Social Icons

Pages

Wednesday, October 9, 2013

Continue Cerita Langkawi.. (Day 2)


After kat Porto Malai tu, we all ke Dataran Lang kat Pekan Kuah. Actually malam sebelumya we all dah ke sini.. saja jalan-jalan tapi banyak kedai dah tutup! Awat awainya depa tutup kedai! Tak sempat I nak shopping! Ada nampak itu I punya speck hitam? From Langkawi tu.. tapi I bought in 2004 dulu.. Kalau sunglasses tu boleh cakap, mesti dia kata, "Dah lama I tak balik kampung".

So, we all sempat tengok-tengok jer and shopping makanan kat supermarket dia jer.. dinner pun tak jumpa gerai so we went back to Pantai Cenang to have our dinner..

Posing kat giant replica of burung Helang.. memang banyak helang pun berterbangan and this is how Langkawi got his name, from "HELANG". Well? You dont' know Helang? It's Eagle, you know? But orang dulu-dulu mana tau omputih ni.. kalau tak dah lama taruk mana GELANG ke..  

Cantik kan?

 Ah cheh! Jadi model sekejap la akak..
Papa lah jadi juru camera.. nak soh orang, macam payah la..

Cian Abang.. kena marah dengan Pa. tapi I marah Pa dia balik.. biasa lah budak.. memang lah excited terlebih!

Tu lah pasal, Don't spoil the mood la.. dah Abang tak mau bergambar dah!

Banyak tul kapal and feri kat jeti.. dah lama I tak naik feri kat sini.. Sekali je i naik feri ke sini.. itu pun tahun 1988.. Rasanya tak ada lah lagi wa nak naik feri..

Then we all lepak kat dataran nearby.. pekena ice-cream..

Still comot, tak reti makan ice-cream lagi..

Tu dia.. berlemuih!


Tuesday, October 8, 2013

Journey to Langkawi (Day 2)


We all stay kat Holiday Villa, Pantai Tengah.. asalnya booked Aseanea.. nampak dalam internet memang cantik, tapi bila gi sana, hampeh! Yang paling I berangin sekali bila depa kata tak ada room available padahal I dah booked siang-siang lagi. Yang bestnya, my reservation dah confirmed dah tapi boleh tak ada.. Bila masuk je room, I dah tak berkenan dah.. yelah, depa kasi room jenis lain kan? Abang muka dah berubah dah.. memang tak cantik pun.. My hubby terus cancelled.. nasib baik boleh and they refunded our booking fee..

Nasib baik ada pamplet we dapat kat airport, so called sana-sini, ada lah Holiday Villa. dapat corporate rate lagi and we were so relief..

I rasa kat belakang ni adalah Porto Malai.. the rate is not that expensive according to my brother yang gi honeymoon kat sini, dia kata tak best lah! Nasib baik...

Me and Abang.. ada iras I tak?

All boys.. kat belakang tu I tak tau hotel apa tapi puas we all pusing, tak jumpa the entrance. Macam tempat bunian pulak.. Tiap-tiap hari we all pusing tapi still tak jumpa.. tempat bunian betul kot! hehehe.. cakap jer lah, memang tak mampu nak stay kat hotel ni..

I love this photo..

Abang gaya model.. time ni masih bam bam lagi.. maklumlah Nek Teh nya jaga.. memang terjaga lah makan minum..

Dik Man memang gaya peluk pokok je.. tak taulah kenapa

Erm.. bila tengok baju yang I pakai ni, sampai sekarang I still pakai.. this is my favourite blouse ever.. selesa and sejuk sekali.. baru-baru ni jer I have to say good bye since the color dah kekuningan.. sedih I!

 Abang buat muka..

Papa konon nak jadi model.. itu perut mana mau sorok Yang?

Saturday, October 5, 2013

Journey to Langkawi (Day 1)


Ni cerita dah lama.. back in 2010.. this is the place where we celebrated our 7th Anniversary kat Langkawi.. Only the 2 of them. Aliaa belum lahir lagi.. But, but, but... ada cerita disebalik kisah ini..

Airasia... the choice of flight.. nak naik Malaysia Airlines, mahal! Tapi idak juga.. Tahun 2004, I ke Langkawi, pergi balik naik MAS for the 2 of us just 400 lebih jer.. Baru-baru ni, time MATTA, i try book ke sini, tak mahal pun! Tapi tak jadi book pun sebab dah change destination.. Ke mana? Tunggu...

Btw, tak payah korang nak cari contact sewa kereta.. kat airport tu, bersepah counters sewa kenderaan ni. Harga semua sama je cuma rezeki their SA kena ramah mulut la.. Korang nak sewa basikal, motor, kereta biasa, murah, besar, kecik, mewah.. semua ada.. we all sewa kereta VIOS baru.. pakai keta kecik sudah la.. buat apa bazir duit kan? Kira my hubby nak test drive jer.. tapi dia still dok suka.. almaklumlah dah biasa pakai kereta lain.. hehehehe..
Macam-macam gaya dua orang ni.. Cecomel belaka.. cute sokmo.. yelah.. dah berdua jer.. beza umur pun setahun, so memang rapat macam belangkas la.. tu teman baik, tu lah teman gaduh...

So, dah sampai awal pagi, kita ke cable car Gunung Macinchang dulu.. Mak oih! Punya lah ramai orang.. beratur nak beli tiket pun dah macam ular melingkar.. tak pe lah.. Just show your IC then can get discount. Tak ada lah mahal. Kalau tak silap I, orang dewasa RM 10 jer kot.. kat sign board situ, memang harganya mahal.. that price is for foreigners..

Dik Man yang cuak semancam. Memang dia takut betul naik cable car ni.. Mungkin tinggi kot sebab tu dia macam gayat sikit.. Si Abang plak dok mengusik je dari tadi, so tambah garamlah kat dalam ketakutan dia tu.. I posing tak hingat.. Eh! Pasal lah muka I tembam semacam jer time ni hah?

Another caption.. Lek la Man.. tak de pape la..

Dik Man and Mama. Btw, time naik ni, you can see Telaga Tujuh. I tak pernah sampai lagi tapi ramai gak orang pergi mandi-manda..

Peace yo!

Still ada muka takut..

At last, sampai juga ke puncak.. Sejurnya.. burrr.. sampai ke tulang.. dah lah rebas (hujan renyai-renyai).. kabus, boleh tahan.. from here, you can see the beautiful scenary of Langkawi.. Dari kejauhan, boleh nampak Pulau Dayang Bunting.. memang nampak macam perempuan bunting berbaring.. Mengikut kepercayaan orang, kalau orang yang belum dapat anak, kalau mandi kat sini, Insya Allah akan bunting.. Itu I tak tahu setakat mana betulnya.. wallahu a'lam.. Kita hanya perlu berusaha, Allah yang menentukan.. kan, kan, kan? Tak leh sangat percaya sebab takut syirik.. tapi kalau betul, itu satu kebetulan..

Tak cross the bridge pun sebab hujan time ni dah kira lebat.. Kang demam anak-anak ku kang, susah pulak omak eh! Ni ada 2 hari lagi kat sini nih!
Papa and Abang..

Dik Man and Papa..

Dah kepenatan.. Time I pergi dulu, the 2nd phase for the station sedang dalam pembinaan so tengok dari kejauhan je lah.. seriau gak I.. sayup jer..

Hujan dah makin reda... makin indah panorama..

Subhanallah.. see those rainbow? Tu hotel apa, wa pucitau! Berjaya kot. For your info, Berjaya Hotel is just next to station nak naik cable car ni.. I pernah stay kat sini in 2004 dulu.. Free jer.. hadiah from my cousin.. time tu tenangkan fikiran after the demise of my late daughter..

Kita makan ice-cream dulu.. Layan jer lah kerenah depa ni.. Share ye.. mahal kau!

Friday, October 4, 2013

Sepetang di Muzium Tentera PD (Part 2)


Ok, continue cerita kat Muzium Tentera ni.. As I told you before, tak ada bayaran, tak ada larangan, tak ada yang tahan, tak ada guard pun, and korang boleh snap seberapa banyak gambar yang korang nak, main puas-puas, berangan sampai tak sudah.. tak kisah.. The best place for the kids to explore new things especially with regards to military..

Dah main nyelit-nyelit pulak dah.. I wonder how that my lil girl can stand stepping on the steel without having her shoes? Errmmmm memang tough girl la dia ni...

Ni gerabak keretapi mana sesat plak ni.. Ni dolu-dolu kok bawak sojar ko?

Happy nye budak 2 orang tu!

They have never experiencing travelling by train. I pun tak pernah naik..hehehehe... budak zaman sekarang kan? Yang depa tau, naik flight jer.. Nak gi Singapore pun dah tak leh naik train dah kan? Sedih..

Ya! Nanti Bang Man nak bawak jet ni tau!

Thursday, October 3, 2013

Sepetang di Muzium Tentera PD (Part 1)


Habaq mai kat cek, sapa kata PD tak ada tempat menarik? Habaq mai sini..! Ah cheh! Terkeluar loghat utara plak.. Ops! Salah negeri la.. Noghoghi maghi! Ha.. ni jalan-jalan petang kat PD.. santai jer time balik kampung hari tu.. Tak tau nak buat apa jalan-jalan kita... Tup, tup sampai PD..

Tak ramai orang. Lagipun dah petang.. air pasang so dah sampai tebing.. Wuih! Dah lama I tak datang sini.. Rupa-rupanya dah pagar sekeliling tebing pantai tu! Tapi sedih la.. tempat istirehat dia, macam hidup segan mati tak mau.. tak berapa nak bersih..

Only the 2 of them. Abang tak mau ikut sebab sibuk main game kat rumah tok dia.. Yelah.. dah ada kawan, lupa dunia!

Singgah sebentar kat Muzium Tentera.. masuk je.. percuma.. tak kena bayar sesen pun.. tak kena tahan kat pondok guard pun.. in fact, tak ada pun!

Yeahoo! Tempat ini, kita yang punya! Sibuk si Norman tu main meriam.. konon nak tembak lah tu.. Cis! Berangan tak sudah...

Tengok tu! Si anak dara berkaki ayam jer.. Boleh dia tahan pijak batu panas tu! Handal..! Ni Pa dia lah! Malas pakaikan selipar.. I plak tunggu kat dalam keta jer, malas nak kuar.. Pa nya kata sekejap jer.. Punyalah lama I dok tunggu dalam keta, tak gak muncul-muncul.. Rupa-rupanya.. ni kerja depa..


Say peace.. keamanan milik kita.. Chewah!

Again..

Wednesday, October 2, 2013

Ngidam Sashimi


No, no, no.. I bukan pregnant ya.. I dah tutup kedai pun.. ni kisah kemaruk nak makan sashimi ni... Dulu I pun tak suka Japanese food ni tapi sejak kahwin dengan lakiku, jadi macam reti pulak makan Japanese food ni. Dulu time I pregnant, tengok dia makan Japanese food pun I dah terjeluek, ni kan pula nak menjamah. tapi tu lah kan.. Sedangkan kasih boleh berubah, ini kan pula selera akak.. hak, hak, hak.. 

Alkisahnya kunun nak celebrate our 10th Wedding Anniversary by having our dinner kat Japanese Restaurant. Waktu yang available pun Friday jer lah.. Hari lain, dah berkejar balik rumah. Nak hantar bebudak ngaji lah, nak tengok homework depa la, kasi latihan la.. Dah habis I suggested kat hubby all those famous Japanese restaurants kat town (I mean KL lah) tapi buleh dia kata, "Are you saying kita nak meredah jam heading to KLCC area?" So, bila boss dah kata gitu, kita ke selatan lah nampaknya. Don't want to spoil the day but my mood dah swing already!

Ni buka bengkek semacam bila dah sampai ke Sushi King.. la.. sini jer?! Boleh lah daripada tak ada.. Tu lah bila dah change plan kan? Ni kat Mines. Mula-mula we all sampai pun dah kira lambat dah. Dah kul 8 lebih pun! We jsut went straight to Sakae Sushi but the pelayan kata it's non halal. I didn't know what she meant by non-halal but maybe they served "Sakae" kot.. tapi to be safe, we all merayau lagi and terjumpa la Sushi King. Masuk jer la.. Nak ke Hotel Equatorial Bangi, jauh la pulah and tak mau lah buang masa tak tentu pasal so kat si ni jer la we all makan..

Tu kau! Ambik! I ordered punya lah banyak. Terbeliak mata my hubby.. Rasakan.. geram punya pasal, apa yang di plan tak jadi.. Kiciwa hati ku.. sob, sob, sob..

Kasi ambik gambar sebelum melantak.. penuh meja padahal makan for 2 jer.. Tu belum lagi dikira I ambik makanan yang pusing-pusing tu.. Dah 3 bekas aku tangkap! Lapar you..! 

Bismillah..

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..! Suka hati mak lah Labu...
 
 
Blogger Templates