merapi, seingat akak, the debu memang sampai Malaysia.. malah seluruh Kepulauan Jawa memang kena tempias debu. According to Pak Supir, semua kedai tutup sampai 2 bulan termasuk the famous university, Universiti Gadjahmada.

Perjalanan memang lama.. adalah 2 jam.. baru sampai.. tu dia dari kejauhan.. tapi sebelum sampai, we all masuk kawasan perkampungan di kaki gunung.. sejuk jer.. dah namanya tempat kat gunung berapi kan, tanamannya.. Masya Allah! Subur-subur nya.. We just proceed to Kaliurang, the slope of Mount Merapi..
So dah sampai kat sana, mula-mula we all tak nak naik jip for the round trip of the Gunung. I nak aje..kalau tak sesialah perjalanan ke sini kan? Nama pun bercuti sih! Pas tu, agreed jugalah.. tapi boleh piloih nak yang 2 jam ke atau yang lebih.. so we chose the shortest one. Consider lah kan, I bawak anak kecik and orang tua..

Tapi kao!! Pengalaman yang tak leh I lupa sepanjang hayat. Dah lah terhentak-hentak naik jip, kena plak lalu lurah and gaung.. Siah palih kao! Camana depa boleh bawak segala jentera and lori segala macam korek batu kat sana. Tapi one thing yang buat I insaf, orang-orang yang bekerja pecah batu kat sana, guna tulang empat kerat and penukul je.. sedih aku tengok mereka cari rezeki.. Dah lah cuaca panas terik! The haba pun terasa..  Sungguh insaf! Betapa bertuahnya Malaysia..
 Muka-muka "actually" ketakutan kami turun naik lembah and gaung!

Ni kat tengah-tengah perjalanan, kita singgah kat pit stop. Kira kat sini you all boleh bei souvenirs, buku tentang Mount Merapi and ada small muzium mempamerkan kesan-kesan peninggalan akibat letusan gunung berapi Merapi tahun 2010.

My hubby jer turun sebab I malas.. tak ada apa yang menarik pun.. tulang-tulang rangka je banyak.. tapi bukan orang ye..

Among the things which were displayed.. Kan I dah kata, tak menarik pun!

Tu dia jip yang we all naik! So kecik tapi leh bawak we all yang campur semua, dah beratus-ratus kilo ni.. boleh ke? Tapi jip ni memang tahan lasak sungguh!

Ni kat atas gunung.. sepanjang perjalanan ke atas, ada gak tumbuhan-tumbuhan for research by the students from local universities.


Dah sampai.. tengok kat belakang tu, puncak Gunung Merapi. Eh! Tak leh la pergi ke sana.. Korang nak rentung ke? From here, you can see a very beautiful scenary of Jojgakarta.. Terkesima seketika. Tapi kat atas ni, panasnya.. Masya Allah.. memang menyengat terik matahari.. macam ada kat atas kepala! Teringat padang Mahsyar seketika..


The background, the Jogjakarta from Mount Merapi! Kat sini ada gerai jual ole-ole, makanan and minuman. So kalau korang nak dahaga, boleh beli air kat sini. Air botol, tin, kotak, semua ada..
Ni dah perjalaan turun.. tapi bukan jalan yang sama ya.. tapi ada one time, jip tersangkut selut.. panik sat.. So, ni tempat yang wajib singgah untuk bergambar.. Ada nampak tak batu tu? Rupa orang kan? Batu ni terbentuk masa letupan gunung berapi yang lalu..
 
Pa lak bergambar dengan Norman.. ok.. dah.. kita pun dah selamat turun... sebelum sampai ke van supir, we all lalu kat masjid yang dibina sumbangan Sultan Brunei.. Cantik...

Friday, June 6, 2014

My Nephew's Birthday..


Last week, ponoh I punya schedule.. maklumlah cuti sekolah.. cousin tunang, birthday anak sedara, etc, etc.. and ada gak la event yang ehem, ehem.. but I tak joined due to personal reason.. I think I should a full stop here.. Biarlah I simpan dalam hati.. Banyak hati yang perlu dijaga.. Acheh! Macam statement "retis" plak!

Mula-mula cerita pasal small birthday celebration for my newphew yang sebaya dengan anak dara I. Beza 4 months jer.. 

 Tu dia dah berkumpul kat meja.. Family I ni, anak buah semua lelaki.. Aliaa jer the only gegirl so being the only girl, memang lasak la character dia.. Memasing dah tak sabar dah tu.. Kek from Secret Recipe.. alahai.. terbarai diet akak!

Just the 4 of them. Anak-anak bujang I terpaksa mewakilkan I ke event yang lagi satu.. Bhawawa..

Ha.. yang dok sebelah Ya tu lah the birthday boy.. Yang pakai tudung oren tu and the chocolate shirt are his parents.. Huish! Tak sesabar dah tu..

 "Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Aiman, happy birthday to you.."

Tengok la tu.. belum sempat lagi dah korek-korek kek tu.. alahai..

To Humble Chef Kita


I ni dah macam orang mengandung la pulak.. badan membuak-buak kilo naiknya, still ada hati nak makan macam-macam.. Kerja kat KL tapi lunch kat Bandar Sri Damansara.. huhu..

Thanks ya Ayu sebab tumpangkan kereta.. Dapat naik keta baru.. yeay! Masih berbau kedai.. Sonok, sonok! Pergi berempat with 1 guy tapi tak mau bergambar.. biasalah. guy memang tak suka glamer publicity ni.. Pompuan2 jer..

Ni muka lapar.. dari tadi dok tak sabar nak makan.. emmm.. selera boleh tahan adik akak ni..

Say cheese..  tu dia.. dengan lamb pesto, beef pitta, creme brulee, ice cream with brownies, laksa goreng.. uuiii.. umang kao! Sodap.. gi la try rasa.. murah jer.. RM 5 kat Damansara.. mana nak dapat yang oooiii..
Ni actually tengah tunggu makanan yang belum kunjung tiba.. Don't worry, service cepat cuma kena sabar for few minutes sebab orang beratur macam ular kena palu! Habis makan, kita kembali ke office ya.. sib baik boss besar sumua cuti.. maklumlah cuti sekolah so kita berjimba sat.. bukan selalu pung.. We all ni kan dedicated and hardworking employees.. ngeeee..

Thursday, June 5, 2014

Sodapnya Gudek Kat Jogja! - Day 1


Kalau korang nak tau, Jogjakarta lewat sejam from Malaysia time so cepatlah gelapnya... Kalau pukul 6 petang tu, dah kira maghrib dah! That supir service nya from 8 am to 8 pm so haruslah kita makan, kan, kan, kan?

Kat sini, I mean kat Indonesia ni, korang pergilah mana-mana restoren mewah, pulun sakan sebab murah sesangat. Time I pergi tu IDR 1 juta = RM 320 tapisekarang ni only RM 280! Lagi kita boleh jutawan gitu! Tapi pak supir memang dah tau, kat mana restoren yg sodap so ayuh kita!

Tu tengah mengorder makanan.. Jus alpukat (avocado) harus di order sebab saaaannnggggaaaatttt sedap! Rugi tak minum.. Air lain pun terangkat.. Kat sini masakan urat keting sapi (lembu daaa.. ) dan gudek adalah makanan istimewa.. Oh gudek adalah nangka yang memang depa je tau buatnya.. Don't have to worry.. Jogjakarta hampir kesemua penduduk beragama Islam so makanan sememangnya halal bang!
 
Muka kepenatan mengadap makanan.. lepas ni boleh balik tidur..
 
Tu macam telur pindang and another is masak urat keting.. sodap!!! Tapi to those yang memang rasa tak leh telan, pandang jer la.. termasuk I.. hahaahahahh.. tak masuk tokak akak dik! Paling best kat sini, Norman dengan selamba je ambik air yang dihidang kat meja lain. I rasa ada rombongan pelancong lain..Ghasak lah kau Norman.. Dia ingat ni kat hotel kot.. heheeheh...

Jemput ya.. "Bismillah.."

Arrival Jogjakarta - Day 1


This vacation dah lama dah, back in November 2013. We all ke Jogjakarta, Indonesia, bringing my in laws sekali. Mula-mula plan nak ke Bandung tapi tu lah kan.. Nama pun Bandung, takkan dapat ticket murah nya.. Kalau nak murah, memang kena booking setahun, itu pun jenuh. So having searching for the last minute plan punya destination and walla! Jogjakarta, here we come..

 
Upon arrival di Adisujipto Airport selepas 2 jam flight from Kuala Lumpur. Macam airport Bandung jer.. Si anak dara steady jer dalam flight. I booked the tickets ni 2 bulan sebelum fly, so the 7 of us, tambang pergi balik dalam RM 1700. Tak termasuk makan or flight seat ya. Cuma luggage je, masuk under my hubby's name.

Dah kacau nya lah adiknya.. Memang 2 orang ni suka berbalah tapi dalam "berperang" tu, depa ni la kawan kamcing.. Yang paling kelakar, dalam flight, tengah syok makan, gigi Norman leh tercabut! Hahahahh.. being him yang selalu melalak no matter what, dah "waaaaa.." dalam flight. Kenalah marah dengan omak eh!

 
Sampai airport sudah ada supir yg nunggu ya. I dah siap-siap booked Jogjarentcar. I ambik Isuzu ELF. Besar sikit and sonang. Pilih aje apa jenis kenderaan korang nak pakai. Semua dalam web... Terus dihantar sampai hotel.. We all checked in dulu, solat, then keluar balik..
 
Our 1st destination is depan pintu masuk Prambanan temple, the greatest Hindu temple in 9th century. For your info, this temple is dedicated to Shiva (one of Hindu's deity). Time ni dah agak gelap. Actually during weekend ada nite show kat sini tapi dah semua orang tak mboh nak tengok kan, so tak do lah I masuk walaupun hati frust gila! Bukan kita nak agungkan agama Hindu tu, tapi it's just a cultural show!!! What a waste! So, kita ke destinasi seterusnya, Taman Sari Water Castle.

Ni nak masuk la. Kena turun tangga.. Macam penjara pun ada.. Ada tourist guide kat sana. Local people jer pun tapi depa can explain the history.. Dengar je la.. But, aku sorang jer macam interested nak dengar.. Mungkin aku minat sejarah.. Dah bapak cikgu sejarah kan? Bayaran nya tak mahal, just IDR 15,000 tapi we all kasi jer IDR 30,000. Senyum jer mamat tu..

That's the tour guide la.. Actually dulu kawasan ni adalah kawasan istana and la ni dah jadi perkampungan those yang pernah bekerja di istana.. rapat-rapat rumahnya kao!

 Ni sebelum sampai destinasi.. ni lah tempat mana guard berada semasa berkawal.. ala.. macam guard kat Istana tu la..

Ni masjidnya.. uniknya, this masjid ada lorong yang berpusing satu bulatan, so kalau you all azan/ bang, dia bergema kembali dan memenuhi ruang..

 Nak merasa gak panjat..

Huh! Kalau gayat, jangan dipanjat ya.. tinggi tembok tu.. Dah nak buek camno, memang tak ada rezeki masuk dalam Taman Air tu sebab dia tutup pukul 3 petang.. Time ni dah pukul 4 petang so kat tembok je la.. Ni la tempat bersiram Sultan dulu.. Actually ada 2 pools, satu untuk Sultan, satu untuk puteri-puterinya bermandi-manda.. Acheh.. bahasa..
 
Ha! Kan ada 2 kolam tu..

Tak adolah orang nak bersihkan kolam tu.. I pun terbayang-bayang, kalau I jadi tuan puteri, tengah mandi-manda, bergurau senda kat kolam tu.. Perasan!

Ada lorong untuk panjat tembok ni. Kena hati-hati..
 
Ha.. dah nak keluar dah from this place..

Ni tempat tidur Sultan. Kat sini semua buat daripada batu.. sejuk jer.. tapi tak gelap plak.. Terrer la architect zaman tu, buat bilik tapi cukup sistem pengudaraan and cahaya.. Nampak tak ada lubang-lubang kat bawah katil tu? Kat situ lah diletak aromaterapi supaya lena beradunya.. Waduh!

Ada tempat Sultan bertapa.. tapi tak ada gambarla kat sini.. Semua daripada batu kao!

 
 Yeah! Semangat, semangat! But you don't have to worry kalau melawat sini.. Tak ada rasa bulu roma meremang bagai.. Mungkin tourist attraction so pelawat keluar masuk je.. so kalau bawak anak kecik, Insya Allah tak ada apa-apa..
 
 "Abang beca, abang beca di tengah jalan..." Ngee....

Gambar sefamily kat pintu keluar.. Tapi sebelum keluar ada la menyinggah tempat jual lukisan bagai.. tapi macam kena paksa je beli.. tak apalah.. dia kata hasil jualan ni la buat maintenance tempat ni..

Wednesday, June 4, 2014

Comment Yang Ta Best!


Dah lama I tak update blog. Akak bukan tak nak dik ooiii tapi being a mother, a kuli at the office and merangkap housewife kat rumah.. memanglah akak tak cukup masa and kaki tangan..terus macam blog ni di abandon. Padahal byk jer cerita nak story.. Cerita menarik pasal my vacation gi Yogyakarta and Japan baru-baru ni..

Tapi nye kan, pepagi ni adalah comment I dapat from my blog reader. Dia comment pasal penulisan ni berbau sombong.. To be specific, cerita tentang I makan kat Pontian la.. La.. I tak ada lah niat nak menyombong sedara sedari ooooiiii.. think about the positive side la.. I komen supaya orang kita ni jaga kebersihan dan jaga taraf pelancongan kat negara kita. Nak pulak 2014 adalah tahun melawat Malaysia, tak gitu? Kalau camni lah tempat pelancongan kita, usahkan orang kita sendiri nak pergi, pelancong asing pun cabut lari!

Renung-renungkan lah..
 
 
Blogger Templates